biodata

Tuesday, March 5, 2013

amalan simple tapi power-istighfar


Dosa merupakan penghalang kepada pemberian rezeki daripada Allah yang Maha Pemberi. Dosa jika tidak diampunkan akan menjadi liabiliti kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang bahagia. Jika kita seorang peniaga yang tidak punya jaminan wang masuk setiap hujung bulan, haruslah memastikan dosa-dosa kita tidak menjadi penghalang kepada kelangsungan rezeki yang berkat. Maka, bertaubat dan beristighfarlah kita setiap hari.

عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ
 “Dari Tsauban r.hu,  Nabi SAW bersabda: “Dan sesungguhnya seseorang insan terhalang dari mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.”[1]



[1] Riwayat al-Hakim dan Ibnu Majah


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَدْرٍ ، ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ مُصْعَبٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :  مَنْ أَكْثَرَ مِنَ الاسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memperbanyakkan beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap dukacita itu ada kelegaan dan pada setiap kesempitan ada jalan keluarnya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”[1]

Inilah kisah insan yang meyakini amalan ‘simple tetapi power’. Amalan yang disarankan di dalam al-Quran yang sedikit dipandang manusia. Inilah insan yang kenal Penciptanya yang berkuasa atas setiap sesuatu.

Beramal dan yakin dengan kekuasaan Allah telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah. [2] Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:


 ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية

Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya, "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati.” Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.

Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri, "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian datang pula seorang lelaki lain mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata, "Banyakkanlah istighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.

Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan istighfar memohon ampun kepada Allah.

Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri, "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza."  Beliau menjelaskan, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah di dalam al-Quran : 

ﯼ  ﯽ   ﯾ  ﯿ       ﰀ           ﰁ  ﰂ   ﭑ    ﭒ  ﭓ  ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ   ﭚ          ﭛ  ﭜ  ﭝ     ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ   ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ   

Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : ‘Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?’." (Surah Nuh: ayat 10-13).





[1] Musnad Ahmad bin Hanbal
[2]Lihat Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98

Thursday, February 28, 2013

MUHAMMAD IBNU ABDUL WAHHAB DAN PARA PENGIKUTNYA ADALAH PENGGANAS DAN TERORIS


MUHAMMAD IBNU ABDUL WAHHAB DAN PARA PENGIKUTNYA ADALAH PENGGANAS DAN TERORIS

Sesungguhnya Imam Zaini Dahlan (Mufti Syafie di Makkah) adalah di antara ulamak Ahli Sunnah yang mendedahkan sejarah hitam wahabi
- Muhammad Bin Abdul Wahab bekerjasama dengan pengintip British bagi menghancurkan Daulah Islamiah, gerak kerjanya berpusat di kerajaan yang dikenali dengan negara keluarga Saud (al Saudi)
-Wahabi mengkafirkan umat Islam dan merampas segala harta mereka.
-Wahabi menangkap orang Islam dari kalangan lelaki lalu dijadikan hamba dijual di pasar Nukhas, manakala dari kalangan wanita Islam pula dijadikan jawari(hamba-hamba perempuan).
-Wahabi membunuh umat Islam dan menyembelih mereka sambil menyanyi-nyanyi

Beberapa Cadangan-cadangan dari pihak kafir British kepada Muhmmad bin Abdul Wahab:

1- Meruntuhkan kaabah dengan hujah bahawa ia adalah kesan sejarah berhala serta menghalang umat Islam dari melakukan ibadah haji
2- Menjatuhkan khilafah Islamiah dengan bantuan dari British seperti menyediakan bala tentera bagi melawan khalifah dan ini mereka berjaya melakukannya.
3- Memerangi serta membunuh umat Islam yang berketurunan nabi (asyraf) dengan menggunakan berbagai cara.
4- Menghancurkan kubur-kubur umat Islam dan juga kesan-kesan sejarah Islam yang di Makkah dan Madinah dan juga kawasan-kawasn lain dengan hujah bahawa ia adalah sejarah berhala dan syirik
5- Menghina dan mencela Nabi Muhammad dan para khulafa serta pemimpin-pemimpin Islam
6- Menyebarkan huru hara dan keganasan di setiap negara Islam
7-Menyebarkan al Quran yang diubah oleh mereka (wahabi)

Inilah cadangan yang dibuat oleh pihak kuffar British kepada pengasas Wahabiah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, dan dia sendiri telah menerima cadangan-cadangan tersebut dengan rela hati tetapi semua cadangan tersebut tidak mampu dilakukan dalam satu masa lalu dilakukannya secara berperingkat.

