biodata

Thursday, July 11, 2013

mengapa syiah itu sesat


Mengapa Saya Keluar dari Syi'ah (Buku)


Dapatkanlah buku ini... Sebuah karya monumental yang disusun penulis sebelum beliau dibunuh akibat kemarahan penganut Syi'ah.

Harga 25.000
Pemesanan sms 0878 8777 8027

Sayyid Hussain al-Musawi bukanlah satu nama yang asing di kalangan kaum/agama Syi'ah. Beliau adalah seorang ulama besar Syi'ah yang lahir di Karbala dan belajar di "Hauzah" sehingga memperolehi gelaran mujtahid daripada Sayyid Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghitha'. Selain itu, beliau juga memiliki kedudukan yang istimewa di sisi ayatollah Khomeini (tokoh besar imam Syi'ah).

Setelah melalui pengembaraan spiritual yang cukup panjang, akhirnya beliau mendapat hidayah dari Allah. Beliau menemui begitu banyak sekali kesesatan dan penyimpangan di dalam ajaran Syi'ah yang selama ini beliau anuti. Beliau pun mengambil keputusan untuk keluar dari Syi'ah, beliau kembali ke jalan yang benar iaitu jalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah, dan kemudian beliau menulis buku ini demi membongkar segala kedustaan puak-puak dan imam-imam Syi'ah.

Buku ini adalah sebuah ungkapan jujur dari seorang bekas tokoh besar Syi'ah yang masih memiliki nama yang gah di tengah-tengah tokoh Syi'ah lainnya yang hidup mewah bergelumang dengan harta dan wanita sesuka hati dengan berdalihkan alasan agama secara batil.

Kemunculan buku ini ibarat halilintar yang merobohkan tembok pembohongan kaum Syi'ah selama ini. Dengannya kelompok Syi'ah diserang keporak-perandaan dan kacau bilau. Para imam-imam Syi'ah kebingungan untuk menyangkal!

Di antara kesesatan Syiah yang diungkap Sayyid Husain Al-Musawi adalah berkaitan dengan ajaran dan praktik nikah mut’ah (kahwin/nikah kontrak: atau sebenarnya adalah zina) yang dilakukan bukan saja oleh orang-orang Syiah kebanyakan, tetapi juga oleh tokoh-tokoh besar Syiah. Sayyid Hussain, kerana bukunya inilah kemudian mendapatkan ancaman bunuh dari kalangan Syiah. Sebelumnya, dia telah difatwa sesat dan menyesatkan bahkan murtad oleh Husain Bahrululum pada 20 Shafar 1421H di sarang Syiah terbesar, Najaf.

Memang, tokoh-tokoh Syiah yang berusaha meluruskan ajaran Syiah nyaris semua berakhir tragis. Sayyid Abul Hasan Al-Asfahani, Sayyid Musa Al-Musawi, Sayyid Ahmad Al-Kasrawi adalah pembesar-pembesar Syiah yang akhirnya dibunuh kerana berusaha meluruskan ajaran Syiah.

Berikut adalah kesaksian Sayyid Husain Al-Musawi tentang mut’ah yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi Syiah sekaligus Pemimpin Revolusi Iran, Imam Ayatullah Khomeini, seperti yang ditulis Sayyid Husain dalam buku tersebut. Berkaitan dengan nikah mut’ah, Sayyid Husain menulis tentang beberapa kisah dari pembesar Syiah lainnya.

Beliau (penulis) antaranya berkata: “Ketika Imam Khomeini tinggal di Iraq, kami ulang-alik berkunjung kepadanya. Kami menuntut ilmu daripadanya sehingga hubungan antara kami dengannya menjadi erat sekali. Suatu waktu disepakati untuk menuju suatu kota dalam rangka memenuhi undangan, iaitu kota yang terletak di sebelah barat Mosul, yang ditempuh kurang lebih satu setengah jam dengan perjalanan menaiki kereta. Imam Khomeini memintaku untuk pergi bersamanya, maka saya pergi bersamanya. Kami disambut dan dimuliakan dengan pemuliaan keluarga Syiah yang tinggal di sana. Dia telah menyatakan janji setia untuk menyebarkan paham Syiah di wilayah tersebut.

