biodata

Wednesday, September 30, 2009

yakin seyakin-yakinnya, rezeki Allah SWT yg bagi

suasana hepi, malam ni show aku kena sabotaj pulak..ha ha ha blackout masa aku tengah nyanyi lagu "right here waiting" - (richard mark)

HARI ni aku telah hantar surat berhenti kerja dari UMCCed. hampir 2 tahun aku berkhidmat di sini..satu pengalaman yg terbaik di bhg marketing ni..alhamdulillah.Perasaan tenang menyelubungi hati ini..kerana aku telah berdoa kepada Allah supaya aku membuat keputusan yg tepat.
Aku yakin Allah yg memberi rezeki kepada ku. Selagi kita hidup di dunia ni, ada rezeki yg telah diperuntukan kepada kita selagi kita beriman. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, maksudnya, "janganlah kamu berasa terhina dan sedih , sesungguhnya kamu adalah tinggi, jika sekiranya kamu beriman"
Aku yakin selagi aku berusaha dan tidak berputus asa, Allah SWT akan sentiasa membantu, Allah berfirman, "jgn kamu berputus asa dari rahmat Allah" (laa taqnatu mir rahmatillah).

Malam td, aku terbaca satu buku yg menceritakan kisah seorang lelaki yg malang telah kehilangan kaki dan tangannya kerana telah dirompak dan penyamun telah memotong kaki dan tangannya...lalu masih hidup kerana Allah telah menghantar seekor burung helang memberikan makanan ke mulutnya setiap hari. Seorang pemuda yg menceritakan kisah ini kepada Ibrahin Adham (rah) terkesan dengan kejadian ini, lalu menceritakan pengajarannya. Allahlah pemberi rezeki makhluk ciptaanNya. namun pengajaran yg terbesar..kita harus menjadi seperti burung helang yg mampu membuat jariah dengan memberikan makanan ke mulut lelaki malang tersebut. kita bukan sekadar menerima zakat tetapi buat zakat untuk mampu berzakat dan bantu org susah.

satu lagi cerita (tak pasti sumbernya, mungkin Israeliyat, anyway ambillah pengajarannya sahaja). Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!! jadi kita manusia ni kena lebih2 lagilah yakin pada Allah yg beri kita rezeki..amiiin

No comments:

Post a Comment