Muhammad bin Abdul Wahab takut jika rancangan-rancangan ini diketahui oleh khalifah kerajaan Usmaniah pada masa itu, lalu dia meminta dari pihak kuffar British agar mengediakan baginya bantuan dan pertahanan yang kuat seperti kententeraan dan selainnya supaya dapat melawan khalifah jika khalifah menyerangnya.

Doktor Nasir Said penulis kitab tarikh al Su'ud bahawa kaum kerabat al Sauud adalah dari keturunan kafir yahudi

Wilayah Diri'yyah dijadikan pusat utama dalam melakukan operasi-operasi ini dan ia dibantu oleh kerajaan kuffar British secara rahsia.

Asas ajaran wahabi ada tiga:
1-Membenci orang yang tidak beraliran Wahabi
2-Mengkafirkan umat Islam
3-Menghalalkan darah dan harta umat Islam
WALLAHU AALAM.

(Disampaikan oleh ulamak Mesir dan diterjemahkan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM-
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/)

Tuesday, January 29, 2013

ULAMA YANG DICINTAI


Habib Muhammad bin Salim (Pemula Usaha Dakwah Tabligh Di Tarim)

Beliau adalah al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau dilahirkan di Misthoh, sebuah kampung kecil di pinggir kota Tarim pada tahun 1332H.Mendapat didikian awal dari ayahandanya Habib Salim bin Hafidz. Kesan pendidikan ayahnya, ketika usianya meningkat dewasa, peribadinya dihiasi dengan budipekerti yang mulia. Selain berguru dengan ayahandanya yang terkenal alim, beliau juga turut berguru dengan Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Masyhur, Habib 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri, Habib 'Alwi bin Syihab, Sayyid Hamid al-Sirri, Sayyid ‘Ali bin Zein al-Hadi, Habib Ahmad bin ‘Umar asy-Syathiri, Habib Abdullah bin ‘Aydrus, Habib Hasan bin Muhammad balfaqih, Habib Muhammad bin Hasan ‘Aidid, Habib Hasan bin Ismail, Syeikh Abu Bakar al-Khatib, Syaikh Muhammad bin ‘Iwadh BaFadhal, Habib Abdurrahman al-Saqqf, Habib Muhammad bin Hadi al-Saqqaf dan ramai lagi ulama Hadhramaut. Beliau juga telah mengembara ke Haramain, India, Pakistan dan lain-lain untuk menuntut ilmu dan berda’wah. Akhirnya beliau kembali ke Tarim dan mendirikan majlis-majlis ta'lim di sana selain menjalankan usaha dakwah ke daerah-daerah luar. 

Disamping berdakwah, beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab antaranya ada yang telah dicetak dan sebahagiannya masih dalam bentuk manuskrip. Antara kitab karangan beliau: Takmilah Zubdatul Hadits fil Faraidh, al-Miftah li Babin Nikah, al-Tazkirah al-Hadhromiyah, al-Fawaid al-Tsaminah, Durus al-Tauhid,, al-Wasilah lil Wiqawah, Qurratul ‘Ain li Jawabi As`ilati Waadi al-‘Ain, al-Nafhah al-Wardiyah, Nazam Maulid al-Haafidz ‘Imaad al-Diin ibn Katsir, Dalil al-Muslim, al-Fawaid al-Nahwiyyah li Qaari` al-Ajrumiyah. Manakala yang masih dalam bentuk manuskrip, antaranya Majmu’ Kalam wa Mawa’idz al-Habib ‘alwi bin Abdullah bin Syihab, Manaqib al-Habib ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, Rehlah al-Habib Musthafa al-Muhdhar, Diwan Syairnya dan Himpunan Fatwanya. Oleh kerana ketinggian ilmu dan akhlak serta kewarakannya, maka Habib Muhammad bin Salim dipilih menjadi Mufti Kota Tarim al-Ghanna. Habib Muhammad mempunyai 11 orang cahaymata, antara anak-beliau adalah al-‘Allamah al-Faqih Habib ‘Ali al-Masyhur, Habib Ahmad Attos, al-Da’i ilaLlah Habib Umar, Habib Salim dan Habib ‘Abdullah

Sekalipun dilantik menjadi Mufti, beliau tetap bersikap tawadhu dan amat menghormati para gurunya dan para ulama lainnya. Hari-harinya dihabisi dengan berbagai amal ibadah dan menyampaikan ilmu, sehingga pernah dalam satu hari beliau mengendali dan hadir 16 majlis ilmu. Diantara tradisi beliau adalah mengkhatam kitab shohih al-Bukhari setiap tahun didalam bulan Rajab.




