biodata

Tuesday, March 2, 2010

POTONG...JANGAN TAK POTONG!!! kisah program asnaf zakat selangor 2 hari 1 malam

PROGRAM ASNAF ZAKAT PERTAMA 13-14.2.2010 (SABTU DAN AHAD)
PESERTA SAMPAI PUKUL 10.30AM. sebelum taklimat pukul 11.15am, peserta minum dulu..tengah layan merekalah tu..ayat power sikit

bermesra dengan peserta sebelum program bermula sangat penting untuk bina repo.

gambar sebelum memulakan sesi taklimat dan belai jiwa

dimulakan dengan sesi taklimat dan membelai jiwa

mmm...kalau dah namanya penyanyi tu, tak sah kalau tak nyanyi dengan peserta. aku kupas maksud lagu Taqwa & Iman, dan apa rasionalnya ajak peserta menghayati lagu tersebut. dalam program ini aku hanya handle taklimat, ice breaking, kuliah maghrib dan qiyam walaupun InsideOut Solution yg sepatutnya menjalankan program secara keseluruhannya. namun ada cerita luka disebalik itu..tungguuuuu ada cerita panas di bawah.... (maaf ku pinta jika ada bahasa yg ku gunakan di dalam penceritaan ini menyinggung perasaan mana2 pihak..ia adalah sebuah xpresi spontan dari insan yg dizalimi....)

..................................................................................
PROGRAM ASNAF ZAKAT KALI KEDUA 27-28.2.2010 (SABTU DAN AHAD)
27.2.10, 1.25pm - peserta baru turun dari bas. mereka lambat sampai katanya pemandu bas tu tersesat jalan, tak pernah sampai ke Lembah Azween sebelum ni

sedang menyambut peserta yg sampai pada pukul 1.30pm dengan kasih dan mesra. sedang menyapa Mak hajah (tudung hitam). kali kedua dia datang kursus yg sama. cuma kali ni aku yg handle 100%. so, tkpa sebab lain sikit pengisiannya.

menyapa makcik (tudung kuning-sian, matanya buta sebelah) yg pernah ikut program awal bulan 2 yg pertama dulu. ada beberapa orang peserta lain yg ku cam pernah attend program yg 1st dulu..nampaknya mereka ni suka menimba ilmu2 Allah. alhamdulillah...

(27.2.2010) 2.30pm-sepatutnya bermula pada 11am-dek peserta lewat sampai
sesi taklimat dan slot pertama yg terpaksa ku jalankan seorang diri tanpa wakil dari "GrXXXLXX" (1 konsultan yg diamanahkan oleh Akademi Zakat). ku perhatikan mereka agak kelam kabut bila pemantau datang tiba2 dek banyak perkara yg tidak dibereskan lebih awal (tentatif, modul pun tak bagi kat aku-alasannya zakat belum bagi lagi.Lalu disuruhnya aku untuk menggunakan modulku sendiri.ok fine..).masa qiyamullail seorang wakil konsultannya pun tak ikut hadir, pastu hanya muncul 2 slot shj dalam dewan, datang sekejap2 sangat, pastu hilang, hanya attend full masa aku memberi kuliah maghrib sahaja (mungkin pemantau ada masa tu).hinggakan masa slot penutup program, 2 anak2 remajanya umur bwah 18 tahun sahaja yg mewakilkan ayah n ibunya di dewan. mmm...ini menunjukkan sikap tidak professional mereka.

Namun aku menjalankannya dengan jayanya dgn bantuan Allah dan berkat kesabaran emosiku di awal pagi ini. apa KPI yg ku guna pakai mengatakan program ini berjaya?? boleh dikatakan semua peserta datang kepadaku termasuklah peserta yg nenek2 yg berumur 65 tahun ke atas mengucapkan terima kasih sambil menangis-nangis di hadapanku.ada salah seorang peserta lelaki telah membisikkan ke telingaku, "ustaz, banyak2 program yg saya telah pergi, inilah program yg terbaik ustaz, terima kasih banyak2, sekarang ni saya sudah tahu apa yg perlu saya buat untuk merubah kehidupan saya kelak kepada yg lebih baik...". alhamdulillah, bagiku, tiada yg lebih membahagiakan hatiku dari mendapat kata2 penghargaan tersebut. (Tapi aku tidak dapat membuktikan sebab kertas penilaian kaji selidik tidak diedarkan kepada peserta2 selepas tamat program untuk menilai prestasiku....apabila mendengar kata2 penghargaan tersebut, laluku serahkan segalanya kepada Allah kerana Dia jua yg mengilhamkan padaku apa yg perlu ku sampaikan kepada mereka).

Kisah sedih emosiku pagi ini bermula semasa membelek-belek nota dan powerpointku, aku telah dikejutkan dengan pernyataan Kuasa Veto konsultan 'tipu' tersebut, tiba-tiba sahaja mereka mahu menurunkan harga bayaran titik peluh kami untuk menjalankan keseluruhan program sebanyak RM500 tanpa berunding lebih awal. kalau setakat potong RM100, ok lagi (note:program yg 1st lepas pun belum tahu jumlah bayarannya, yang ini pula sudah mahu dikurangin harganya.waduh,waduh kurang akhlak nih...) tambahn pula, ia berlaku tidak seperti perjanjian dan persetujuan lisan tentang jumlah bayaran sebelum ini (iaitu selepas TOT zakat). nak tahu apa alasannya? katanya pihak zakat bayar 'ciput'. aaaaahhh, (mcm ganas je bunyinya ni) itu aku tidak mahu tahu berapa yg pihak zakat bayar kepada mereka...dan itu bukan urusanku. yg ku mahu tahu bayaran yg sudah dipersetujui bersama dahulu.

BOLEH tak anda bayangkan, bagaimana perasaan anda dan emosi anda ketika itu jika anda 'menjadi' saya??? lebih menyayat hati isu itu dilontarkan sebelum program bermula. kalau diikutkan bisikan iblis, rasa nak pulang terus je kerumah, namun ku tepis kerana ini adalah 'amanah' Allah untuk menyampaikan risalahNya. Jika ada cuma seorang sahaja pun yg berubah keranaku..itu sudah merupakan pahala dan aset yg besar buatku. maka, ku teruskan jua walau hatiku terguris pilu. ini ku anggap sbg ujian dari Allah. sudahlah modul tidak ada, katanya guna modul ku sahaja, datang pulak isu potong memotong gaji yg tidak diredhoi ini, lagilah rasa bertimpa-timpa ujian diberi. program yg pertama dulu pun last2 minute juga tukar agreement, pd hari jumaat (12.2.10) tiba2 diberitahu aku tidak perlu menjalankan program tersebut pada esoknya hari sabtu, sebab nk diberi kpd trainer lain untuk menjalankan dengan alasan suaminya tidak ada ketika itu-gabra katanya....terdiam dan bengungku seketika, MUDAH BETUL 'manusia' ni menukar janjinya last2 minute..suka2 dia je nak tukar2 kepada trainer lain.... padahal semangatku sudah berkobar-kobar ketika itu. (masa TOT zakat aku yg hadir, masa program org lain pulak yg buat.mmmm...mungkin adat 'conman' begitu, takut tak bertempat kot). namun, aku redo, bagiku mgkin ada hikmahnya, setidak2nya dapat aku belajar sesuatu dari trainer itu. lalu ku fahami bayaranku pasti akan dipotong. takpalah bukan rezekiku agaknya. aku bersangka baik pada Allah dan aku bersikap profesional, hubungan baik diteruskan macam biasa semasa dan selepas program, ku layan baik2 semua peserta, ku berikan 100% komitmenku pd pgem, sebab itulah yg telah diajar oleh sifooku dahulu. Mad'u (Audien) adalah klien penting kita.

Justeru, aku masih mampu tersenyum dan ketawa bersama mereka. malah sudah merancang dan telah menjenguk premis bisnes di Sri Gombak untuk berkongsi pejabat bersama-50/50 kongsi bayar sewa. Memang alhamdulillah, dalam hatiku tidak ada simpan dendam langsung padanya walau sebesar hama. malangnya, aku masih tidak tahu berapa bahagian upahku sehinggalah pada hari ini (27.2.10) setelah ku desak supaya mereka membuat keputusan. inilah yg menyebabkan mereka marah padaku agaknya. alasannya, ada trainer lain (tidak perlu kusebut namanya) yg tidak banyak songel macam aku. (walaupun sudah ditipu berulang kali tentang jumlah bayaran kepadanya tapi dia masih bersabar dan masih belum memberontak, ku anggap dia memang sungguh berhati mulia, tetapi aku kena tegas bab ni, membongkarkan perkara mana yg tidak adil . sebab jika org yg diberi amanah tidak beramanah, bagaimana kesan baik boleh berlaku kepada peserta2 program?). Mungkin konsultan 'tipu' itu mahu aku menjadi seperti trainer yg dizalimi itu, duduk diam-diam dan tutup mulut sahaja. redo sahaja apa yg akan diberikan kpadaku tanpa merungut. Hakikatnya, aku adalah aku, tak mungkin menjadi seperti orang lain. YES, sikap berdiam itu bagus pada mereka dari satu segi, tapi kalau dari segi lain, bunyinya macam ZALIM kan?. Dari segi konsep janji dalam Islam pula, kita kena patuhi dan tunaikan janji yg telah dimeterai, kalau janji boleh diubah-ubah sesuka hati di disaat2 akhir, seringkali bertukar ganti keputusannya,apa yg layak kita labelkan kepada orang semacam ini..... MUNAFIK betulkan?!!! (wa iyazubillah - maaf agak keras bunyinya).