Ketika berakhir masa perjalanan, kami kembali. Di jalan saat kami pulang, kami melewati Baghdad dan Imam hendak beristirahat dari keletihan perjalanan. Maka dia memerintahkan untuk menuju daerah peristirahatan, di mana di sana tinggal seorang laki-laki asal Iran yang bernama Sayid Shahib. Antara dia dan imam terjalin hubungan persahabatan yang cukup kental.

Sayid Shahib merasa bahagia dengan kedatangan kami. Kami sampai ke rumahanya waktu Zuhur, maka dia membuatkan makan siang bagi kami dengan hidangan yang sangat luar biasa. Dia menghubungi beberapa kerabatnya dan mereka pun datang. Rumah menjadi ramai dalam rangka menyambut kedatangan kami. Sayid Shahib meminta kami untuk menginap di rumahnya pada malam itu, maka imam pun menyetujuinya. Katika datang maktu Isya’ dihidangkan kepada kami makanm malam. Orang-orang yang hadir mencium tangan Imam dan menanyakannya tentang beberapa masalah dan imam pun menjawabnya.

Ketika tiba saatnya untuk tidur dan orang-orang yang hadir sudah pada pulang kecuali tuan rumah, Imam Khomeini melihat anak perempuan yang masih kecil, umurnya sekitar empat atau lima tahun, tetapi dia sangat cantik. Imam meminta kepada bapa-nya, iaitu Sayid Shahib untuk menghadiahkan anak itu kepadanya agar dia melakukan mut’ah dengannya, maka si bapak menyetujuinya dan dia merasa sangat senang. Lalu Imam Khomeini tidur dan anak perempuan ada di pelukannya, sedangkan kami mendengar tangisan dan teriaknnya!

Yang penting, berlalulah malam itu. Ketika tiba waktu pergi kami duduk untuk menyantap makan pagi. Sang Imam melihat kepadaku dan di wajahku terlihat tanda-tanda ketidaksukaan dan pengingkaran yang sangat jelas, kerana bagaimana dia melakukan mut’ah dengan anak yang masih kecil, padahal di dalam rumah terdapat gadis-gadis yang sudah baligh, yang mungkin baginya untuk melakukan mut’ah dengan salah satu di antara mereka, tetapi mengapa dia melakukan hal itu dengan anak kecil?!

Dia berkata kepadaku, “Sayyid Husain, apa pendapatmu tentang melakukan mut’ah dengan anak kecil?”

Saya berkata kepadanya, “Ucapan yang paling tinggi adalah ucapanmu yang benar adalah perbuatanmu dan engkau adalah seorang imam mujtahid. Tidak mungkin bagiku untuk berpendapat atau mengatakan kecuali sesuai dengan pendapat dan perkataanmu. Perlu dipafami bahawa tidak mungkin bagi saya untuk menentang fatwamu.”
Dia berkata, “Sayid Husain, sesungguhnya mut’ah dengan anak kecil itu hukumnya boleh, tetapi hanya dengan cumbuan, ciuman dan himpitan peha. Adapun jima’, maka sesungguhnya dia belum kuat untuk melakukannya.”

Imam Khomeini berpendapat atas kebolehan melakukan mut’ah sekalipun dengan anak yang masih disusui. Dia berkata, “Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih disusui dengan pelukan, humpitan paha (meletakkan kemaluan di antara dua pahanya) dan ciuman. (lihat kitabnya berjudul Tahrir al-Wasilah, 1/241, nomor 12).”

Naudzubillah tsumma naudzubillah...

https://www.facebook.com/pages/Buku-Islam/493266760742869

Tuesday, May 14, 2013

buku terbaru saya dan ust. haslin bollywood

DAPATKAN BUKU TERBARU DARIPADA SAYA & UST. HASLIN BOLLYWOOD DI PASARAN BERJUDUL TEORI ADAM & HAWA

SINOPSIS:

Rahsia Ilmu ‘Kenal’ Kunci Kebahagiaan Manusia tulisan bersama Nordin Jaafar & Ustaz Haslin Baharim. Buku ini membahaskan konsep kebahagiaan anak Adam dan bagaimana memperolehinya serta kesan yang positif kepada manusia jika mendapatkannya dan kesan negatif jika tidak memperolehinya. Semua yang terkandung di dalam buku ini merujuk kepada isu mencari kebahagiaan bagi umat manusia. Ia juga mengandungi pengisian yang menyatakan Ilmu ikhlas dan ilmu ‘KENAL’ sangat penting dipelajari agar memperoleh kebahagiaan hidup dan kisah-kisah insan yang kenal penciptanya. Apakah itu Awwalu ad-din ma’rifatullah

