biodata

Saturday, May 19, 2012

Ringkasan Biodataku (karangan)


NORDIN JAAFAR memegang jawatan sebagai Pengurus Editor di Inteam Publishing Sdn. Bhd. Beliau adalah seorang coach
 & penulis buku. Terkini, sebuah buku Best Seller bertajuk
, Teori Adam & Hawa - Rahsia ilmu Kenal Kunci kebahagiaan hidup manusia, iaitu penulis bersama   Ustaz Haslin Bollywood. Penulis  Best Seller buku berjudul Berbahagialah Wahai Wanita - Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Kazim Elias terbitan Inteam Publishing Sdn Bhd pada tahun  2011. Dan buku ADAB 24 -7; Adab Makan & Minum, sebuah buku motivasi Best Seller – Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Bangsa ‘Sukar’; Teknik-teknik Praktikal & Berkesan Nabi Musa AS Ketika Menghadapi Golongan & Individu Sukar terbitan Inteam Publishing Sdn. Bhd. tahun 2012. Buku ini merupakan kesinambungan buku pertama beliau berjudul  Menangani Individu Sukar  terbitan  Mustread  tahun  2009. Beliau juga adalah penulis bersama untuk buku  “Belajar Solat”   (projek eksklusif  terbitan  Kohwai & Young Publictions Msia Sdn. Bhd.).
Beliau dikenali sebagai seorang artis dengan sebuah album solo terbaru berjudul O.K.B. (Orang Kaya Berkat) - Amalan Hebat Rezeki Berkat keluaran Zahra Publishing SB, edaran Universal Music, juga album solo berjudul “Mari Berdoa keluaran Inteam Records/EMI. Seorang yang berbakat mencipta,  menulis lirik untuk lagu  “Bulan bulan Islam untuk album AlarmMe – ALAMI1999) ) dan lagu  “Doa Makan untuk album Raihan  –TAWAKKAL  (2006) yang mana kedua -dua lagu tersebut telah  dipilih  menjadi lagu  utama  single )untuk promosi di Malaysia dan Indonesia). Beliau  pernah  memegang peranan  sebagai vokalis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan (menggantikan Nazrey Johani)  serta telah menjelajah kelapan buah negara  membuat persembahan  seperti  Singapura, Indonesia (iaitu di Gorontalo, Jakarta,  Jogjakarta, Acheh), Perancis (iaitu di  Paris,  Lille, Lyon, Strasbourg), United Kingdom (iaitu London),  Kanada,  Trinidad &  Tobago, Dubai dan Kuwait.

Dilahirkan pada 26/11/1975 di Johor Bahru dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di  peringkat Ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa  - B.A. )Hons), pengkhususan dalam Sejarah dan Ketamadunan. Menyambung pelajaran di dalam  Certified Executive Coach di Universiti Malaya Pusat Pendidikan Berterusan )UMCCed) pada tahun  2010. Mendapat kelayakan sijil Masters Trainer dari United Nations Development Programme – Institute Integriti Malaysia ( UNDP  - IIM CAPACITY BUILDING PROJECT TEAM. Antara anugerah yang diperolehi ialah Al -Mahabba  Awards 2006   di Dubai (Artis Antarabangsa – Raihan), Duta untuk Malaysian International Peace  2006  – (Raihan), dan Anugerah Pelajar Terbaik untuk Subjek  Kesusasteraan  Melayu Sijil  Pelajaran Malaysia  (SPM) pada tahun 1992 (Sek. Men. Munshi Abdullah, Melaka).
Beliau merupakan tenaga pengajar untuk Program Pemerkasaan Warga Kerja HICOM TECK SEE pada tahun 2005. Beliau juga menjadi tetamu undangan sebagai motivator untuk Program Adam dan Hawa di TV1 pada tahun 2010. Pernah menjadi pelakon utama dalam Doku-Drama, terbitan Jakim untuk TV1 (Maulidur  Rasul 31/3/07) berjudul “Gurindam Kasih Junjungan.” Beliau banyak melibatkan diri di dalam beberapa kursus kemahiran seperti Kursus Toyota Production System (TPS) – Perodua 2010, Kursus Innovative & Creative Circle (ICC) oleh MPC – 2008, Kursus ‘Coaching Clinic” UMCCed – 2008, Kursus Latihan Kepimpinan ESQ (Emotional Spiritual Quotient) – 2006, Kursus Tenaga Dalaman Peringkat Asas – 2004, dan Kursus Kelayakan Sijil Neuro Linguistic Programming (NLP) – Peringkat Asas 2003. Berpengalaman sebagai pengacara rancangan-rancangan keagamaan untuk TV1 terbitan JAKIM sekitar tahun 2003-2004.

Beliau berbakat sebagai penerbit & komposer untuk album kerohanian berjudul   ‘ANAK’  artis Aishah,  Edaran Sony  Music & Nasyeed.Com  (2010) dan sudah mengubah lagu dan menerbitkan album untuk lebih daripada 21 album.

Beliau adalah Pengendali & Penceramah Program Bina Insan untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Beliau adalah pengendali & Penceramah Program “Smart Learning” di sekolah-sekolah menengah & rendah, juga sebagai penceramah motivasi bulanan Pejabat di CIMB, K.Lumpur semenjak awal 2010 hingga kini serta beberapa syarikat korporat.

Beliau berbakat sebagai komposer, penulis lirik, dan penerbit untuk dua buah lagu Dasar Pembangunan Insan Negeri Selangor iaitu “Bina Insan Cemerlang (6M) & 4E Era Globalisasi” – (6M + 4E = 2005), juga penerbit album solo sendiri “Mari Berdoa” (terbitan Inteam Records/ EMI).
Kemahiran beliau dalam bidang motivasi & ceramah, Coaching & Mentoring, Pembangunan Modal Insan, Kebudayaan Islam dan Produksi dan Penulisan.
Antara kursus yang pernah beliau hadiri adalah Kursus Training Of Trainers (T.O.T) - Pusat Zakat Selangor – 2010, Kursus T.O.T - S.P.I.E.S Selangor – 2010, Kursus “Strategic Marketing Management” UMCCed – 2009, Kursus “7 Steps To Reducing Cost & Increasing Productivity and Performance” UMCCed –2009, Kursus Program ‘Strategic Brand Management & Customer Relationship Management’ oleh Prof. Dr Zafar Uddin Ahmed – 2008, Kursus Innovative & Creative Circle (ICC) oleh MPC – 2008, Kursus Tenaga Dalaman Peringkat Asas – 2004 dan banyak lagi.
 

No comments:

Post a Comment