Dalam menyampaikan dakwah pula, Habib Muhammad terkenal lantang dalam menyeru umat kepada jalan Allah dan syariatNya. Suaranya dalam menyampaikan kebenaran tidak dapat dihalang sehingga dengan kepala diacukan pistol beliau telah menyatakan kebenaran tanpa takut dan gentar. Hal ini membuat gusar pemerintah pemberontak komunis pada waktu itu, sehingga pada tanggal 29 Dzul Hijjah 1392H tatkala beliau dan anakandanya Habib Umar yang ketika itu baru berusia 9 tahun beri'tikaf dalam Masjid Jami` Tarim menunggu masuk waktu sholat Jumaat, Habib Muhammad telah dijemput oleh 2 orang polis dan dibawa ke balai yang berdekatan. Sebelum pergi beliau meninggalkan rida’nya [shalnya] ditempat duduknya. Sehingga selesai sholat Jumaat, Habib Muhammad tidak kembali lagi. Akhirnya pulanglah Habib Umar yang masih kecil itu sendirian dengan membawa syal milik ayahnya. Sejak saat itu tidak ada khabar berita mengenai beliau dan tidak diketahui samada beliau telah wafat atau masih hidup. Usia Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz ketika itu adalah 60 tahun. 

Ramai yang percaya bahawa beliau telah dibunuh syahid oleh pemberontak komunis tersebut kerana khuatir akan pengaruh dan kelantangan beliau. Kini perjuangan dakwahnya diteruskan oleh murid-murid dan zuriat beliau, antaranya yang masyhur ialah Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Seolah-olah, shal yang ditinggalkan seumpama bendera da’wah yang diwariskan kepada anaknya, Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk terus diperjuangkan. Dan kini Habib Umar meneruskan menyebaran ilmu dan da’wah ke seluruh pelusuk dunia. Mudah-mudahan Allah melimpahkan keredhaanNya ke atas Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dan memberikan kepada kita sekalian keberkatan dan manfaat ilmunya....al-Fatihah.


اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas datuknya, Nabi al-Amin, penghulu kami Sayyidina Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian. – Sekian. 
InsyaAllah siri seterusnya, abu zahrah akan bawakan pula manaqib al-Habib Salim bin Hafidz bin Abdullah, iaitu datuk kepada Habib Umar.


sumber : Ustaz Abu Zahrah

Alfaqir ada mendengar cerita yang mana ayah Habib Umar telah bersama dengan amir usaha dakwah dan tabligh.
Sewaktu jemaah Maulana Said Ahmad Khan(sheikh yang diputuskan untuk membuat usaha tabligh di Arab) tiba di Yaman,ayah Habib Umar ikut pulang ke India dan duduk bersama Maulana Yusuf(Amir Kedua ataupun Hadratji Kedua) dan membuat kitab Hayatussahabah.

Anak Habib Umar juga telah sampai ke Nizamuddin, yang mana dia telah meminta untuk melihat manuskrip asal almarhum datuknya.

Wallahua'lam

Tuesday, November 20, 2012

listen, listen, listen (jadilah pendengar yang baik)


ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ   ﭚ  ﭛ  ﭜﭝ  ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ  ﭣ   ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭩ  ﭪ  ﭫ  ﭬ  ﭭ   ﭮ  ﭯ  ﭰ  ﭱ  ﭲ  ﭳ   ﭴ  ﭵ  ﭶ  ﭷ  


Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepada-mu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai, mere­ka kembali kepada kaumnya untuk memberikan peringatan. Me­reka berkata: "Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa, yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan luput dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Ahqaf: 29-32)

Jin juga ciptaan Allah yang  berhak memasuki syurga. Mereka akan menjadi makhluk yang mulia apabila mula mendengar kepada kebenaran. Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan pihak jin yang mendapat petunjuk Allah setelah menjadi pendengar yang baik.

