biodata

Monday, June 11, 2012


Dapatkan terbaru dari saya nordinjaafar terbitan inteampublishing SB.
harga rm16.00. disertakan dengan ilustrasi komik menarik daripada kartunis kelinci. pastinya berbaloi-baloi memilikinya!!

Buku yang mengupas teknik Nabi Musa AS ketika menghadapi individu dan bangsa sukar di zamannya. Hayatilah ungkapan emas Hitler di atas, anda akan tahu kenapa bangsa Israel ini adalah bangsa SUKAR selamanya! Harga RM23.00

Buku 'Best Seller' yang ditulis bersama untuk Ustaz Kazim Elias berkenaan wanita dan kebahagiaan mereka. Dipetik daripada VCD ceramah beliau dan ada disiarkan di dalam YouTube. Dapatkan sebelum terlambat! Harga RM20.00.

Sunday, June 3, 2012

biodata lengkap nordinjaafar


Jantina: Lelaki
Tarikh Lahir: 26/11/1975
Umur: 37
Tempat lahir: Johor Bharu
Keturunan: Melayu
Agama: Islam
Status Perkahwinan: Berkahwin
Alamat: No. 5, Jalan Kelisa 4C/2, Taman Desa Kelisa, 44300 Hulu Yam Bharu Selangor.
Syarikat: IOS INSIDEOUT SOLUTION (002028927-M)
                                       (Dahulunya dikenali sebagai InsideOut Solution)
                                                 Manager / Coach
No 22-2, Jalan Dinar U3/C, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam Selangor
Tel/Faks: 03.784.673.89
H/P: 012.260.646.5
E-mel Syarikat:nordinjaafar@gmail.com

Penglibatan dalam bidang latihan dan ceramah lebih daripada 11 tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

# Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; (Kepujian) - Sarjana Muda Sejarah & Ketamadunan
# Universiti Malaya Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) - Certified Executive Coach
# Sek. Men. Munshi Abdullah, Melaka
# Sek. Men. Pertang, N. Sembilan

KEMAHIRAN UTAMA

·            Coaching & Mentoring
·            Pembangunan Modal Insan
·            Kebudayaan Islam dan Produksi
·            Penulisan Buku, Ucapan & Skrip

ANUGERAH

# Al-Mahabba Awards 2006, Dubai (Artis Antarabangsa – Raihan)
# Duta untuk Malaysian International Peace 2006 - Raihan
# Anugerah Pelajar Terbaik untuk Subjek Kesusasteraan Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1992 - Sek. Men. Munshi Abdullah, Melaka

PENCAPAIAN & PENGLIBATAN

# Kelayakan Certified Executive Coach dari Universiti Malaya Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) - 2010
# Kelayakan Certified Masters Trainer dari United Nations Development Programme - Institut Integrity Malaysia [UNDP – IIM CAPACITY BUILDING PROJECT TEAM] – 2005
# Penulis Laku Keras buku berjudul Teori Adam & Hawa - Rahsia ilmu kenal kunci kebahagiaan manusia. juga sebuah buku motivasi – Menangani Individu Sukar; Teknik & Pendekatan Nabi Musa AS terbitan MustRead Sdn Bhd – 2009
# Penulis Buku Bersama (‘Best Seller’) – Berbahagialah Wahai Wanita – Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Kazim Elias terbitan Inteam Publishing SB. 2011
# Penulis Bersama buku “Belajar Solat” – projek eksklusif terbitan Kohwai & Young Publictions (M’sia) Sdn Bhd.
# Penulis Buku – Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Bangsa Sukar -  terbitan Inteam Publishing SB. 2012
# Penulis Buku –  ADAB 24-7, Adab Makan & Minum - terbitan Inteam Publishing SB. 2012
#  Pengendali & Penceramah Program “TeamBuilding ‘vs’ MindBuilding” untuk kakitangan Tourism Malaysia bertempat di Sabah 2011.
# Penceramah Motivasi jemputan Program Bina Insan Cemerlang untuk kakitangan Damansara Assets, IPPJ Sdn Bhd, dan QSR Brands (KFC, Pizza Hut, Ayamas, Rasamas, dll) pada tahun 2008 - 2010, Johor Land Berhad pada tahun 2010 - 2011.
# Pengendali & Penceramah Program “Smart Learning” di sekolah-sekolah menengah & rendah, dsb.
# Penceramah Bulanan Pejabat – CIMB, K.Lumpur semenjak awal 2010 hingga kini serta beberapa syarikat korporat.
# Konsultan dan Jurulatih dalam Pembangunan Karektor Muslim bagi Negeri Selangor (Pelanggan utama adalah barisan kepimpinan N.Selangor, kakitangan kerajaan, guru, polis dan barisan kepimpinan masyarakat) – PROGRAM BINA INSAN SELANGOR (2001 – 2006)
# Penulis Skrip TV “Asy-Syathir” untuk Astro (OASIS) Program Al-Quran - projek ‘pilot’ di bawah Hijjaz Records Sdn Bhd - 2008
# Penceramah Motivasi jemputan Kementerian Belia & Sukan N.Perak (Kelab Rakan Muda) – 2008.
# Komposer, penulis lirik, dan penerbit untuk dua buah lagu Dasar Pembangunan Insan Negeri Selangor iaitu “Bina Insan Cemerlang (6M) & 4E Era Globalisasi” – (6M + 4E = 2005), juga penerbit album solo sendiri “Mari Berdoa” (terbitan Inteam Records/ EMI), Rahsia Amalan Kejayaan Businessman - 2010
# Vokalis utama kumpulan AlarmMe (1999) & Raihan (2006). Telah menjelajah PERSEMBAHAN PENTAS ke lapan buah Negara seperti Singapura, Indonesia, Perancis, London, Kanada, Trinidad & Tobago, Dubai dan Kuwait
# Komposer dan penulis lirik untuk lagu “Bulan-Bulan Islam” (Album AlarmMe – Alami 1999), dan lagu “Doa Makan” (Album Raihan – Tawakkal 2006). Kedua-dua lagu tersebut telah dipilih menjadi lagu utama (‘single’) untuk promosi di Malaysia dan Indonesia.
# Tenaga Pengajar Program Pemerkasaan Warga Kerja HICOM TECK SEE.
# Tetamu Undangan Program Adam dan Hawa – TV1 2010
# Pelakon utama dalam Doku-Drama, terbitan Jakim untuk TV1 (Maulidur  Rasul 31/3/07) – “Gurindam Kasih Junjungan”
# Peserta Kursus Toyota Production System (TPS) – Perodua 2010
# Peserta Kursus Training Of Trainers (T.O.T) - Pusat Zakat Selangor – 2010
# Peserta Kursus T.O.T - S.P.I.E.S Selangor - 2010
# Peserta Kursus “Strategic Marketing Management” UMCCed – 2009
# Peserta Kursus “7 Steps To Reducing Cost & Increasing Productivity and Performance” UMCCed –2009
# Peserta Kursus Program ‘Strategic Brand Management & Customer Relationship Management’ oleh Prof. Dr Zafar Uddin Ahmed – 2008
# Peserta Kursus Innovative & Creative Circle (ICC) oleh MPC – 2008
# Peserta Kursus ‘Coaching Clinic” UMCCed - 2008
# Peserta Kursus Latihan Kepimpinan ESQ (Emotional Spiritual Quotient) – 2006
# Peserta Kursus Tenaga Dalaman Peringkat Asas – 2004
# Kelayakan Sijil Neuro Linguistic Programming (NLP) – Peringkat Asas 2003
# Pengacara rancangan-rancangan keagamaan untuk TV1 terbitan JAKIM
# Penulis skrip & pencipta lagu serta lirik bagi vcd ‘Bijak Iqra’ & ‘Bijak Solat’ – terbitan Inteam Records Sdn Bhd/ EMI – 2008 & 2010
# Penerbit & Komposer bagi album-album Akademi Al-Quran terbitan Hijjaz Records/ TV9/ EMI (2008) seperti AQ II, Juara AQ 1 (Abdullah Fahmi) - Qiraat, Juara AQ II (Anuar Hasin) - Amalan Murah Rezeki Al-Waqi’ah, dan lain-lain lagi.
# Komposer, penulis lirik dan penerbit untuk lebih dari 21 album

Saturday, May 19, 2012

Ringkasan Biodataku (karangan)


NORDIN JAAFAR memegang jawatan sebagai Pengurus Editor di Inteam Publishing Sdn. Bhd. Beliau adalah seorang coach
 & penulis buku. Terkini, sebuah buku Best Seller bertajuk
, Teori Adam & Hawa - Rahsia ilmu Kenal Kunci kebahagiaan hidup manusia, iaitu penulis bersama   Ustaz Haslin Bollywood. Penulis  Best Seller buku berjudul “Berbahagialah Wahai Wanita” - Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Kazim Elias terbitan Inteam Publishing Sdn Bhd pada tahun  2011. Dan buku ADAB 24 -7; Adab Makan & Minum, sebuah buku motivasi Best Seller – Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Bangsa ‘Sukar’; Teknik-teknik Praktikal & Berkesan Nabi Musa AS Ketika Menghadapi Golongan & Individu Sukar terbitan Inteam Publishing Sdn. Bhd. tahun 2012. Buku ini merupakan kesinambungan buku pertama beliau berjudul  Menangani Individu Sukar  terbitan  Mustread  tahun  2009. Beliau juga adalah penulis bersama untuk buku  “Belajar Solat”   (projek eksklusif  terbitan  Kohwai & Young Publictions M’sia Sdn. Bhd.).
Beliau dikenali sebagai seorang artis dengan sebuah album solo terbaru berjudul O.K.B. (Orang Kaya Berkat) - Amalan Hebat Rezeki Berkat keluaran Zahra Publishing SB, edaran Universal Music, juga album solo berjudul “Mari Berdoa” keluaran Inteam Records/EMI. Seorang yang berbakat mencipta,  menulis lirik untuk lagu  “Bulan –bulan Islam” untuk album AlarmMe – ALAMI1999) ) dan lagu  “Doa Makan” untuk album Raihan  –TAWAKKAL  (2006) yang mana kedua -dua lagu tersebut telah  dipilih  menjadi lagu  utama  single )untuk promosi di Malaysia dan Indonesia). Beliau  pernah  memegang peranan  sebagai vokalis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan (menggantikan Nazrey Johani)  serta telah menjelajah kelapan buah negara  membuat persembahan  seperti  Singapura, Indonesia (iaitu di Gorontalo, Jakarta,  Jogjakarta, Acheh), Perancis (iaitu di  Paris,  Lille, Lyon, Strasbourg), United Kingdom (iaitu London),  Kanada,  Trinidad &  Tobago, Dubai dan Kuwait.

Dilahirkan pada 26/11/1975 di Johor Bahru dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di  peringkat Ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa  - B.A. )Hons), pengkhususan dalam Sejarah dan Ketamadunan. Menyambung pelajaran di dalam  Certified Executive Coach di Universiti Malaya Pusat Pendidikan Berterusan )UMCCed) pada tahun  2010. Mendapat kelayakan sijil Masters Trainer dari United Nations Development Programme – Institute Integriti Malaysia ( UNDP  - IIM CAPACITY BUILDING PROJECT TEAM. Antara anugerah yang diperolehi ialah Al -Mahabba  Awards 2006   di Dubai (Artis Antarabangsa – Raihan), Duta untuk Malaysian International Peace  2006  – (Raihan), dan Anugerah Pelajar Terbaik untuk Subjek  Kesusasteraan  Melayu Sijil  Pelajaran Malaysia  (SPM) pada tahun 1992 (Sek. Men. Munshi Abdullah, Melaka).
Beliau merupakan tenaga pengajar untuk Program Pemerkasaan Warga Kerja HICOM TECK SEE pada tahun 2005. Beliau juga menjadi tetamu undangan sebagai motivator untuk Program Adam dan Hawa di TV1 pada tahun 2010. Pernah menjadi pelakon utama dalam Doku-Drama, terbitan Jakim untuk TV1 (Maulidur  Rasul 31/3/07) berjudul “Gurindam Kasih Junjungan.” Beliau banyak melibatkan diri di dalam beberapa kursus kemahiran seperti Kursus Toyota Production System (TPS) – Perodua 2010, Kursus Innovative & Creative Circle (ICC) oleh MPC – 2008, Kursus ‘Coaching Clinic” UMCCed – 2008, Kursus Latihan Kepimpinan ESQ (Emotional Spiritual Quotient) – 2006, Kursus Tenaga Dalaman Peringkat Asas – 2004, dan Kursus Kelayakan Sijil Neuro Linguistic Programming (NLP) – Peringkat Asas 2003. Berpengalaman sebagai pengacara rancangan-rancangan keagamaan untuk TV1 terbitan JAKIM sekitar tahun 2003-2004.

Beliau berbakat sebagai penerbit & komposer untuk album kerohanian berjudul   ‘ANAK’  artis Aishah,  Edaran Sony  Music & Nasyeed.Com  (2010) dan sudah mengubah lagu dan menerbitkan album untuk lebih daripada 21 album.

Beliau adalah Pengendali & Penceramah Program Bina Insan untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Beliau adalah pengendali & Penceramah Program “Smart Learning” di sekolah-sekolah menengah & rendah, juga sebagai penceramah motivasi bulanan Pejabat di CIMB, K.Lumpur semenjak awal 2010 hingga kini serta beberapa syarikat korporat.

Beliau berbakat sebagai komposer, penulis lirik, dan penerbit untuk dua buah lagu Dasar Pembangunan Insan Negeri Selangor iaitu “Bina Insan Cemerlang (6M) & 4E Era Globalisasi” – (6M + 4E = 2005), juga penerbit album solo sendiri “Mari Berdoa” (terbitan Inteam Records/ EMI).
Kemahiran beliau dalam bidang motivasi & ceramah, Coaching & Mentoring, Pembangunan Modal Insan, Kebudayaan Islam dan Produksi dan Penulisan.
Antara kursus yang pernah beliau hadiri adalah Kursus Training Of Trainers (T.O.T) - Pusat Zakat Selangor – 2010, Kursus T.O.T - S.P.I.E.S Selangor – 2010, Kursus “Strategic Marketing Management” UMCCed – 2009, Kursus “7 Steps To Reducing Cost & Increasing Productivity and Performance” UMCCed –2009, Kursus Program ‘Strategic Brand Management & Customer Relationship Management’ oleh Prof. Dr Zafar Uddin Ahmed – 2008, Kursus Innovative & Creative Circle (ICC) oleh MPC – 2008, Kursus Tenaga Dalaman Peringkat Asas – 2004 dan banyak lagi.
 

DAPATKAN BUKU2 TERBARU SAYA TERBITAN INTEAM PUBLISHING SB. 2012

1. Adab 24-7; makan & minum (harga RM16)

2. Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Bangsa Sukar, Teknik-teknik berkesan & Praktikal Nabi Musa AS ketika menghadapi golongan dan individu sukar. (Harga RM23)http://www.facebook.com/inteampublishing

Friday, November 19, 2010

hati2 dgn org cacat anggota & pendek

'kena hati2 dgn org cact anggota dan org 5 kaki ke bwh'. aku tanya pd kwnku, 'apa yg menyebbkn ko kuarkn statement mcm tu?'. 'org mcm tu biasanya bhya.kalu nk kwan pun hati2'. balasnya.lg btambh hairan aku dbuatnya. adakah ia bsandar fakta atau pengalman.'org bgni licik nk jatuhkn org bila dia tk suka'.AKU tanYa seMULA, 'KATA2 SIAPA NI?BETuL KE TEORI NI?' DIA PUN JAWB, 'AKU ADA PENGALAMAN DIN, KEJE DGN ORG CACAT TEMPANG N PENDEK NI, PASTI X BLH BGAUL LAMA DGN ORG LAIN, MESTI ADA MASALAH... (BSAMBUNG)

Tuesday, October 19, 2010

Simpan senjata, semangat Jihad membara????



saya telah beralih minat kepada keindahan seni tangan orang melayu, parang, keris & pedang