Menurut sistem Islam, khidmat perlu dibayar sebelum peluh kering. ini tidak, peluhku sudah 2 minggu kering, masih tidak tahu lagi berapa bahagianku. Apa cerita ni??? letter of award pun belum diberikan lagi, walau program sudahpun berjalan 2 kali.aku tak kisah sangat walaupun dibayar sedikit lambat, sekurang2nya aku perlu tahu berapa bayaran untukku (maksudku untuk syarikatku InsideOut Solution) yg telah menjalankan walau hanya 4 slot sahaja pada 1st program 2hari tersebut, dan hari ni (pgem zakat kali ke2) dari A-Z aku yg kendalikannya. sehinggalah aku terpaksa bertegas pagi ini (27.2.10) mendesak untuk diputuskan bahagian untuk InsideOut Solution. almaklumlah, kita ni org bisnes, kenalah 'nego'. kalu tak nego bukan bisnes namanya.

aku sedang menceritakan bagaimana mendapat kebahagiaan dalam keluarga dengan menangani stres kehidupan, juga kaitan antara keajaiban air kajian molekul air oleh Dr Masaro Emoto dengan kebahagiaan kekeluargaan menurut Islam. alhamdulillah, sesi ini sudah menjadi 'happening' dengan soal-jawab dan perkongsiaan pengalaman peserta.


malamnya aku berbincang (2-way communication), aku jelaskan bagaimana mahu memperkasakan institusi kekeluargaan dengan mengetahui S.P.I.E.S (rohani, jasmani, akli, emosi, dan masyarakat). banyak ku tunjukkan video, keratan akhbar, gambar2 relevan dengan isu semasa yg melanda keluarga Islam di malaysia. alhamdulillah ramai yg menanya, berkongsi maklumat terutama seorang peserta yg berpurdah tu... ku harapkan sesi qiyamullail nanti sesuatu ledakan akan berlaku

alhamdulillah semasa sesi qiyamullail, telah diringi tangisan mendayu para peserta (bukan niatku buat mereka menangis). selepas solat subuh, semasa sesi bersalaman dan berpelukan, tiga orang peserta tersedu-sedu dan seorang pakcik tua (grup asnaf yg satu lagi) telah meraung tanpa segan silu melafazkan jelas padaku, " terima kasih ustaz, terima kasih ustaz...." aku terharu dan berterima kasih pada Allah. ada sesuatu yg menyebabkan pakcik itu meluahkan perasaannya dgn menghamburkan air matanya...ku kira mungkin hidayat Allah kini sudah memaut erat di hatinya dan peserta2 yg lain..alhamdulillah, moga2 Allah menganugerahkan padaku jua... tapi malangnya, wakil "GrXXXLXX" tidak dapat menyaksikan peristiwa manis tersebut, kerana malamnya mereka pulang ke rumah, katanya menyediakan sijil peserta.
.............................................................
HARI KEDUA: peserta sedang menulis satu kebaikan yang terbaik yg pernah dilakukan. sesiapa yg tidak boleh tulis, tk perlulah (kena tulis di atas kertas, tp x perlu tulis nama mereka). ini berguna bila kita terdesak satu hari nanti yg mana tiada manusia yg mampu menolong lagi kecuali Allah, maka mereka boleh mencagarkan kepada Allah untuk dibantu masalah mereka. akhirnya, aku bertanya, siapakah penolong terbaik? ALLLAH!!! jawab mereka. bila kita tersepit dan tkda siapa yg mampu menolong kita selain Allah, gunakanlah kaedah ini, kataku. berdasarkan kisah 3 sahabat yg bertawassul dengan amalan kebaikan mereka ketika berdoa kepada Allah, ini ada diceritakan dalam hadith sahih Bukhari, 3 pemuda telah terperangkap di dalam gua yg gelap. apabila mereka mencagarkan amalan terbaik mereka ketika berdoa kepada Allah, maka mereka telah terselamat dengan Allah membantu mengalihkan batu besar yg menutup pintu gua. ia berganjak sedikit demi sedikit yg akhirnya mereka telah selamat keluar dari gua tersebut.