Manusia pula memiliki ruh dan jasad. Pendengaran adalah pancaindera yang pertama berfungsi dalam perut ibu manusia ketika pancaindera lain belum berfungsi lagi dan ia merupakan yang terakhir sekali berfungsi sebelum nyawa melayang. Ketika itu, jasad terbujur kaku, mata tertutup rapat, mulut diam terkunci, namun, pendengaran masih berfungsi. Itulah sebabnya Rasul SAW menyarankan supaya membisikkan di telinga orang yang sedang sakarat dengan kalimat toyyibah atau setidak-tidaknya ‘ALLAH’. Dari pendengaran, ia akan masuk ke hati dan jiwa.

Pernyataan  Allah SWT tentang ciptaan pertama dalam kejadian manusia iaitu pendengaran, ada di dalam beberapa firman-Nya:
Katakanlah: "Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu PENDENGARAN, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Surah al-Mulk:23)

Di dalam surah As-sajadah, ayat 9 dan surah al-Mukminun, ayat 78, Allah menyatakan perkara yang sama iaitu:
“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan kepadanya: roh ciptaan-Nya. Dan Dia mengurniakan kepadamu PENDENGARAN, penglihatan serta hati (akal fikiran); (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.”

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu PENDENGARAN dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”(Surah al-Mukminun:78)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, pendengaran disebutkan terlebih dahulu sebelum penglihatan dan hati. Ini membawa satu signifikasi kepada manusia, iaitu Allah membangunkan fakulti pendengaran terlebih dahulu daripada fakulti-fakulti yang lain seperti penglihatan, hati, perasaan, percakapan dan sebagainya. Allah pasti ada sebab meletakkan susunannya begitu iaitu pendengaran terlebih dahulu, dan ia bukan tertulis secara tidak sengaja. Buktinya, ketika di dalam rahim ibu, mata belum berfungsi, tangan dan kaki belum aktif, mulut masih belum mengeluarkan suara, tetapi telinga sudah berfungsi dan bekerja. Rasul SAW menyarankan agar  para ibu mengandung memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berbicara dengan bayi mereka. Bayi sudah boleh mendengar bacaan al-Quran dan perbualan ibunya sedari awal penciptaan manusia itu lagi. 

Apabila manusia sedang sakaratul maut, mata sudah tertutup rapat, jasad sudah kaku, namun, pendengaran masih berfungsi. Tanda orang yang koma masih mendengar, mereka akan mengalirkan air mata ketika mendengar orang yang disekelilingnya berbicara. Pendengaran adalah fakulti yang terakhir ditarik oleh Allah sebelum mati. Contohnya Rasul SAW ada menyarankan agar diajarkan kalimah toyyibah kepada orang yang sedang sakarat. Setidak-tidaknya kalimah ‘Allah’.

Jelas bahawa jika manusia boleh mendengar dengan efektif , ia akan menjadikan manusia itu hebat dalam segala aspek kehidupan. Dengan mendengar, banyak kebaikan akan kita perolehi. Di dalam surah az-Zumar, ayat 17-18:
ﮛ  ﮜ  ﮝ  ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ    ﮢ  ﮣ  ﮤﮥ   ﮦ  ﮧ    ﮨ  ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭﮮ   ﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓﯔ  ﯕ  ﯖ  ﯗ  ﯘ  ﯙ  
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. (17) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (18)

Seorang ayah atau sesiapa sahaja, jika mengamalkan seni mendengar dengan betul maka menurut ayat di atas akan mendapat sekurang-kurangnya tiga kebaikan iaitu:
1. Mereka akan diberi kekuatan untuk memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (best decision maker).
2. Mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (guidence by Allah).
3. Mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul albab-wise man [orang bijaksana])
a. Suka Mendengar

Banyak teknik coaching yang menerangkan teknik mendengar ini iaitu “Listening effectively” adalah merupakan salah satu teknik paling penting untuk menjadi seorang coach yang baik yang terkandung di dalam “11 Core Competencies”. Jika seorang coach gagal mendengar dengan baik dan efektif, ‘apa yang tersurat dan tersirat’ (what is said, what is unsaid), maka isu yang dibincangkan bersama coachee atau klien tidak akan dapat menemui titik penyelesaian kepada isu yang dibincangkan.

Dari Abu Zar r.hu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya telah berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) ucapannya jujur dan benar, jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), baik budi pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. (Riwayat Ahmad)
***
Banyak riwayat di dalam kitab Hayatus Sahabah yang menceritakan kisah pengislaman para sahabat di sebabkan oleh sikap suka mendengar dahulu kata-kata sebelum membuat sesuatu keputusan. Di dalam kitab Ayatus Sahabah, kisah pendakwahan Mus’ab bin Umair r.hu. Nabi SAW telah menghantar beliau ke Madinah bersama orang-orang Madinah Munawwarah yang mula-mula memeluk Islam di salah satu lembah Mina. Beliau dihantar ke sana untuk berdakwah dan mengajar Islam dan tinggal bersama As’ad bin Zurarah.
Mus’ab tidak disukai oleh sa’ad bin Mua’az dan Usaid bin Hudhair iaitu dua orang ketua di Madinah. Sa’ad telah berkata kepada Usaid, "Engkau pergilah berjumpa As’ad dan katakan kepadanya bahawa kami mendengar orang asing yang kamu bawa bersamamu telah memperbodohkan dan menyesatkan orang-orang lemah di kalangan kita.”

Lalu Usaid telah pergi menemui As’ad dan bercakap kasar dengannya. As’ad berkata, “KAMU DENGAR DAHULU percakapannya, selepas itu jika kamu suka kamu boleh menerimanya. Sekiranya selepas mendengarnya pun kamu masih tidak suka, maka terpulanglah kepada kamu jika ingin menghalangnya.”

Usaid lalu berkata, “Ini adalah satu cadangan yang adil.” Lalu dia pun mula mendengar. Mus’ab bin Umair telah menerangkan kepadanya kebaikan Islam dan membacakan kepadanya beberapa potong ayat al-Quran. Usaid lalu berkata, “Alangkah baiknya ajaran ini dan alangkah indahnya kata-kata ini. Bagaimanakah kamu memasukkan seseorang ke dalam agamamu?”

Mereka berkata, “Kamu mandi terlebih dahulu, kemudian pakai pakaian yang suci dan ucapkanlah kalimah syahadah.” Maka, Usaid telah menyempurnakan segala perkara tersebutdan memeluk agama Islam pada masa itu juga.

Selepas itu Usaid pergi menemui Sa’ad dan cuba membawanya datang. Perbicaraan yang sama juga telah berlaku dengan Sa’ad bin Mua’z lalu dia juga memeluk Islam. Sebaik sahaja memeluk Islam beliau pergi menemui kaumnya Banu Ashhal. Setibanya di sana beliau berkata kepada mereka, “Bagaimanakah kedudukanku pada pandangan kamu?” Mereka menjawab, “Tuanlah yang paling mulia dan paling baik di kalangan kami.”

Lantaran itu, Sa’ad berkata, “Haram ke atasku untuk bercakap dengan kamu sama ada lelaki atau wanita selagi kamu tidak memeluk Islam dan tidak beriman dengan Muhammad SAW.” Disebabkan perkataan beliau itu, semua lelaki dan wanita daripada banu Ashhal telah memeluk Islam dan Mus’ab pun mulalah sibuk mengajar mereka. 

Kisah Ulamak dengan pramugari

Kisah Ulamak dengan pramugari

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama’ itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama’ : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama’ : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari...

Sunday, October 21, 2012

Kehidupan Sempit & Negatif


JAUH DARI ALLAH

Adakah kita mengenal seseorang yang kehidupannya bagaikan mata rantai penderitaan? Keluar dari satu masalah lalu masuk ke masalah lain? Jika jawapannya, “Ya,” tahukah apa penyebab utama hal itu terjadi padanya? Penyebabnya adalah kerana dia jauh dari Allah. Seorang mukmin sejati selalu tawakkal, bertakwa dan bersyukur kepada-Nya, baik dalam keadaan lapang mahupun sempit. Seorang mukmin sejati tidak pernah berhenti mendekati-Nya. Punca utama orang yang jauh dari Allah adalah dunia. Hidupnya sempit dan dipenuhi hal-hal negatif.

Allah menjelaskan,

Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Surah Thaha: 124)

Kehidupan material, persaingan yang ketat dan perubahan cepat yang terjadi dalam kehidupan ini membuat banyak orang hanyut terbawa arus hingga jauh daripada Allah.

