biodata

Thursday, March 18, 2010

Allahu Akbar!!Xcident depan mata



inilah muka pemandu lori simen yg melarikan diri...mabuk...tapi berjaya diberkas oleh pihak polis beberapa jam selepas itu




tiba di LCCT pada pukul 5.50am

tiga orang yg berhasrat menyambung pelajaran alim di Indonesia; Abu Zar, sahabatnya, dan adiknya Zubir

inilah rupa Ja masa umur 10 tahun..sebelah dia ttu abgnya huzaifah yg pandu keta Unser tu...nasib baik tak da apa2...syukur. Zubir yg naik bersama Huzaifah lebam kat lutut je..alhamdulillah

inilah anak angkatku, Abu Zar (panggil Ja je)...hensem tak?

Maha Suci Allah!! hari ni jam 4.50am aku menghantar anak angkatku Abu Zar ke LCCT. Flightnya berlepas pukul 6.50am. maka pukul 3 lagi aku telah bangun dan selepas mandi dan solat sunat, aku dan isteri pun berkonvoi dari serendah ke LCCT. kami masuk Tol Rawang dan menggunakan NKVE ke LCCT bersama 7 kenderaan lain mengiringi kepergian anak angkat sulungku itu yg telah pun alHafiz. aku menjaganya ketika umurnya 10 tahun lagi dan akhirnya setelah selesai pengajian hafiznya di Johor, maka dia telah kembali kepadaku walaupun tidak tinggal bersama. dia lebih selesa tinggal bersama umminya di batang kali.

kejadian ngeri itu berlaku sebelum aku sampai di Tol Sg buluh lagi, selepas sahaja construction nak buat flyover baru, aku terkejut salah satu kereta yg berkonvoi bersama telah memotongku laju..berderau darah isteriku...mak oiii lajunya Huzaifah ni bawak keta (abang Abuja). tiba2 beberapa meter di hadapan aku melihat kereta unser yg dipandu huzaifah itu cuba memotong kereta perdana di depannya, namun ku lihat dia tiba2 tak jadi potong dan mengambil jalan kiri semula. namun, ketika itulah dia tidak perasan sebuah lori simen berhenti di tepi hiway tanpa ada apa kon atau tanda isyarat yg ia berhenti di tepi jalan. ku lihat kereta itu melambung belakangnya dan jatuh menutup setengah dari jalan hiway itu. mujur sempatku mengelak dan berhenti di tepi jalan. lantas ku capai lampu suluh yg memang telah ku letak di dalam keta dan berlari ke arah kemalangan tersebut. aku sudah membayangkan kematian pasti berlaku kerana melihatkan jasad kereta yg remuk teruk. ku mengawal lalu lintas dengan lampu suluh..mujur cepat sebab nyaris2 kereta dan lori yg melalui jalan itu melanggar kereta yg melintang jalan. alhamdulillah itulah sahaja bantuan yg mampu ku hulurkan sebelum pihak plus datang ke tempat kejadian. ku marahkan org plus itu kenapa lambat sangat ambil tanggungjawab meletakkan tanda pada lori yg berhenti di tepi jalan hiway....

sempat juga kurakamkan gambar pemandu yg tidur di dalam lori tersebut yg telah menghilangkan diri sejurus selepas pihak polis datang mengambil keterangan dan foto. geram hatiku Allah sahaja yg tahu... sudah banyak kejadian seumpama ini terjadi di hiway apabila lori di biarkan parking di bahu jalan tanpa ada tindakan dari pihak hiway PLUS.naik harga tol pandai pulak..buat kerja tak pandai....mmm. mujur tidak ada kehilangan nyawa pada pagi ini..alhamdulillah bengkak dan luka sikit2 berkat dari membaca doa naik kenderaan dan doa protection..... kalau aku jadi menteri pengangkutan sudah pasti ku wajibkan org yg ambil lesen JPJ hafal dan amalkan doa2 tersebut..apa nak buat menteri2 ni tak yakin pada kekuasaan Allah, yg Dia mampu memberi pelindungan kepada manusia ciptaanNya, jika hamba2Nya beramal................. jadi kalau nak tahu doa protection ni ada dalam album baruku, "Rahsia Amalan Kejayaan Businessman" layarilah dan download lagu2 doa di www.amalanbisnes.com
koleksi gambar2 Ja waktu kecik bersama adik beradiknya....


1 comment: