biodata

Friday, October 30, 2009

Ceramah Program Bina Insan Cemerlang-jemputan IPPJ

Saudara, saudari...lihatlah...rim enkei depan pecah dan fork patah..kalau tengok pada keadaan motor ni, penunggangnya pasti patah riuk, namun alhamdulillah Allah Pelindungku yang terbaik...syaratnya beramal je dengan doa2 perlindungan 3x selepas subuh dan asar...

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ إسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلاَ في السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَليِم
“Dengan nama Allah yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudarat selama bersama dengan namaNya. dan Allah swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Pada 26 dan 27hb yang lepas, aku dijemput oleh IPPJ (di AKLI, Kota Tinggi) untuk mengisi slot ceramah motivasi "Stress Management". Sudah setahun mereka mempercayai kebolehanku untuk berkongsi tips dan teknik menangani stres dengan berkesan. kebetulan pada 23hb aku telah terlibat dengan kemalangan jalanraya, tetapi Allah telah melindungiku berkat dari amalan doa protection dan doa naik kenderaan yang aku amalkan. aku terbang macam superman, motor rosak teruk tetapi aku alhamdulillah boleh bawa kereta pada hari esoknya. calar sedikit sahaja di peha dan lebam di kedua-dua lutut. apa yg aku kongsikan pada mereka bagaimana aku menangani stres dengan bertindak positif terhadap pemandu kereta kelisa WMC 4697 itu yang tidak ada lesen memandu dan masuk ke simpang petronas sg. choh tanpa ada isyarat. akibatnya motorku yang parah melanggar tayar depan bahagian kiri kereta kelisa tersebut

bayangkan kalau aku jenis tak rasional ketika itu..mungkin sudah ku bantai budak itu dengan kayu atau besi..lagi haru dibuatnya. Tambahan pula memang aku sdah tamat belajar silat harimau berantai dan Silat Kalam. Namun alhamdulillah, aku berkata kepada abg budak itu di balai polis serendah, "bodoh kalau kita bergaduh bang, kita sesama Islam, perkara sudah jadi, bergaduh pun tetap tidak boleh undur ke belakang. kita setelkan ni dengan buat report polis, kemudian claim insuran..mungkin Allah nak uji kita walaupun salahnya pada adik abg, pertamanya tak de lesen memandu, keduanya masuk simpang tanpa ada isyarat dan terburu-buru. alhamdulillah saya tak de apa2, kalau mati td lagi besar kes ini jadinya..mari kita muhasabah..mungkin ada dosa yang Allah ingin ampunkan, tandanya Allah sayang kita..."

Brother tu terus melembutkan bahasanya yang mula2 datang bersama seorang lelaki yg pada pandanganku persis gangster. namun akhirnya bersetuju dengan kata2 ku, "betullah, kalau kita bergaduh tak professional kan?".. itulah yang telah ku pelajari bahawa kalau kita mengeluarkan kata2 yang kesat, maka orang akan bertindak demikian juga..bertimbangrasalah yang terbaik. manusia ni macam cermin..kalau kita mencemik muka di hadapannya, dalam cermin pun akan kelihatan mencemik ke arah kita.
tengak khusyuk dengar ceramah dan selawat

di dalam dewan kuliah tengak concentrate dengan ceramahku, "Menangani Stres Dengan Berkesan"


tengah nyanyi lagu Bulan2 Islam, video klip di hadapan tu...
En. Asrar (tepi sekali-pic bawah) sedang mendengar celotehku...

antara game yang ku buat, 'steel rode'.. meyakini dengan mengulangi kata2 positif dari pengucapan di bibir dan di dengari oleh telinga kita... lihat betul2 apabila kerusi di tengah2 ditarik keluar, subjek masih lurus seperti jambatan lurus
bergambar dengan Ust Yusree, salah seorang speaker di program ini.
gambar motorku selepas xcden yang telah memberi pelajaran berguna buatku dan keyakinanku pada Allah bertambah

1 comment:

  1. Alhamdulillah...walaupun ada kerosakan pada harta dunia namun ustaz dipelihara ALLAH...

    Semoga Allah senantiasa menjaga ore2 yang bersih hati...Insya-Allah..

    ReplyDelete