ku bacakan hasil tulisan mereka, peserta2 tengah khusyuk mendengar kisah2 benar kebaikan terbaik yg pernah mereka buat masa lalu (tengoklah gelagat 2 org nenek yg berumur 65 dan 70an di belakang tu). jadi lepas ni jika mereka susah tersepit dengan masalah dunia, bolehlah guna teori yg nabi ajarkan ini, CAGARKAN amalan baik anda kepada Allah!!! mustajab, pasti Allah bantu. yakinlah!!! yg penting mereka faham aktiviti ini, kerana ia bersifat 'hands-on'

Penutup: game memPASAKkan lagi keyakinan diri mereka, yg mereka semua mampu berubah ke arah lebih baik, persoalannya bukan mampu atau tidak, tetapi mahu atau tidak mahu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. mereka ku ajar dengan 5 amalan keyakinan diri, jika amalkannya, insyaAllah mampu buat walau perkara itu dianggap mustahil untuk dilakukan mereka. contoh dalam game ini, kalau segi teori fiziknya, jika brother yg berbaring itu ditarik kerusi tengahnya, maka pasti akan jatuh sebab bhgn abdomennya berat. mustahil dia boleh lurus dan keras. namun setelah mngamalkan 5 amalan yg ku berikan, perkara mustahil itu telah menjadi tidak mustahil lagi. syaratnya amalkn 5 amalan tersebut. maka lihatlah hasilnya pada foto-foto di bawah...kini mereka telah yakin (seeing is believing), bila telah dibuktikan depan mata mereka..walau dalam masa singkat, brother tu boleh mlakukan keajaiban, apatah lagi kalau diamalkan setiap hari, tentu kesannya lebih menakjubkan... inilah yg dipanggil = "Mind Power"


APA 5 amalannya? 1. Matlamat 2. Lafazkan 3. Bayangkan 4. Rasakan 5. Yakin
ada 2 faktor yg menyumbang kepada berjayanya seseorang melakukan perkara mustahil ini. 1) faktor dalaman (inside-out) 2) faktor luaran (kerajaan, keluarga, rakan2, dan masyarakat).

1) faktor dalaman (inside-out). faktor terpenting sekali. jika diri seseorang asnaf tidak ada kesedaran sendiri untuk berubah, maka sesiapa pun tidak mampu mengubahnya (ayat Quran: Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka sendiri yg merubah dari dalam diri mereka). dia mesti kena beramal.
2) faktor luaran (pemerintah, keluarga= isteri, anak2, ibu-bapa,mertua, rakan2, masyarakat mesti menyokong, mendokan, dan memberi inspirasi. insyaAllah pasti berjaya dalam cita2nya.)
...........................................
amanat terakhir

saat paling menyedihkan, perpisahan...


Last but not least, apa yg berlaku ini sebenarnya banyak hikmah Allah nak tunjukkan padaku, aku sentiasa melihat sudut yg positif sahaja...Allah mahu tunjukkan the real face of that company.. bersyukur awal2 lagi Allah dah beri petanda supaya tidak meneruskan kerjasama dengan manusia yg mempergunakan keringat org lain dengan cara yg zalim dan menipu...masa TOT zakat dulu, mereka gunakan aku untuk dapat projek zakat, pastu masa masa TOT SPIES, diminta aku juga untuk hadiri kursus 4 hari bagi dapatkan projek SPIES pulak mewakilkan syarikat 'tipu' mereka. Benarlah kata Cecil G. Osborne dlm bukunya "The Art of Getting Along With People" telah kategorikan manusia kepada 3 jenis;
a) The Losers - org yg gagal
b) The Users - org yg memanipulasikan org lain
c) The Choosers - org yg membuat pilihan
aku tergolong dlm the choosers, walau aku telah dimanipulasikan, namun aku telah memilih untuk tidak bersama mereka lagi. mereka pula adalah golongan The Users - yg memerah keringat org lain untuk untung sendiri. bagiku mereka kurang bijak menipu trainers yg pernah bekerjasama dgn mereka sebelum ini. pasti trainers yg pernah tak sebulu & tertipu itu akan menyokong tindakanku ini, aku yakin tembelang mereka akan pecah jua akhirnya. tidak mustahil, mungkin ada trainers yg masih bersabar itu akan memberontak jua akhirnya. di kala itu barulah mereka sedar langit tinggi atau rendah. sebenarnya, mereka adalah "The Loser".

