biodata

Friday, January 8, 2010

kisah Imam Hasan Al-Basri & 3 pemuda malang

Dalam kesibukan kita ghairah merancang dan menentukan budget tahun baru ini janganlah kita terlupa tentang panduan asas konsep rezeki. Sesungguhnya takdir setiap manusia telah ditulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum manusia itu dijadikan lagi. Justeru, persoalan mengenai rezeki (termasuk jodoh), ajal maut, amalan hidup dan nasib bukanlah pilihan bagi kita makhluk yang diciptakan untuk menentukannya.
Ianya diceritakan secara jelas dalam satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a, tentang kejadian manusia yang dikumpulkan di dalam rahim ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap lapan puluh hari maka terbentuklah segumpal darah beku. Apabila genap 120 hari kali maka segumpal darah tadi akan bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu rezeki, ajal maut, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. (Rujuk Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Jika demikian semuanya telah ditetapkan, di manakah ruang kita sebagai seorang hamba atau makhluk?
Jawapannya ialah Allah tidak bersifat zalim. Walaupun qada’ telah ditetapkan tetapi manusia dikurniakan tools yakni DOA memohon kepadaNya dan berikhtiar untuk merubah ketetapan tersebut. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Tirmizi: “Tidak boleh dihindarkan Qada melainkan dengan DOA”. Ikhtiar dengan bekerja tetap perlu dilakukan bukan hanya semata-mata berdoa sahaja. Berusaha secara physical untuk mencapai matlamat hendaklah seimbang dengan doa, zikir dan selawat kepadaNya.
Amalan DOA merupakan hak kita sebagai hamba dan hak Allah adalah sebagai pemberi rezeki atau analoginya sebagai penjaga khazanah harta. Justeru, berdoa dan berzikir disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh merupakan amalan lengkap ikatan hubungan antara Khaliq dan Makhluk – Pemberi dan Penerima.
Berdoa dan berzikir sebagai amalan dalam mencari rezeki telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah.
Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati. Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan beristighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.
Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian datang pula seorang lelaki mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata "Banyakkanlah isthighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.
Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan isthighfar memohon ampun kepada Allah.
Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza. " Beliau menjelas, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah dalam Al-Quran :
Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?" (Surah Nuh : Ayat 10-13).

Melihat kepentingan doa, zikir dan selawat sebagai salah satu amalan dalam mencari rezeki, syarikat Fourth Screen Sdn Bhd (FSSB) telah menerbitkan satu album bejudul “Rahsia Amalan Businessman”. Album ini merupakan kompilasi pilihan doa, zikir dan selawat magnet rezeki yang disampaikan secara berlagu oleh bekas vokalis Nordin Jaafar.

Idea penerbitan Album Rahsia Kejayaan “BUSINESSMAN” ini muncul hasil daripada berita dan cerita yang sering terpampang di dada akhbar yang menyatakan headline panas seperti “Peniaga Kena Pukau”, “Artis Di Sihir”, “Anak Saman Bapa”, “Guna Bomoh Nak Cepat Kaya” dan lain-lain lagi. Jika diamati secara mendalam kita dapati bahawa masyarakat kita tidak memahami konsep rezeki. Ramai yang menggunakan jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Ini kerana mereka terlupa bahawa Allah lah yang memberi rezeki dan hanya kepadaNya sahaja tempat kita bermohon.
Vokalis album, Nordin Jaafar berkata, “ Album yang memuatkan 31 trek ini merupakan kompilasi doa , zikir dan selawat secara berlagu. Jadi ianya mudah dihafal dan mudah dijadikan amalan seharian “. Album ini juga memuatkan satu lagu single berjudul “Alastu Birobbikum” yang bermaksud “Tidakkah Aku Ini Tuhan Kamu?”. Disamping itu, album ini turut menampilkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara murattal oleh Juara Akademi Al-Quran 2, TV9, Saudara Anuar Hasin.
Untuk keterangan lanjut mengenai album ini boleh melawat laman sesawang http://amalanbisnes.com . “Album ini akan dijual dengan harga promosi RM27 sahaja sempena menyambut Awal Muharram dan tahun baru 2010. Selain dapat memuat turun album doa zikir, para pelanggan juga akan mendapat ebook berkenaan fadilat amalan doa, zikir dan selawat dalam album sebagai bonus pembelian”, terang Shaharuddin, Penerbit Eksekutif, FSSB.
Apapun jua, tujuan utama keseluruhan penerbitan album berpaksi pada hasrat murni untuk menambah kesedaran di kalangan masyarakat mengenai konsep rezeki dan cara amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam mencari keberkatan harta yang diperolehi. Amal jangan tak amal.

No comments:

Post a Comment