Buku ini turut membincangkan tentang konsep dakwah dan penemuan Teori Adam dan Hawa yang praktikal dan berkesan berdasarkan kajian ilmiah. Terdapat fakta sama ada Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam atau tidak. Adakah Hawa penyebab Adam terpengaruh memakan buah khuldi dan tersingkir daripada syurga? Ada pencerahan Teori Adam dan Hawa dengan maklumat menarik, kepentingan sentuhan bagi lelaki manakala komunikasi berkesan bagi wanita. Turut dimuatkan tips-tips mendidik anak lelaki dan perempuan dengan baik melalui Teori Adam dan Hawa ini.

Buku ini banyak menggunakan tamsilan dan perumpamaan bagi memudahkan pemahaman berkenaan topik yang dibincangkan. Banyak juga pengisian fakta tentang solat dan kepentingannya memacu kebahagiaan di dua fasa kehidupan manusia. Kesan besar dalam kehidupan anak Adam jika mengabaikannya.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut berkenaan kedua-dua buku ini, bolehlah melayarifacebook.com/inteampublishing atau kedai online diwww.inteammobile.com

 atau hubungi 03-62736393 /019-6550919 (Inteam Publishing Sdn. Bhd.) atau email kepada inteampublishing@gmail.com.

Tuesday, March 5, 2013

amalan simple tapi power-istighfar


Dosa merupakan penghalang kepada pemberian rezeki daripada Allah yang Maha Pemberi. Dosa jika tidak diampunkan akan menjadi liabiliti kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang bahagia. Jika kita seorang peniaga yang tidak punya jaminan wang masuk setiap hujung bulan, haruslah memastikan dosa-dosa kita tidak menjadi penghalang kepada kelangsungan rezeki yang berkat. Maka, bertaubat dan beristighfarlah kita setiap hari.

عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ
 “Dari Tsauban r.hu,  Nabi SAW bersabda: “Dan sesungguhnya seseorang insan terhalang dari mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.”[1]



[1] Riwayat al-Hakim dan Ibnu Majah


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَدْرٍ ، ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ مُصْعَبٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :  مَنْ أَكْثَرَ مِنَ الاسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memperbanyakkan beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap dukacita itu ada kelegaan dan pada setiap kesempitan ada jalan keluarnya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”[1]

Inilah kisah insan yang meyakini amalan ‘simple tetapi power’. Amalan yang disarankan di dalam al-Quran yang sedikit dipandang manusia. Inilah insan yang kenal Penciptanya yang berkuasa atas setiap sesuatu.

Beramal dan yakin dengan kekuasaan Allah telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah. [2] Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:


 ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية

Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya, "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati.” Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.

Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri, "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian datang pula seorang lelaki lain mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata, "Banyakkanlah istighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.

Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan istighfar memohon ampun kepada Allah.

Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri, "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza."  Beliau menjelaskan, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah di dalam al-Quran : 

ﯼ  ﯽ   ﯾ  ﯿ       ﰀ           ﰁ  ﰂ   ﭑ    ﭒ  ﭓ  ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ   ﭚ          ﭛ  ﭜ  ﭝ     ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ   ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ   

Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : ‘Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?’." (Surah Nuh: ayat 10-13).





[1] Musnad Ahmad bin Hanbal
[2]Lihat Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98

Thursday, February 28, 2013

MUHAMMAD IBNU ABDUL WAHHAB DAN PARA PENGIKUTNYA ADALAH PENGGANAS DAN TERORIS


MUHAMMAD IBNU ABDUL WAHHAB DAN PARA PENGIKUTNYA ADALAH PENGGANAS DAN TERORIS

Sesungguhnya Imam Zaini Dahlan (Mufti Syafie di Makkah) adalah di antara ulamak Ahli Sunnah yang mendedahkan sejarah hitam wahabi
- Muhammad Bin Abdul Wahab bekerjasama dengan pengintip British bagi menghancurkan Daulah Islamiah, gerak kerjanya berpusat di kerajaan yang dikenali dengan negara keluarga Saud (al Saudi)
-Wahabi mengkafirkan umat Islam dan merampas segala harta mereka.
-Wahabi menangkap orang Islam dari kalangan lelaki lalu dijadikan hamba dijual di pasar Nukhas, manakala dari kalangan wanita Islam pula dijadikan jawari(hamba-hamba perempuan).
-Wahabi membunuh umat Islam dan menyembelih mereka sambil menyanyi-nyanyi

Beberapa Cadangan-cadangan dari pihak kafir British kepada Muhmmad bin Abdul Wahab:

1- Meruntuhkan kaabah dengan hujah bahawa ia adalah kesan sejarah berhala serta menghalang umat Islam dari melakukan ibadah haji
2- Menjatuhkan khilafah Islamiah dengan bantuan dari British seperti menyediakan bala tentera bagi melawan khalifah dan ini mereka berjaya melakukannya.
3- Memerangi serta membunuh umat Islam yang berketurunan nabi (asyraf) dengan menggunakan berbagai cara.
4- Menghancurkan kubur-kubur umat Islam dan juga kesan-kesan sejarah Islam yang di Makkah dan Madinah dan juga kawasan-kawasn lain dengan hujah bahawa ia adalah sejarah berhala dan syirik
5- Menghina dan mencela Nabi Muhammad dan para khulafa serta pemimpin-pemimpin Islam
6- Menyebarkan huru hara dan keganasan di setiap negara Islam
7-Menyebarkan al Quran yang diubah oleh mereka (wahabi)

Inilah cadangan yang dibuat oleh pihak kuffar British kepada pengasas Wahabiah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, dan dia sendiri telah menerima cadangan-cadangan tersebut dengan rela hati tetapi semua cadangan tersebut tidak mampu dilakukan dalam satu masa lalu dilakukannya secara berperingkat.

Muhammad bin Abdul Wahab takut jika rancangan-rancangan ini diketahui oleh khalifah kerajaan Usmaniah pada masa itu, lalu dia meminta dari pihak kuffar British agar mengediakan baginya bantuan dan pertahanan yang kuat seperti kententeraan dan selainnya supaya dapat melawan khalifah jika khalifah menyerangnya.

Doktor Nasir Said penulis kitab tarikh al Su'ud bahawa kaum kerabat al Sauud adalah dari keturunan kafir yahudi

Wilayah Diri'yyah dijadikan pusat utama dalam melakukan operasi-operasi ini dan ia dibantu oleh kerajaan kuffar British secara rahsia.

Asas ajaran wahabi ada tiga:
1-Membenci orang yang tidak beraliran Wahabi
2-Mengkafirkan umat Islam
3-Menghalalkan darah dan harta umat Islam
WALLAHU AALAM.

(Disampaikan oleh ulamak Mesir dan diterjemahkan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM-
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/)

Tuesday, January 29, 2013

ULAMA YANG DICINTAI


Habib Muhammad bin Salim (Pemula Usaha Dakwah Tabligh Di Tarim)

Beliau adalah al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau dilahirkan di Misthoh, sebuah kampung kecil di pinggir kota Tarim pada tahun 1332H.Mendapat didikian awal dari ayahandanya Habib Salim bin Hafidz. Kesan pendidikan ayahnya, ketika usianya meningkat dewasa, peribadinya dihiasi dengan budipekerti yang mulia. Selain berguru dengan ayahandanya yang terkenal alim, beliau juga turut berguru dengan Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Masyhur, Habib 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri, Habib 'Alwi bin Syihab, Sayyid Hamid al-Sirri, Sayyid ‘Ali bin Zein al-Hadi, Habib Ahmad bin ‘Umar asy-Syathiri, Habib Abdullah bin ‘Aydrus, Habib Hasan bin Muhammad balfaqih, Habib Muhammad bin Hasan ‘Aidid, Habib Hasan bin Ismail, Syeikh Abu Bakar al-Khatib, Syaikh Muhammad bin ‘Iwadh BaFadhal, Habib Abdurrahman al-Saqqf, Habib Muhammad bin Hadi al-Saqqaf dan ramai lagi ulama Hadhramaut. Beliau juga telah mengembara ke Haramain, India, Pakistan dan lain-lain untuk menuntut ilmu dan berda’wah. Akhirnya beliau kembali ke Tarim dan mendirikan majlis-majlis ta'lim di sana selain menjalankan usaha dakwah ke daerah-daerah luar. 