Semasa kursus TOT SPIES, walau aku belum ada pengalaman program SPIES sebelum ni dan aku diminta juga last2 minute untuk jd representative syarikatnya untuk menerangkan maksud SPIES dan apa yg boleh di tambah nilaikan modulnya di hadapan YB dan konsultan2 lain. niatku hanyalah ingin membantu syarikatnya, hinggakan tanpa disengajakan aku terpintas ucapan akhir saudara "GrXXXLXX" itu, aku sebut, "sebelum encik XXX lebih gabra....lebih baik saya menerangkan...." tindakan luar kawal ini telah menyebabkan dia kecewa, aku telahpun mohon maaf kepadanya.

Namun alhamdulillah, walaupun spontan & last2 minute, ucapanku lancar di depan YB Halimah dan di depan khalayak ramai dengan memberikan input2 baru..dan ada juga point2ku yg ku kira dan ku lihat YB mencatitnya dan mengangguk-angguk mungkin tanda setuju. akhirnya, apa balasannya padaku? adalah racun berbisa..hingga semasa program zakat ini berlangsung hamba Allah yang 'baik' ini telah membuat keputusan membatalkan penglibatanku di dalam program zakat dan SPIES sekaligus. banyak alasan yg diberikannya, katanya tak layaklah, banyak songellah, nak sound system yg powerlah...aku faham bila dah tak suka tu benda baik pun nampak tak baik kan? apa sahaja di mata mereka akan tetap tak baik walaupun semua peserta zakat tu kata aku telah memberikan yg terbaik dan mereka sudah tahu apa yg nak dibuat selepas ini (action planning sudah dibuat). namun, disebabkan penyakit hati mereka dan setelah aku sudah sound direct pasal bayaran kami, semuanya sudah kena potong!!! mmmm...takpalah aku yakin manusia lain yg jernih hati boleh menilai mana yg kaca dan mana yg intan permata.

Aku teringat lagi semasa TOT SPIES yg lepas, penceramah menceritakan kisah Abu Sufyan dan integritinya semasa pergi ke Syam (if i'm not mistaken), dia ditanya org tentang peribadi Muhammad S.A.W. Maka, Abu Sufyan menceritakn hanya perkara yg benar sahaja dan yg baik sahaja tentang baginda walaupun sebelum Islam, Abu Sufyan sgt benci kepada Muhammad. Namun, bila ditanya org, kenapa cerita yg baik2 shaja, boleh sahaja bercerita palsu tentang baginda. Apa yg mengejutkanku, dijawabnya Abu Sufyan yg mempunyai integriti yg tinggi, "aku tidak mahu jika aku menceritakan perkara dusta tentang peribadi Muhammad, orang-orang selepas aku akan mengatakan nanti Abu Sufyan adalah 'kaki kencing'" (dalam bahasa pasarlah)

Bagiku, jika "GrXXXLXX" bercerita negatif dan dusta kepada org lain tentang prestasiku menjalankan program zakat ini, maka sebenarnya dia lebih buruk dan teruk integritinya dari Abu Sufyan sebelum Islamnya. Sedangkan org kafir telah berkata perkara benar, apatah lagi kita ni org Islam. cerita yg ku tulis inipun adalah cerita benar, bukan rekaan dan aku cabar mereka menafikannya.

Realitinya, kalau IPPJ, KFC (QSR Brands) telah memberikan rating yg tinggi kepada performanceku, dan sudah 1 tahun lebih masih menggunakan khidmatku untuk program bina insan mereka, takkan aku tak mampu buat yg terbaik kepada program zakat dan SPIES? baru2 ni 6.2.10, Tabung Haji telah menjemputku untuk program 1hari Modal insan di HQ, dan yg hadir tu pelbagai pangkat termasuk 3 General Manager Tabung haji berpuas hati dengan penyampaianku termasuk Tuan Hj Zaini Hj Rashid Bhg Property Management Division. Damansara Asset sudah 2 kali membuat program bina insan dan berpuas hati, sekarang sedang merancang program yg ketiga pula. jadi, apa alasannya aku tidak mampu menjalankan program SPIES & zakat? Allah adalah Pemberi Rezeki ku, bukan "GRXXXLXX"!!!. Nk potong, potonglah... aku yakin, nanti Allah sambungkan semula. itulah konklusiku.

2 comments:

  1. Salam Nordin, remember what our coach teaches us, we cant change who we are, but we can change what we have...

    ReplyDelete
  2. it's true Dr Maryam, TQ 4 the comment..ini just my humble feeling expression

    ReplyDelete