biodata

Tuesday, November 20, 2012

listen, listen, listen (jadilah pendengar yang baik)


ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ  ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ   ﭚ  ﭛ  ﭜ  ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ  ﭣ   ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭩ  ﭪ  ﭫ  ﭬ  ﭭ   ﭮ  ﭯ  ﭰ  ﭱ  ﭲ  ﭳ   ﭴ  ﭵ  ﭶ  ﭷ  


Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepada-mu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai, mere­ka kembali kepada kaumnya untuk memberikan peringatan. Me­reka berkata: "Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa, yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi membimbing kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan luput dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Ahqaf: 29-32)

Jin juga ciptaan Allah yang  berhak memasuki syurga. Mereka akan menjadi makhluk yang mulia apabila mula mendengar kepada kebenaran. Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan pihak jin yang mendapat petunjuk Allah setelah menjadi pendengar yang baik.

Manusia pula memiliki ruh dan jasad. Pendengaran adalah pancaindera yang pertama berfungsi dalam perut ibu manusia ketika pancaindera lain belum berfungsi lagi dan ia merupakan yang terakhir sekali berfungsi sebelum nyawa melayang. Ketika itu, jasad terbujur kaku, mata tertutup rapat, mulut diam terkunci, namun, pendengaran masih berfungsi. Itulah sebabnya Rasul SAW menyarankan supaya membisikkan di telinga orang yang sedang sakarat dengan kalimat toyyibah atau setidak-tidaknya ‘ALLAH’. Dari pendengaran, ia akan masuk ke hati dan jiwa.

Pernyataan  Allah SWT tentang ciptaan pertama dalam kejadian manusia iaitu pendengaran, ada di dalam beberapa firman-Nya:
Katakanlah: "Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu PENDENGARAN, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Surah al-Mulk:23)

Di dalam surah As-sajadah, ayat 9 dan surah al-Mukminun, ayat 78, Allah menyatakan perkara yang sama iaitu:
“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan kepadanya: roh ciptaan-Nya. Dan Dia mengurniakan kepadamu PENDENGARAN, penglihatan serta hati (akal fikiran); (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.”

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu PENDENGARAN dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”(Surah al-Mukminun:78)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, pendengaran disebutkan terlebih dahulu sebelum penglihatan dan hati. Ini membawa satu signifikasi kepada manusia, iaitu Allah membangunkan fakulti pendengaran terlebih dahulu daripada fakulti-fakulti yang lain seperti penglihatan, hati, perasaan, percakapan dan sebagainya. Allah pasti ada sebab meletakkan susunannya begitu iaitu pendengaran terlebih dahulu, dan ia bukan tertulis secara tidak sengaja. Buktinya, ketika di dalam rahim ibu, mata belum berfungsi, tangan dan kaki belum aktif, mulut masih belum mengeluarkan suara, tetapi telinga sudah berfungsi dan bekerja. Rasul SAW menyarankan agar  para ibu mengandung memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berbicara dengan bayi mereka. Bayi sudah boleh mendengar bacaan al-Quran dan perbualan ibunya sedari awal penciptaan manusia itu lagi. 

Apabila manusia sedang sakaratul maut, mata sudah tertutup rapat, jasad sudah kaku, namun, pendengaran masih berfungsi. Tanda orang yang koma masih mendengar, mereka akan mengalirkan air mata ketika mendengar orang yang disekelilingnya berbicara. Pendengaran adalah fakulti yang terakhir ditarik oleh Allah sebelum mati. Contohnya Rasul SAW ada menyarankan agar diajarkan kalimah toyyibah kepada orang yang sedang sakarat. Setidak-tidaknya kalimah ‘Allah’.

