Jangan memandang enteng
urusan solat ini, kerana ia merupakan kecintaan Allah SWT kepada
hamba-hamba-Nya. Ia juga menjadi sumber kemurkaan Allah dan jenayah yang
terbesar di atas muka bumi ini jika ia diremeh-remehkan, dicuaikan dan
ditinggalkan. Allama Sya’rani menulis: “Hendaklah difahami betul-betul bahawa
sesuatu bencana dielakkan dari sesuatu tempat yang penduduknya mengambil berat
ke atas solat dan sesuatu tempat yang penduduknya melengah-lengahkan solat
selalu ditimpa bencana."
Antaranya
punca sukarnya memperoleh rezeki bagi anak Adam adalah meninggalkan solat.
begitu juga kesannya yang dimainkan oleh orang-orang yang berada
disekelilingnya yang meninggalkan solat seperti ahli keluarga, sahabat dan jiran
tetanganya. Ada satu riwayat di dalam kitab Makhzan al-Waizin, pada zaman
Rasulullah ada seorang lelaki mendatangi Baginda dan mengadu mengenai hal kemiskinannya.
Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Mungkin kamu tidak melakukan solat.” Beliau menegaskan yang beliau bersolat dan tidak meninggalkan bahkan melakukannya bersama
baginda lima waktu sehari semalam di masjid. Rasul SAW menambah, “Mungkin ahli rumahmu
ada yang tidak mengerjakan solat.” Namun beliau menyatakan semua ahli
rumahnya menunaikan solat. Rasulullah berkata lagi, “Mungkin ada di antara
tetanggamu yang tidak melaksanakan solat.” Jawab lelaki itu, “Wahai
Rasulullah, semua tetangga saya mengerjakan
solat.”
.
lihatlah, 'suwey' betul hidup kita kalau hidup di dalam lingkungan aura orang yg tk bersolat atau berkawan dengan org yg tk solat ni. terpalit kemurkaan Allah kepada kita bila bersama dengan org2 yg melakukan dosa besar iaitu yg meninggalkan solat. justeru, memilih kawan yg bersolat pasti hidup menjadi berkat.
No comments:
Post a Comment