biodata

Tuesday, June 1, 2010

program motivasi sekolah

Lokasi: SM Rahman Putra Sg Buloh
Peserta: lbh kurang 60 org (asnaf zakat)
Tempoh: program sehari (8.30am - 5pm)
Konsultan: InsideOut Solution
Penceramah: Nordin Jaafar & Ust Mohamad Uda Bin Kasim
Tajuk: Smart Learning (Kaedah SA.T.U (Sedia Awal, Tumpuan, Ulangkaji), Teknik Mendengar, mengingat, bertindak mengikut arahan, mengambil nota (Mind Mapping - Tony Buzan), Berfikir (NAZOR)dll.
sesi ice-breaking dan pembuka minda (kesedaran dalaman)


pelajar lelaki sedang menyelesaikan masalah yg mmbelenggu mereka-gunakan formula 'inside-out' - dari dalam membawa keluar, bukan dari luar membawa ke dalam. di dalam Quran sendri pun ada menyatakan, Allah tidak akan mengubah nasib kaum itu jika mereka tidak sendiri mengubahnya dari dalam....





Aku sedang menerangkan salah satu kaedah dalam program sehari ni iaitu menajamkan akal fikiran pelajar dengan kaedah 'NAZOR'. ada ku tulis kaedah ini dalam buku motivasiku terbitan MustRead yg berjudul "Menangani Individu Sukar-Teknik & pendekatan Nabi Musa A.S..." ada terjual di kedai2 buku dan MPH. Menurut kajian di Malaysia, rakyat Malaysia amat kurang berfikir secara kreatif dan kritis..lihat sahaja filem2 yg ditayangkan di pawagam genrenya lawak, cinta, seram tapi bila filem yg memerlukan fikir lebih skt spt sejarah (cth Paloh) dll, mesti tak laku nyer...filem yg tk perlu fikir akan jd 'box office'-ini realitinya...jd aku buat program macam ni untuk ajak pelajar berfikir secara kreatif & kritis..alhamdulillah ini sahaja mampu ku lakukan...
partisipasi dari pelajar...





pelajar paling cun (mcm Rita Rudaini mukanya ku tengok) sedang membentangkan hasil prbincangan NAZOR kumplan mereka iaitu botol air...

pelajar paling murah senyuman (cita2 nk jd artis gitu...) sedang membentang hasil perbincangan iaitu seutas jam


Ibubapa pelajar asnaf zakat selangor juga hadir pada sesi penutupan yg dikendalikan oleh penceramah kedua InsideOut Solution-Ust Uda Kassim (glamer ust ni...)


senyum dalam kepanasan bilik tiada aircond-ujian Allah!!! Ust Uda lagi lenjan basah peluh

PROGRAM ASNAF KEDUA
ustaz Uda Kassim sebenarnya baru join my company InsideOut Solution sbg pengarah syarikat bersama-Dia memulakan sesi dengan anak2 asnaf di sekolah Rahman Putra Sg Buloh dengan mengajak pelajar menyebut nama Allah dan menghadamkannya di lidah, minda dan jiwa.










aktiviti last adalah bagaimana menanamkan keyakinan diri bahawa pelajar mampu berjaya dengan 5 amalan. perkara yg mustahil akan jadi tidak mustahil jika mengamalkannya. lihat adik kita ni tetap lurus walau kerusi tengahnya di tarik keluar setelah mengamalkan 5 amalan tersebut..a)matlamat b)lafazkan c)bayangkan d)rasakan e)yakin
secara logiknya, bahagian tengah badan akan jatuh jika tiada sokongan, namun kekuatan minda mampu melakukannya

2 comments:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete