motor ini tidak ada kena mengena dengan ini cerita- harap maklum
BERIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK,
KITA TIDAK AKAN HILANG PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA HILANG
satu ketika dulu pada tarikh 27hb Jun 2007
”Harga roti rm2.60, campur dengan karipap rm0.99 jadi semuanya rm3.59 encik”, kata cashier di stesyen minyak xx itu. Sempat aku mengerling ke arah monitor cash machine tu. Aku pun menghulurkan wang kertas rm5. Kemudian gadis berumur 17 tahun tu memulangkan bakinya sambil melemparkan senyuman yang tak seberapa manis, mungkin kerana keletihan bekerja seharian dari pagi hingga ke malam. ”Terima kasih encik”, katanya kepada ku. Berbudi bahasa juga orangnya. Memang menjadi kebiasaanku mengira dulu berapa jumlah wang kertas dan syiling yang dipulangkan oleh towkeh-towkeh kedai, di mana-mana pun begitulah tabiatku. resit pembelian mesti aku minta juga. Sambil mengira aku memusingkan badan ku keluar dari kaunter pembayaran tersebut.

”Hah”, terkejut beruk aku lalu kembali ke tempat pembayaran itu semula.”Berapa yang awak pulangkan ni, Cuma rm1.40. Bukan ke cik sepatutnya pulangkan rm1.41 kepada saya, tapi kenapa banyak ni je?” Tanyaku dengan agak tegas. Bukan pertama kali aku berhadapan dengan situasi begini, terutama di stesyen-stesyen minyak. ”Kami tak da duit kecillah encik, encik ada ke?” Soalan bodoh yang menyakitkan telingaku. ”Habis tu, takkan saya pula yang kena bayar lebih kat awak?” Balas ku sambil menjegilkan mataku yang sudah merah dan letih kerana meredah angin bercampur asap kenderaan dari Damansara ke Bukit Beruntung dengan menunggang motosikal cup biruku. ”Awak bayangkan berapa banyak awak amek untung kalau 100 orang yang datang isi minyak kat stesyen minyak ni dan awak buat senyap je 'mencuri' satu sen duit pelanggan awak? Mujur saya kira sebelum saya belah tadi tau”. Tak cukup dengan itu aku tambah lagi, ”Dah lama ke buat kerja macam ni?” Gertak ku sinis. Tanpa banyak bicara wanita yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan itu menyerahkan rm0.10 kepada ku. ”Setidak-tidaknya minta izinlah dulu kalau nak amek duit orang lain walau pun satu sen. Awak boleh minta halalkan ke...mmm!! 9 sen bakinya ni saya tak da duit tukar ni..saya minta awak halalkanlah ye”, Itulah khutbahku yang terakhir sebelum ke motor honda cubku yang baru ku tukar sport rim itu.
Sebelum jasadku beralih sepenuhnya dari tempat itu, sempat juaku menoleh ke gadis itu yg mengangguk lesu tanda redo sambil matanya berkaca memandangku..mungkin dah insaf kot. getus hatiku, alhamdulillah...mintak-mintak jangan dia buat lagi mencuri wang pelanggan lain yg mungkin tak seteliti aku...
Bagiku bukanlah jumlah wang satu sen yang kecil itu menjadi perkiraanku. Nasib baik kerajaan dah peka sekarang. Mana-mana baki yang kurang satu sen, digenapkan supaya mudah kira. Kira ”menang-menang”lah ye buat pelanggan dan peniaga. Tetapi bayangkan kalau kepincangan begini tidak ditegur dan diambil tindakan. Ini bukanlah peristiwa pertama yang berlaku di satu stesyen minyak terkemuka sahaja, tetapi setakat ini dah banyak kali situasi begini ku hadapi. Boleh lingkup bisnes kalau tidak dijaga bab-bab amanah ni. Mana-mana syarikat perniagaan terutamanya syarikat orang Islam yang tidak menjaga bab-bab amanah dan janji, pun akan gagal akhirnya. Allah sendiri pun menekan bab-bab amanah ni. Gunung dan makhluq lain pun tak sanggup nak pikul amanah, tetapi manusia yang dungu sanggup menanggungnya. Janji tinggal janji sahaja.... (maaflah kalau ada yg terasa baca kisah ni)
Bro, dia bagi RM0.10 tu, halal ke? In other words, dia ada ke hak nak pulangkan duit lebih kepada pembeli? Memang salah dia tak minta izin pulangkan short RM0.01tapi ada atau tidak, hak kita keatas RM0.09 yang dia beri lebih tu?
ReplyDeletedia dah halalkan aku dah mintak halalkan..salah dia lah nak meniaga tak sediakan duit kecik
ReplyDelete