biodata

Tuesday, June 1, 2010

program motivasi sekolah

Lokasi: SM Rahman Putra Sg Buloh
Peserta: lbh kurang 60 org (asnaf zakat)
Tempoh: program sehari (8.30am - 5pm)
Konsultan: InsideOut Solution
Penceramah: Nordin Jaafar & Ust Mohamad Uda Bin Kasim
Tajuk: Smart Learning (Kaedah SA.T.U (Sedia Awal, Tumpuan, Ulangkaji), Teknik Mendengar, mengingat, bertindak mengikut arahan, mengambil nota (Mind Mapping - Tony Buzan), Berfikir (NAZOR)dll.
sesi ice-breaking dan pembuka minda (kesedaran dalaman)


pelajar lelaki sedang menyelesaikan masalah yg mmbelenggu mereka-gunakan formula 'inside-out' - dari dalam membawa keluar, bukan dari luar membawa ke dalam. di dalam Quran sendri pun ada menyatakan, Allah tidak akan mengubah nasib kaum itu jika mereka tidak sendiri mengubahnya dari dalam....





Aku sedang menerangkan salah satu kaedah dalam program sehari ni iaitu menajamkan akal fikiran pelajar dengan kaedah 'NAZOR'. ada ku tulis kaedah ini dalam buku motivasiku terbitan MustRead yg berjudul "Menangani Individu Sukar-Teknik & pendekatan Nabi Musa A.S..." ada terjual di kedai2 buku dan MPH. Menurut kajian di Malaysia, rakyat Malaysia amat kurang berfikir secara kreatif dan kritis..lihat sahaja filem2 yg ditayangkan di pawagam genrenya lawak, cinta, seram tapi bila filem yg memerlukan fikir lebih skt spt sejarah (cth Paloh) dll, mesti tak laku nyer...filem yg tk perlu fikir akan jd 'box office'-ini realitinya...jd aku buat program macam ni untuk ajak pelajar berfikir secara kreatif & kritis..alhamdulillah ini sahaja mampu ku lakukan...
partisipasi dari pelajar...





pelajar paling cun (mcm Rita Rudaini mukanya ku tengok) sedang membentangkan hasil prbincangan NAZOR kumplan mereka iaitu botol air...

pelajar paling murah senyuman (cita2 nk jd artis gitu...) sedang membentang hasil perbincangan iaitu seutas jam


Ibubapa pelajar asnaf zakat selangor juga hadir pada sesi penutupan yg dikendalikan oleh penceramah kedua InsideOut Solution-Ust Uda Kassim (glamer ust ni...)


senyum dalam kepanasan bilik tiada aircond-ujian Allah!!! Ust Uda lagi lenjan basah peluh

PROGRAM ASNAF KEDUA
ustaz Uda Kassim sebenarnya baru join my company InsideOut Solution sbg pengarah syarikat bersama-Dia memulakan sesi dengan anak2 asnaf di sekolah Rahman Putra Sg Buloh dengan mengajak pelajar menyebut nama Allah dan menghadamkannya di lidah, minda dan jiwa.










aktiviti last adalah bagaimana menanamkan keyakinan diri bahawa pelajar mampu berjaya dengan 5 amalan. perkara yg mustahil akan jadi tidak mustahil jika mengamalkannya. lihat adik kita ni tetap lurus walau kerusi tengahnya di tarik keluar setelah mengamalkan 5 amalan tersebut..a)matlamat b)lafazkan c)bayangkan d)rasakan e)yakin
secara logiknya, bahagian tengah badan akan jatuh jika tiada sokongan, namun kekuatan minda mampu melakukannya

Thursday, May 27, 2010

ambulan muncul bila jem

"eow, eow eow" begitulah lebih kurang bunyi siren ambulan apabila membawa pesakit di celah2 kesibukan jalan raya di ibukota KL. tidak kira di waktu pagi atau petang, sering kita mendengar bunyi siren itu yg kerap muncul di waktu puncak pagi dan petang. persoalannya, waktu2 lain tak pula kedengaran bunyi itu. ramai juga yg mengambil kesempatan follow van ambulan tu dekat2 supaya dapat sampai cepat ke pejabat, bijak juga dalam benak ku berkata-kata. sambil menunggang moto, kadang2 terpacul di dalam mindaku yg berserabut ini, bila jem je bunyilah siren tu, bila bunyi siren je, jemlah jalanraya..mmm macam kebetulan pulak ye...bila tak jem tak bunyi pula...

kadang2 geram juga hati ni, nak je aku tahan ambulan tu, nak peksa betul ke ada pesakit di dalamnya ataupun pemandu van tu sengaja nak lari jem, nk cepat ke pejabat mengejar punch card? eeee geramnya terpaksa ketepi pula untuk memberi hormat kepada siren tu...