Disamping berdakwah, beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab antaranya ada yang telah dicetak dan sebahagiannya masih dalam bentuk manuskrip. Antara kitab karangan beliau: Takmilah Zubdatul Hadits fil Faraidh, al-Miftah li Babin Nikah, al-Tazkirah al-Hadhromiyah, al-Fawaid al-Tsaminah, Durus al-Tauhid,, al-Wasilah lil Wiqawah, Qurratul ‘Ain li Jawabi As`ilati Waadi al-‘Ain, al-Nafhah al-Wardiyah, Nazam Maulid al-Haafidz ‘Imaad al-Diin ibn Katsir, Dalil al-Muslim, al-Fawaid al-Nahwiyyah li Qaari` al-Ajrumiyah. Manakala yang masih dalam bentuk manuskrip, antaranya Majmu’ Kalam wa Mawa’idz al-Habib ‘alwi bin Abdullah bin Syihab, Manaqib al-Habib ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, Rehlah al-Habib Musthafa al-Muhdhar, Diwan Syairnya dan Himpunan Fatwanya. Oleh kerana ketinggian ilmu dan akhlak serta kewarakannya, maka Habib Muhammad bin Salim dipilih menjadi Mufti Kota Tarim al-Ghanna. Habib Muhammad mempunyai 11 orang cahaymata, antara anak-beliau adalah al-‘Allamah al-Faqih Habib ‘Ali al-Masyhur, Habib Ahmad Attos, al-Da’i ilaLlah Habib Umar, Habib Salim dan Habib ‘Abdullah

Sekalipun dilantik menjadi Mufti, beliau tetap bersikap tawadhu dan amat menghormati para gurunya dan para ulama lainnya. Hari-harinya dihabisi dengan berbagai amal ibadah dan menyampaikan ilmu, sehingga pernah dalam satu hari beliau mengendali dan hadir 16 majlis ilmu. Diantara tradisi beliau adalah mengkhatam kitab shohih al-Bukhari setiap tahun didalam bulan Rajab.




Dalam menyampaikan dakwah pula, Habib Muhammad terkenal lantang dalam menyeru umat kepada jalan Allah dan syariatNya. Suaranya dalam menyampaikan kebenaran tidak dapat dihalang sehingga dengan kepala diacukan pistol beliau telah menyatakan kebenaran tanpa takut dan gentar. Hal ini membuat gusar pemerintah pemberontak komunis pada waktu itu, sehingga pada tanggal 29 Dzul Hijjah 1392H tatkala beliau dan anakandanya Habib Umar yang ketika itu baru berusia 9 tahun beri'tikaf dalam Masjid Jami` Tarim menunggu masuk waktu sholat Jumaat, Habib Muhammad telah dijemput oleh 2 orang polis dan dibawa ke balai yang berdekatan. Sebelum pergi beliau meninggalkan rida’nya [shalnya] ditempat duduknya. Sehingga selesai sholat Jumaat, Habib Muhammad tidak kembali lagi. Akhirnya pulanglah Habib Umar yang masih kecil itu sendirian dengan membawa syal milik ayahnya. Sejak saat itu tidak ada khabar berita mengenai beliau dan tidak diketahui samada beliau telah wafat atau masih hidup. Usia Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz ketika itu adalah 60 tahun. 

Ramai yang percaya bahawa beliau telah dibunuh syahid oleh pemberontak komunis tersebut kerana khuatir akan pengaruh dan kelantangan beliau. Kini perjuangan dakwahnya diteruskan oleh murid-murid dan zuriat beliau, antaranya yang masyhur ialah Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Seolah-olah, shal yang ditinggalkan seumpama bendera da’wah yang diwariskan kepada anaknya, Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk terus diperjuangkan. Dan kini Habib Umar meneruskan menyebaran ilmu dan da’wah ke seluruh pelusuk dunia. Mudah-mudahan Allah melimpahkan keredhaanNya ke atas Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dan memberikan kepada kita sekalian keberkatan dan manfaat ilmunya....al-Fatihah.


اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas datuknya, Nabi al-Amin, penghulu kami Sayyidina Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian. – Sekian. 
InsyaAllah siri seterusnya, abu zahrah akan bawakan pula manaqib al-Habib Salim bin Hafidz bin Abdullah, iaitu datuk kepada Habib Umar.


sumber : Ustaz Abu Zahrah

Alfaqir ada mendengar cerita yang mana ayah Habib Umar telah bersama dengan amir usaha dakwah dan tabligh.
Sewaktu jemaah Maulana Said Ahmad Khan(sheikh yang diputuskan untuk membuat usaha tabligh di Arab) tiba di Yaman,ayah Habib Umar ikut pulang ke India dan duduk bersama Maulana Yusuf(Amir Kedua ataupun Hadratji Kedua) dan membuat kitab Hayatussahabah.

