Dosa merupakan penghalang
kepada pemberian rezeki daripada Allah yang Maha Pemberi. Dosa jika tidak
diampunkan akan menjadi liabiliti kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang
bahagia. Jika kita seorang peniaga yang tidak punya jaminan wang masuk setiap hujung
bulan, haruslah memastikan dosa-dosa kita tidak menjadi penghalang kepada
kelangsungan rezeki yang berkat. Maka, bertaubat dan beristighfarlah kita setiap
hari.
عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: وَإِنَّ
الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ
“Dari Tsauban r.hu, Nabi SAW bersabda: “Dan sesungguhnya
seseorang insan terhalang dari mendapat rezeki lantaran dosa yang
dilakukannya.”[1]
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَدْرٍ ، ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ مُصْعَبٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : مَنْ أَكْثَرَ مِنَ الاسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memperbanyakkan beristighfar maka
Allah akan menjadikan baginya setiap dukacita itu ada kelegaan dan pada setiap
kesempitan ada jalan keluarnya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber
yang tidak disangka-sangka.”[1]
Inilah kisah insan yang meyakini amalan ‘simple tetapi power’. Amalan yang disarankan di dalam al-Quran yang sedikit dipandang manusia. Inilah insan yang kenal Penciptanya yang berkuasa atas setiap sesuatu.
Inilah kisah insan yang meyakini amalan ‘simple tetapi power’. Amalan yang disarankan di dalam al-Quran yang sedikit dipandang manusia. Inilah insan yang kenal Penciptanya yang berkuasa atas setiap sesuatu.
Beramal dan yakin dengan
kekuasaan Allah telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan
bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau
sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah. [2] Imam
al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan
sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:
ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية
ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية
Pada suatu hari, seorang
lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan
masalahnya, "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya
banyak yang mati.” Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan
istighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.
Selang beberapa hari,
datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri, "Saya menderita
kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu,
Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka,
lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian datang pula
seorang lelaki lain mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan
tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati
dengan lelaki itu lalu berkata, "Banyakkanlah istighfar, moga-moga
masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.
Para sahabat yang sering
bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh
beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya
memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan
istighfar memohon ampun kepada Allah.
Bagi mendapat kepastian,
mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri, "Kenapa tuan
memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka
berbeza-beza." Beliau
menjelaskan, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah di dalam
al-Quran :
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ
Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : ‘Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?’." (Surah Nuh: ayat 10-13).
No comments:
Post a Comment