Ada kisah benar ingin dikongsikan bersama. Dr Ibrahim di dalam buku "Best Seller"nya iaitu "Terapi Berfikir Positif" terbitan Inteam Publishing sangat menarik untuk dihayati. Beliau bercerita, "Di Montreal, saya mempunyai kawan yang bekerja di bidang jual-beli perumahan. Kawan ini berhasil mengumpulkan harta bernilai puluhan juta dolar. Kehidupannya berputar pada satu paksi iaitu wang. Ia terlempar sangat jauh dari kehidupan spiritual. Kata-kata yang diucapkannya setiap hari adalah tentang pelaburan, pembangunan dan jual-beli. Saya tidak pernah mendengar dia menyebut nama Allah.

Suatu hari, saya pergi ke luar negeri. Sekitar satu tahun saya tidak berjumpa dengannya. Ketika saya cari tahu tentang keadaannya, ternyata dia menderita serangan jantung yang hampir mengakhiri hidupnya. Beruntung Allah masih menyelamatkannya.

Mendengar khabarnya itu, saya datang menjenguknya. Saya lihat air matanya menitis. Dengan suara merintih dia berkata, “Wahai Ibrahim, tahukah kamu apa yang menyebabkan aku terbaring di rumah sakit ini?! Aku melaburkan seluruh hartaku di sebuah projek besar. Aku berharap akan mendapat keuntungan yang besar, tetapi malah menanggung kerugian besar hingga hampir tidak memiliki apa-apa lagi. Aku terkejut besar dan tertekan sehingga membuatkan aku menderita seperti ini. Mujur para doktor di sini berkebolehan. Aku menjalani pembedahan lebih daripada 24 jam. Namun, tubuhku sebelah kanan tetap lumpuh.”

Saya mendekat dan bertanya, “Pelajaran apa yang dapat kamu petik dari semua peristiwa ini?”
Dia menjawab, “Aku harus lebih berhati-hati melaburkan kekayaanku, terutama dalam memilih orang yang bekerja sama denganku.”

Pada saat itu saya katakan, “Dengarkan kata-kataku ini baik-baik dan jangan mencelah.”
Dia pun mengiyakan. Saya katakan padanya, “Ketahuilah bahawa yang memberi semua anugerah ini bukan orang lain, tetapi Allah. Meski anugerah itu baik, tetapi ia menjadi ujian bagi kamu. Aku tidak pernah mendengar kamu mengucapkan syukur pada Allah atas anugerah yang telah diberikan kepadamu. Kerana itu, Dia membuat kamu dalam keadaan seperti ini agar kamu dekat dan kembali kepada-Nya. Dialah yang menyelamatkan kamu dari kematian, bukan doktor. Allah yang mengatakan pada sesuatu, ‘Jadilah’, maka ia pun jadi. Allah telah menyelamatkanmu, tetapi fikiranmu selalu tertuju pada urusan duniawi. Kamu fikir harta benda, pelaburan, ilmu dan teknologi menjadi jalan keluar kepada masalah yang kamu hadapi.”

Setelah itu, saya pegang tangannya seraya berkata, “Bukankah ini waktu yang tepat untuk bersyukur kepada Allah? Bukankah ini waktu yang tepat untuk mendekati-Nya? Tawakkal, takwa dan jadikan Dia yang utama dalam hidup kamu!”

Setelah diam sekian lama, dia berkata, “Sepertinya aku benar-benar jauh dari Allah. Tetapi, apakah kamu yakin bahawa peristiwa yang aku alami ini kerana keadaanku yang jauh dari-Nya?”

Saya tegaskan, “Aku sangat yakin Allah mencintaimu. Kerana itu, Dia membuat kamu dalam keadaan seperti ini untuk membukakan pintu agar kamu mendekati-Nya.”

Kawanku menangis. Tidak lama kemudian dia berkata, “Jika aku keluar dari hospital ini, aku akan menjadi manusia yang berbeza. Aku akan semakin hampir pada Allah.”
Saya katakan padanya, “Apakah anda dapat menjamin bahawa anda dapat keluar dari hospital? Apakah anda yakin masih dapat bertahan hidup sekian lama?”
Dia menjawab, “Tidak.”

