biodata

Wednesday, October 28, 2009

penyeri dan pengeri

Pagi ini aku keluar ke halaman melihat tanam-tanaman yang menghijau. Begitu mendamaikan. Aku menatapi, membelai sambil berbicara, “Wahai pokok, untung kau tidak punya mulut yang boleh berbicara. Banyaknya mendatangkan dosa. Hanya zikir yang tak mampu ku dengari, Tetapi hanya Allah yg Maha Mendengarnya. Jika kau dikurniakan mulut sudah tentu kau akan berdengki dan mengumpat semahunya kepada Tuhan, manusia, binatang-binatang, angin, hujan, matahari dan sebagainya.

Kepada Tuhan kau akan mengumpat, mengomel, “Wahai Tuhan, kenapalah kau tidak memberikan aku kaki untuk bergerak seperti manusia, binatang. Kau tidak adil Tuhan, kau biarkan aku terbenam di dalam tanah, membiarkan apa jua tindakan sewenangnya makhluk yang bergerak ke atasku. Aku diinjaki, dibakar terik mentari, diragut makhluk tanpa belas. Sakit tahu tak?” Mungkin itu yang kau akan kata jika punya mulut dan lidah seperti manusia, yang tidak tahu bersyukur atas apa yang mereka miliki. Sentiasa nak lebih dari apa yg dianugerahkan.

Kepada manusia kau akan herdik, “hoi manusia, kau baling buah aku dengan batu, tapi aku berikan kau nikmatnya, walaupun aku menanggung azabnya lama tahu tak? Luka sana, luka sini. Mungkin banyak lagi komplen yang kau akan buat jika kau punya mulut dan lidah seperti manusia.

Sepurnama hatiku merasa sakit melihat gelagat manusia yang bermalaun di dalam hatinya. Manusia yang bernama perempuan, terutamanya yang berada di dalam ofis. Bahaya sungguh permainan pencak silatnya. Langkahnya sumbang tapi berbisa. Benarlah sejarah dah membuktikan wanita adalah ‘penyeri’ hidup lelaki. Bangunnya tamadun lelaki dan bangsa adalah di sebabkan perempuan. Sejarah juga mencatatkan bahawa wanita adalah ‘pengeri’ hidup lelaki. Jatuhnya maruah lelaki dan sesebuah empayar ada kena mengena dengan peranan wanita. Pepatah ada mengatakan, tangan yang lembut yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia. Fikir-fikirkan…

No comments:

Post a Comment