Anak Habib Umar juga telah sampai ke Nizamuddin, yang mana dia telah meminta untuk melihat manuskrip asal almarhum datuknya.

Wallahua'lam

Tuesday, November 20, 2012

listen, listen, listen (jadilah pendengar yang baik)


ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ   ﭚ  ﭛ  ﭜ  ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ  ﭣ   ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭩ  ﭪ  ﭫ  ﭬ  ﭭ   ﭮ  ﭯ  ﭰ  ﭱ  ﭲ  ﭳ   ﭴ  ﭵ  ﭶ  ﭷ  


Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepada-mu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai, mere­ka kembali kepada kaumnya untuk memberikan peringatan. Me­reka berkata: "Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa, yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan luput dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Ahqaf: 29-32)

Jin juga ciptaan Allah yang  berhak memasuki syurga. Mereka akan menjadi makhluk yang mulia apabila mula mendengar kepada kebenaran. Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan pihak jin yang mendapat petunjuk Allah setelah menjadi pendengar yang baik.

Manusia pula memiliki ruh dan jasad. Pendengaran adalah pancaindera yang pertama berfungsi dalam perut ibu manusia ketika pancaindera lain belum berfungsi lagi dan ia merupakan yang terakhir sekali berfungsi sebelum nyawa melayang. Ketika itu, jasad terbujur kaku, mata tertutup rapat, mulut diam terkunci, namun, pendengaran masih berfungsi. Itulah sebabnya Rasul SAW menyarankan supaya membisikkan di telinga orang yang sedang sakarat dengan kalimat toyyibah atau setidak-tidaknya ‘ALLAH’. Dari pendengaran, ia akan masuk ke hati dan jiwa.

Pernyataan  Allah SWT tentang ciptaan pertama dalam kejadian manusia iaitu pendengaran, ada di dalam beberapa firman-Nya:
Katakanlah: "Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu PENDENGARAN, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Surah al-Mulk:23)

Di dalam surah As-sajadah, ayat 9 dan surah al-Mukminun, ayat 78, Allah menyatakan perkara yang sama iaitu:
“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan kepadanya: roh ciptaan-Nya. Dan Dia mengurniakan kepadamu PENDENGARAN, penglihatan serta hati (akal fikiran); (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.”

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu PENDENGARAN dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”(Surah al-Mukminun:78)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, pendengaran disebutkan terlebih dahulu sebelum penglihatan dan hati. Ini membawa satu signifikasi kepada manusia, iaitu Allah membangunkan fakulti pendengaran terlebih dahulu daripada fakulti-fakulti yang lain seperti penglihatan, hati, perasaan, percakapan dan sebagainya. Allah pasti ada sebab meletakkan susunannya begitu iaitu pendengaran terlebih dahulu, dan ia bukan tertulis secara tidak sengaja. Buktinya, ketika di dalam rahim ibu, mata belum berfungsi, tangan dan kaki belum aktif, mulut masih belum mengeluarkan suara, tetapi telinga sudah berfungsi dan bekerja. Rasul SAW menyarankan agar  para ibu mengandung memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berbicara dengan bayi mereka. Bayi sudah boleh mendengar bacaan al-Quran dan perbualan ibunya sedari awal penciptaan manusia itu lagi. 

Apabila manusia sedang sakaratul maut, mata sudah tertutup rapat, jasad sudah kaku, namun, pendengaran masih berfungsi. Tanda orang yang koma masih mendengar, mereka akan mengalirkan air mata ketika mendengar orang yang disekelilingnya berbicara. Pendengaran adalah fakulti yang terakhir ditarik oleh Allah sebelum mati. Contohnya Rasul SAW ada menyarankan agar diajarkan kalimah toyyibah kepada orang yang sedang sakarat. Setidak-tidaknya kalimah ‘Allah’.