Saya katakan, “Kalau begitu, untuk mendekati Allah, jangan menunda waktu sampai anda keluar dari hospital ini. Mulailah dari sekarang. Mari kita membaca al-Fatihah dan bersyukur pada-Nya.”

Kami pun membaca surah al-Fatihah dan bersyukur kepada Allah. Dia berkata kepada saya, “Sudah lama aku tidak merasakan ketenangan seperti ini.”

Saya katakan, “Begitulah yang anda rasakan jika hati kita terpaut pada Allah.”


terapi berfikir positif


Seorang murid al-Hakim Zaynu sering mengeluh tentang apa sahaja dan di mana sahaja. Kesannya, ramai orang menjauhinya. Tinggallah dia seorang diri. Dia juga mengeluhkan persoalan yang dihadapi kepada Zaynu. Dia mengatakan bahawa orang-orang cemburu dan dengki padanya. Al-Hakim Zaynu meminta pemuda itu pergi bersamanya. Saat berjalan bersama, mereka tiba di jalan yang gelap.

Zaynu meminta pemuda itu melaluinya. Dia tentu terkejut dan bertanya, “Mengapa aku harus melalui jalan yang gelap ini? Mengapa bukan jalan yang terang supaya aku dapat mencapai tempat yang ingin dituju?”
Zaynu malah mengulangi kalimat yang sama, “Lalui jalan ini, aku akan menemuimu dari jalan yang lain.”
Setelah berkata demikian, Zaynu meninggalkan pemuda itu seorang diri. Pemuda itu mulai menempuh perjalanan di jalan tersebut. Benar-benar gelap dan tidak dapat melihat apa pun. Bahkan dia tidak dapat melihat tangan dan kakinya sendiri. Sepanjang perjalanan dia bertanya-tanya, “Mengapa Zaynu meminta aku melalui jalan ini? Apakah ini ujian atau kerana sudah tua, dia jadi tidak menyedari apa yang diucapkannya?”
Ketika berfikir seperti itu, tiba-tiba dia melanggar tembok yang ada di depannya. Dia teriak kesakitan dan merasa amat geram. Dia menjauhi tempat itu menuju ke tempat yang lain. Namun dia tetap tidak tahu ke mana arah keluar dari kegelapan ini. Dia juga sudah tidak tahu dari arah mana dia datang. Pemuda itu mula ragu. Akhirnya dia berpatah balik. Dia marah pada Zaynu. Dia juga berfikir banyak hal negatif yang mungkin terjadi hingga dia melanggar tembok lagi. Dia berteriak dan memaki Zaynu. Dia mencelanya kerana telah menempuh jalan lain. Bahkan dia menyalahkan dirinya sendiri kerana mendengarkan kata-kata Zaynu.

Tidak lama kemudian, dia terjerumus ke lubang yang dalam. Dia berteriak dan mengerang kesakitan. Dalam keadaan terbakar amarah, dia mengumpat dan memaki Zaynu. Dia berusaha keluar tetapi tidak boleh kerana lubang itu cukup dalam. Dia menangis dan tidak ada yang dapat dilakukannya selain duduk menyesali diri. Dia benar-benar kecewa hingga pengsan.
Setelah sedar, dia berteriak sekuat-kuatnya meminta pertolongan. Tidak seorang pun mendengar teriakannya. Harapannya untuk dapat kembali pulang pun pupus. Tidak lama kemudian, dia melihat secercah cahaya datang mendekat. Dia gembira sekali dan teriak sekuat tenaga meminta bantuan. Ternyata, orang yang berdiri di hadapannya adalah al-Hakim Zaynu. Dia membantu pemuda itu keluar dari jurang lalu membimbingnya keluar dari kegelapan.

Di hujung jalan, pemuda itu menghentikan langkah Zaynu dan bertanya, “Aku ingin tahu, mengapa engkau lakukan ini padaku?”

Zaynu tidak menjawab. Kerana merasa tidak diacuhkan, pemuda itu marah. Dia kembali bertanya, “Mengapa engkau lakukan ini padaku?”

Kali ini Zaynu pula bertanya, “Apa yang boleh engkau petik sebagai pelajaran dari pengalaman ini?”
Dengan kesal pemuda itu berkata, “Sejak hari ini, aku tidak boleh mendengarkan ucapan orang lain atau percaya.”

