biodata

Monday, September 24, 2012

Siapa dia “Syaikh” Nasiruddin al-Albani?


“Syaikh” Nasiruddin al-Albani telah mengejutkan masyarakat dalam beberapa bulan terakhir ini dengan fatwa sesatnya yang sangat jauh dari ajaran-ajaran syariat Islam dan sangat berlawanan dengan pokok-pokok dan hukum-hukum agama Islam.

Asy-Syaikh al-Muhaddis Abdullah al-Ghimari, ulama ahli hadis dari Morroco. Dia mengatakan, “Al-Albani tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam menetapkan nilai suatu hadis, baik sahih ataupun daif.” 

Beliau juga menyatakan, “Itulah kadar keilmuan al-Albani, dia mengubah hadis-hadis dengan sesuatu yang tidak boleh menurut ulama hadis. Ia mendaifkan hadis sahih dan mensahihkan hadis daif. Apa yang dilakukan al-Albani ini adalah perbuatan orang yang belajar hadis tanpa melalui ulama hadis. Al-Albani tidak lebih dari sekadar membaca kitab sahaja. Dia menyangka bahawa dengan kitab sahaja, tanpa bertemu langsung dengan guru hadis, dia akan dapat memperolehi ilmu. Sedangkan kita tidak pernah mendapatkan biografi seorang ahli hadis yang boleh menjadi ahli hadis hanya dengan buku sahaja tanpa mendatangi guru-guru hadis dan mendengarkan hadis-hadisnya... Orang yang mahu memeriksa buku-buku al-Albani dan dia memiliki ilmu serta jauh dari sikap kebodohan pasti akan mengetahui dengan jelas bahawa al-Albani lemah dalam ilmu hadis, baik matan mahupun sanad.”

Al-Muhaddis Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani, ulama ahli hadis Saudi Arabia sekaligus guru para ulama hadis di Timur Tengah. Ulama yang keturunan Sumatera Barat, Indonesia ini mengatakan, “Al-Albani adalah seorang sesat dan menyesatkan!”Dia menyatakan secara terbuka dan di hadapan ramai saksi bahawa semua orang Islam dan bangsa Palestin yang masih berada di tanah yang diduduki/dijajah wajib meninggalkan seluruh negeri itu dan menyerahkannya kepada kaum Yahudi, yang telah mengubahnya (setelah mereka menjajahnya) menjadi sebuah negeri kafir.

Albani telah menghina dan mencaci-maki para ulama muktabar dengan ungkapan-ungkapan yang tidak patut dan tidak layak seperti ucapan: keldai dungu (himar khassaf), tidak mempunyai rasa malu (waqah), sangat tolol (syiddatu humqih), sesat otaknya (dhahalatu aqlih), ketololannya teramat sangat (istifhalu jahlih), orang tolol (jahul), ahli bida’ah (mubtadi’), sesat (dhal), pendusta (kazzab) pemalsu (mumawwih), penipu (mulabbis), tidak amanah dalam agama (ghairu mu’tamin ‘ala din), kufur nikmat (kanud), orang bodoh (jahil), binasa (halik), fanatik (muta’ashshib), sangat membuta tuli (azhim ul-ghaflah), gendang yang tidak tahu apa yang keluar dari kepalanya (thabl la yadri ma yakhruj min ra`sih), seperti rengekan keldai liar di tanah lapang (ka dhartati ‘air fi al-’ara`) lihatlah kebersihannya bahkan kebusukan-kebusukannya (fanzhuru ila iffatihi bal ufunatih), dia lebih dusta dari keldaiku ini (huwa akdzab min himari hadza), dia seorang rafidi seperti keldai (rafidhi mitslu al-himar) (Rujukan: Hasan ibnu Ali as-Segaf: Qamûs Syata`im al-Albani, cet. ke-1, Dar al-Imam an-Nawawi, Amman, Yordania, 1414 H/1993 M.)

Masih terlalu banyak lagi ungkapan-ungkapan kotornya yang lain, yang mana menunjukkan kerendahan akhlaknya dan tidak layaknya dia untuk diikuti dan diambil ilmu darinya. Lihatlah, wahai para pembaca, sebenarnya dia sedang mempertontonkan aib dirinya sendiri!
Jika dia pakar ulama hadis—seperti dakwaan para pengikutnya—, maka apakah layak dirinya dipercayai dalam mensahihkan dan mendaifkan hadis-hadis Nabi SAW? Seorang perawi hadis yang makan sambil berdiri atau duduk-duduk di pinggir jalan sahaja tidak boleh diterima hadis-hadisnya, apatah lagi ini, al-Albani yang gemar mencaci-maki. (Apalagi dia sudah terbukti keceluparannya dan pembohongannya). Patutkah ulama hadis berakhlak seperti itu? Tidakkah dia mengamalkan hadis-hadis Nabi SAW tentang akhlak yang dia riwayatkan sendiri? Nabi SAW bersabda:
ليس المسلم بالسباب ولا بالفاحش ولا البذي.
“Bukan seorang muslim yang suka mencaci-maki, berkata kotor ataupun mencela.”