Jelas bahawa jika manusia boleh mendengar dengan efektif , ia akan menjadikan manusia itu hebat dalam segala aspek kehidupan. Dengan mendengar, banyak kebaikan akan kita perolehi. Di dalam surah az-Zumar, ayat 17-18:
ﮛ  ﮜ  ﮝ  ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ    ﮢ  ﮣ  ﮤ   ﮦ  ﮧ    ﮨ  ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭ   ﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯕ  ﯖ  ﯗ  ﯘ  ﯙ  
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. (17) Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (18)

Seorang ayah atau sesiapa sahaja, jika mengamalkan seni mendengar dengan betul maka menurut ayat di atas akan mendapat sekurang-kurangnya tiga kebaikan iaitu:
1. Mereka akan diberi kekuatan untuk memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (best decision maker).
2. Mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (guidence by Allah).
3. Mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul albab-wise man [orang bijaksana])
a. Suka Mendengar

Banyak teknik coaching yang menerangkan teknik mendengar ini iaitu “Listening effectively” adalah merupakan salah satu teknik paling penting untuk menjadi seorang coach yang baik yang terkandung di dalam “11 Core Competencies”. Jika seorang coach gagal mendengar dengan baik dan efektif, ‘apa yang tersurat dan tersirat’ (what is said, what is unsaid), maka isu yang dibincangkan bersama coachee atau klien tidak akan dapat menemui titik penyelesaian kepada isu yang dibincangkan.

Dari Abu Zar r.hu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya telah berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) ucapannya jujur dan benar, jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), baik budi pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. (Riwayat Ahmad)
***
Banyak riwayat di dalam kitab Hayatus Sahabah yang menceritakan kisah pengislaman para sahabat di sebabkan oleh sikap suka mendengar dahulu kata-kata sebelum membuat sesuatu keputusan. Di dalam kitab Ayatus Sahabah, kisah pendakwahan Mus’ab bin Umair r.hu. Nabi SAW telah menghantar beliau ke Madinah bersama orang-orang Madinah Munawwarah yang mula-mula memeluk Islam di salah satu lembah Mina. Beliau dihantar ke sana untuk berdakwah dan mengajar Islam dan tinggal bersama As’ad bin Zurarah.
Mus’ab tidak disukai oleh sa’ad bin Mua’az dan Usaid bin Hudhair iaitu dua orang ketua di Madinah. Sa’ad telah berkata kepada Usaid, "Engkau pergilah berjumpa As’ad dan katakan kepadanya bahawa kami mendengar orang asing yang kamu bawa bersamamu telah memperbodohkan dan menyesatkan orang-orang lemah di kalangan kita.”

Lalu Usaid telah pergi menemui As’ad dan bercakap kasar dengannya. As’ad berkata, KAMU DENGAR DAHULU percakapannya, selepas itu jika kamu suka kamu boleh menerimanya. Sekiranya selepas mendengarnya pun kamu masih tidak suka, maka terpulanglah kepada kamu jika ingin menghalangnya.”

Usaid lalu berkata, “Ini adalah satu cadangan yang adil.” Lalu dia pun mula mendengar. Mus’ab bin Umair telah menerangkan kepadanya kebaikan Islam dan membacakan kepadanya beberapa potong ayat al-Quran. Usaid lalu berkata, “Alangkah baiknya ajaran ini dan alangkah indahnya kata-kata ini. Bagaimanakah kamu memasukkan seseorang ke dalam agamamu?”

Mereka berkata, “Kamu mandi terlebih dahulu, kemudian pakai pakaian yang suci dan ucapkanlah kalimah syahadah.” Maka, Usaid telah menyempurnakan segala perkara tersebutdan memeluk agama Islam pada masa itu juga.

Selepas itu Usaid pergi menemui Sa’ad dan cuba membawanya datang. Perbicaraan yang sama juga telah berlaku dengan Sa’ad bin Mua’z lalu dia juga memeluk Islam. Sebaik sahaja memeluk Islam beliau pergi menemui kaumnya Banu Ashhal. Setibanya di sana beliau berkata kepada mereka, “Bagaimanakah kedudukanku pada pandangan kamu?” Mereka menjawab, “Tuanlah yang paling mulia dan paling baik di kalangan kami.”

Lantaran itu, Sa’ad berkata, “Haram ke atasku untuk bercakap dengan kamu sama ada lelaki atau wanita selagi kamu tidak memeluk Islam dan tidak beriman dengan Muhammad SAW.” Disebabkan perkataan beliau itu, semua lelaki dan wanita daripada banu Ashhal telah memeluk Islam dan Mus’ab pun mulalah sibuk mengajar mereka. 

No comments:

Post a Comment