Zaynu menghayunkan langkahnya tanpa komentar. Tiba-tiba pemuda itu menghalang dan berkata, “Aku tahu ada pelajaran yang boleh diambil dari peristiwa yang aku alami. Ku mohon engkau memaafkan kerana aku teramat menderita di jalan itu. Untuk itu, ku mohon engkau mengajariku dan menasihatiku.”
Dalam pada itu Zaynu berkata, “Inilah yang seharusnya engkau ambil sebagai pelajaran, wahai pemuda. Ya, ini dia pelajarannya. Caramu bertanya yang terakhir itulah yang mendorongku untuk memberi jawapan. Sebab, cara itulah yang santun dan positif, juga mempunyai tujuan yang boleh engkau ambil manfaatnya. Jalan gelap yang kuminta engkau lalui menggambarkan fikiran negatifmu. Tembok yang engkau langgar tidak lain adalah buah fikiran negatifmu. Jurang yang engkau terjatuh ke dalamnya juga hasil dari fikiran-fikiran negatifmu yang lain.”

Setelah berkata demikian, Zaynu mendekati pemuda tersebut. Sambil menatap tajam bola matanya, dia berkata,

“Beginilah fikiran negatif itu, wahai pemuda. Fikiran negatif menjadikan seseorang tidak dapat melihat jalan yang terang. Dia lebih memilih jalan gelap di mana dia tidak menemukan jalan keluar dan melanggar sesuatu yang menyakitkan. Selain itu, dia merasa tidak bererti, gagal, sakit, marah dan segala sesuatu yang negatif yang sesuai dengan jalan fikirannya. Kerana itu, jika benar-benar ingin menjadi orang yang bijaksana, engkau harus sedar betul bahawa di dalam dirimu ada musuh besar iaitu fikiranmu yang negatif. Ketika engkau tahu cara menguasainya, ia akan berpihak kepadamu. Sama seperti kuda yang terlepas kendali: ia boleh membunuhmu dengan satu tendangan. Tetapi, jika engkau mengajarinya, ia akan menjadi sahabat yang bermanfaat. Ingat, fikiranmu itu adalah perbuatanmu sendiri. Tidak seorang pun di muka bumi ini dapat mengubahnya untukmu. Jadi, engkaulah satu-satunya orang yang dapat mengubah dan menjadikannya berpihak kepadamu serta membantumu agar tetap stabil dan meraih kebahagiaan.”

Sesungguhnya fikiran negatif lebih berbahaya dari yang kita bayangkan. Ia merangkai hidup ini menjadi mata rantai penderitaan, perasaan negatif, perilaku negatif dan hasil yang negatif seperti sakit jiwa, sakit fizikal, kesepian dan ketakutan. Saya melihatnya seperti gigitan ular; sangat menyakitkan tetapi tidak menyebabkan kematian. Yang menyebabkan kematian adalah racun yang mengalir mengikuti peredaran darah. Begitu pula halnya dengan fikiran negatif; ia hanya bisikan yang muncul dalam diri seseorang. Yang membahayakan adalah pengulangan dan penumpukan fikiran dalam memori hingga menjadi kebiasaan yang dilakukan seseorang dalam hidupnya. Itulah yang menyebabkan penderitaan tidak berakhir.

Fikiran negatif mencari dan memikirkan hal-hal negatif yang terjadi pada masa lalu, kemudian menimbulkan rasa cemas dan menumbuhkan rasa takut menghadapi masa depan. Jika sudah demikian, hidup akan diwarnai oleh perasaan dan keyakinan negatif hingga menimbulkan berbagai-bagai masalah. Dan orang yang berfikir secara negatif memiliki kekuatan imaginasi untuk masuk ke dalam berbagai-bagai hal negatif, kendati berhadapan dengan sesuatu yang positif.

Apakah anda mengenal orang yang memiliki pola fikir seperti ini? Sejatinya kita semua pernah berfikir negatif. Dalam keadaan seperti ini, sebahagian orang berusaha mengubahnya dengan tawakkal kepada Allah. Dan dari Dialah, dia mendapatkan jalan keluar. Ada sebahagian orang yang membiarkan fikiran negatif itu berkembang. Akibatnya, anda akan melihat sebahagian besar hidupnya berisikan penderitaan dan kesulitan. Jika mendapatkan kebahagiaan, orang seperti ini justeru mencurigainya. Malah, kemudian muncul masalah baru.