Jelas bahawa jika manusia boleh mendengar dengan efektif , ia akan menjadikan manusia itu hebat dalam segala aspek kehidupan. Dengan mendengar, banyak kebaikan akan kita perolehi. Di dalam surah az-Zumar, ayat 17-18:
ﮛ  ﮜ  ﮝ  ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ    ﮢ  ﮣ  ﮤ   ﮦ  ﮧ    ﮨ  ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭ   ﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯕ  ﯖ  ﯗ  ﯘ  ﯙ  
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. (17) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (18)

Seorang ayah atau sesiapa sahaja, jika mengamalkan seni mendengar dengan betul maka menurut ayat di atas akan mendapat sekurang-kurangnya tiga kebaikan iaitu:
1. Mereka akan diberi kekuatan untuk memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (best decision maker).
2. Mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (guidence by Allah).
3. Mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul albab-wise man [orang bijaksana])
a. Suka Mendengar

Banyak teknik coaching yang menerangkan teknik mendengar ini iaitu “Listening effectively” adalah merupakan salah satu teknik paling penting untuk menjadi seorang coach yang baik yang terkandung di dalam “11 Core Competencies”. Jika seorang coach gagal mendengar dengan baik dan efektif, ‘apa yang tersurat dan tersirat’ (what is said, what is unsaid), maka isu yang dibincangkan bersama coachee atau klien tidak akan dapat menemui titik penyelesaian kepada isu yang dibincangkan.

Dari Abu Zar r.hu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya telah berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) ucapannya jujur dan benar, jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), baik budi pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. (Riwayat Ahmad)
***
Banyak riwayat di dalam kitab Hayatus Sahabah yang menceritakan kisah pengislaman para sahabat di sebabkan oleh sikap suka mendengar dahulu kata-kata sebelum membuat sesuatu keputusan. Di dalam kitab Ayatus Sahabah, kisah pendakwahan Mus’ab bin Umair r.hu. Nabi SAW telah menghantar beliau ke Madinah bersama orang-orang Madinah Munawwarah yang mula-mula memeluk Islam di salah satu lembah Mina. Beliau dihantar ke sana untuk berdakwah dan mengajar Islam dan tinggal bersama As’ad bin Zurarah.
Mus’ab tidak disukai oleh sa’ad bin Mua’az dan Usaid bin Hudhair iaitu dua orang ketua di Madinah. Sa’ad telah berkata kepada Usaid, "Engkau pergilah berjumpa As’ad dan katakan kepadanya bahawa kami mendengar orang asing yang kamu bawa bersamamu telah memperbodohkan dan menyesatkan orang-orang lemah di kalangan kita.”

Lalu Usaid telah pergi menemui As’ad dan bercakap kasar dengannya. As’ad berkata, KAMU DENGAR DAHULU percakapannya, selepas itu jika kamu suka kamu boleh menerimanya. Sekiranya selepas mendengarnya pun kamu masih tidak suka, maka terpulanglah kepada kamu jika ingin menghalangnya.”

Usaid lalu berkata, “Ini adalah satu cadangan yang adil.” Lalu dia pun mula mendengar. Mus’ab bin Umair telah menerangkan kepadanya kebaikan Islam dan membacakan kepadanya beberapa potong ayat al-Quran. Usaid lalu berkata, “Alangkah baiknya ajaran ini dan alangkah indahnya kata-kata ini. Bagaimanakah kamu memasukkan seseorang ke dalam agamamu?”

Mereka berkata, “Kamu mandi terlebih dahulu, kemudian pakai pakaian yang suci dan ucapkanlah kalimah syahadah.” Maka, Usaid telah menyempurnakan segala perkara tersebutdan memeluk agama Islam pada masa itu juga.

Selepas itu Usaid pergi menemui Sa’ad dan cuba membawanya datang. Perbicaraan yang sama juga telah berlaku dengan Sa’ad bin Mua’z lalu dia juga memeluk Islam. Sebaik sahaja memeluk Islam beliau pergi menemui kaumnya Banu Ashhal. Setibanya di sana beliau berkata kepada mereka, “Bagaimanakah kedudukanku pada pandangan kamu?” Mereka menjawab, “Tuanlah yang paling mulia dan paling baik di kalangan kami.”

Lantaran itu, Sa’ad berkata, “Haram ke atasku untuk bercakap dengan kamu sama ada lelaki atau wanita selagi kamu tidak memeluk Islam dan tidak beriman dengan Muhammad SAW.” Disebabkan perkataan beliau itu, semua lelaki dan wanita daripada banu Ashhal telah memeluk Islam dan Mus’ab pun mulalah sibuk mengajar mereka.