Dalam as-Silsilah adh-Dha’ifah jilid 3 halaman 479, dia juga merendahkan Imam as-Suyuthi dengan perkataannya, “Sungguh menghairankan as-Suyuthi ini, dia tidak mempunyai rasa malu menyertakan hadis (buruk) seperti ini dalam bukunya; al-Jami’ ash-Shaghir... (fa ya ‘ajaban li as-suyuthi, kaifa lam yakhjal min taswidi kitabihi al-jami’i ash-shaghir bi hadza al-hadis...).” 

2 comments:

  1. Prof. KH. Ali Mustafa Ya’qub, M.A., ulama ilmu hadis Indonesia. Dalam bukunya yang berjudul Hadis-Hadis Palsu Seputar Ramadhan, dia menulis sub-sub judul: “Arogansi al-Albani”, “(al-Albani) Mendaifkan Hadis-hadis (Sahih) Imam al-Bukhari dan Muslim”, “(al-Albani) Mbulet dan Ngambang”, “(al-Albani) Menentang ijma’ Ulama”.
    Dia juga mengatakan, “Kami sungguh tidak mengerti sikap al-Albani ini, apakah memang dia itu tidak mengerti ilmu hadis, seperti yang dituduh oleh ramai ulama kepadanya atau dia itu membuat kaedah-kaedah sendiri untuk mendaifkan atau mensahihkan hadis di luar kaedah-kaedah yang telah baku dan disepakati para ulama dalam disiplin ilmu hadis. Sekali lagi, kami tidak mengerti. Yang jelas al-Albani memang mendaifkan hadis-hadis yang telah disepakati kesahihannya oleh para ulama, seperti hadis-hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dan mensahihkan hadis-hadis yang oleh para ulama dinilai sebagai hadis-hadis yang daif.”
    Pada halaman 125 dari bukunya itu Mustafa Yaqub mengatakan, “Al-Albani akhirnya benar-benar memetik apa yang dia harapkan. Dia dihentam beramai-ramai oleh para ulama, dari Syria, Lebanon, Saudi Arabia, Morroco, India dan lain-lain. Maka, menurut catatan kami, sekurang-kurangnya ada 17 buku yang membantah al-Albani tentang fatwa dan pendapat-pendapatnya.”
    Wahai saudaraku para pembaca yang budiman, kalau kita halusi, penolakan-penolakan para ulama dari berbagai-bagai mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali) yang mengkritik kesalahan dan kesesatan ulama Wahabi khususnya Syaikh Albani ini, maka kita akan bertanya diri sendiri: apakah boleh beliau ini dikatakan sebagai Imamu al-Muhaddisin (Imamnya Para Ahli Hadis) pada zaman sekarang ini, sebagaimana yang digelar oleh sebahagian golongan salafi Wahabi? Memang ada ulama-ulama yang memuji Syaikh al-Albani, tetapi semua ulama yang memujinya tidak lain adalah ulama yang semazhab atau sejalan dengan golongan salafi Wahabi.

    ReplyDelete
  2. Wahai para pencari kebenaran, marilah kita lihat, amati dan cerna. Bagaimana mungkin kita berpegang dengan fahaman wahabi yang dicela oleh sekian banyak ulama yang menjelaskan hakikatnya serta kesesatan-kesesatannya agar fahaman itu diwaspadai, dijauhi dan tidak diikuti oleh umat.

    Tidakkah kita berfikir? Kalau yang menolak itu hanya beberapa ulama, barangkali kita masih sangsi dan ragu. Akan tetapi, pada kenyataannya ada ratusan tokoh ulama terkemuka dari berbagai mazhab dan kalangan yang membantahnya.

    Berkaitan dengan banyaknya bantahan dari berbagai kalangan ini, salafi Wahabi sering membanding-bandingkan (menyamakan) Ibnu Taimiyah dan Ibnu Abdul Wahab dengan Nabi SAW yang juga mengalami banyak cemuhan dan rintangan dalam berdakwah.

    Memang benar dakwah Nabi SAW pernah mendapat penolakan dari berbagai kalangan. Akan tetapi, yang menolak Nabi SAW bukan orang Islam, melainkan orang-orang jahiliyah. Sementara yang menolak fahaman salafi Wahabi ini adalah jumhur ulama dan umat Islam. Apakah itu sama? Afa lâa tatafakkarûun? Lantas masihkah kita ragu terhadap fahaman ini? Masihkah kita menjadikan ulama kontroversi mereka sebagai rujukan, padahal di luar mereka masih ada ribuan ulama yang bersih dan lebih baik? Mari kita berfikir secara alamiah dan cerdas. Maka tidaklah patut rasanya, jika kebenaran ini ditentang dan ditolak.

    “قال الإمام العالم الصوفي أبو علي الدقاق: “الساكت عن الحق شيطان أخرس.” (رواه أبو القاسم القشيري في رسالته)
    Al-Imam al-‘Alim ash-Shufi Abu ‘Ali ad-Daqqaq (semoga Allah meredainya) mengatakan: ”Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu.” (Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Qusyairi dalam Ar-Risalah al-Qusyairiyyah).

    ReplyDelete