Monday, May 24, 2010

Inikah Dajjal????

Inikah Dajjal?
(lihatlah gambarnya setelah membaca tulisan ini)
Munculnya Dajal adalah petanda kiamat makin hampir. Kemunculannya merupakan ujian akhir sejarah dunia. Musuh kita sesungguhnya tetaplah iblis dan syaitan. Kemudian Dajal berpihak kepada mereka. Ketakutan dan penyimpangan dari kebenaran paling disukainya. Dajjal memperlancar misinya.
Adakah kini manusia lebih pintar, cerdas dan kritis daripada pendahulunya? Apakah pintu-pintu syaitan atas manusia telah dipersempit oleh pengetahuan dan teknologi yang dicapai? Padahal iblis dan syaitan tidak pernah berhenti menjerumuskan. Kebohongan adalah caranya. Di kanannya neraka dan di kirinya syurga. Inilah perumpamaan tentang mengacah-acah kebenaran dan kebohongan, hingga manusia menjauh dari kebenaran.
Manusia boleh menjadi bagaikan malaikat. Manusia juga boleh menjelma seperti syaitan. Bergantung berapa besar keberpihakannya pada kebenaran. Maka apabila manusia menjelma bagai syaitan, bagaimanakah ia akan menjerumuskan lebih banyak manusia ke dalam kesesatan?

Adakah Dajjal sebagai makhluk hidup (manusia biasa bermata kacau) atau sebagai benda mati (yang dikira hidup / ‘life’)? Apakah Dajjal berwajah cantik, tampan ataupun menarik? Ataukah sebaliknya sangat menyeramkan? Apakah Dajjal adalah sebuah makhluk raksasa tunggal yang bergerak cepat kesana-kemari? Ataukah ternyata satu makhluk dalam sistem yang besar dan terdiri daripada bahagian-bahagian yang menyebar? Berapa sering Dajjal datang menghampiri kita? Bagaimana dia menjerumuskan lebih banyak manusia di seluruh dunia dari bayi hingga tua?
Ciri-ciri telah dikemukakan:
* satu mata
* kebohongan
* besar
* kaffara
(mungkin juga adalah laluan yang bermakna: dari satu – mata – kebohongan – membesar-menjadi kafir)
Setiap kejadian telah dikemukakan:
* orang-orang berkumpul dan mengkajinya
* anak-anak berkumpul dan menyaksikannya
* orang-orang tua pun berkumpul dan dihiburnya
Setiap senario Dajal:
* menghibur
* mengancam
* menakut-nakutkan
* mengejek dan menjelek-jelekkan
* menunjukkan bukti-bukti
* memaparkan rujukan
* mempamerkan kehebatan
* dan sebagainya
Dajjal seharusnya adalah makhluk yang mempunyai daya tarikan.
* Jika orang yang buta, maka ia berbunyi.
* Jika orang tuli, ia memperlihatkan.
* Jika orang yang buta-tuli, ia akan menerkam geram.
* Jika ia seram, orang-orang justeru pergi meninggalkan. Takuuuuut ….!
Sejumlah sosok Dajal telah ditunjukkan. Dajal dicirikan dan diversikan berbeza-beza. Namun kesesatan manusia tetaplah misinya. Syaitan melindungi dan menyamarkan kemunculannya. Dan banyak orang menjangkal. Demikianlah sehingga ia lebih leluasa. Iblis dan Syaitan pun bergembira. Kehadiran Dajal lambat laun menjadi keperluan dan kepercayaan bagi manusia. Sehingga lebih mudahlah dijerumuskan.
Dajjal adalah kafir yang bermaksud tidak beragama. Jika beragama, ia kelihatan seperti mempunyai banyak agama. Tulisan ‘kaffara’ padanya adalah satu amaran yang nyata. Kepercayaan dan keyakinan menjadi permainannya. Keyakinan apakah yang lebih kuat daripada Ainul yakin. Dajal akan dan telah menjajah Ainul yakin. Sejumlah manusia menjadi sangat sesat. Itupun tak disedari dari mana datangnya. Kesalahan kecil apa pun dimanfaatkan dan dibesarkannya ke seluruh dunia (amplifier penipuan).
Saat ini , hampir semua manusia telah menyaksikan pemunculannya. Dajal muncul serta menyelinap dalam kehidupan manusia, membesar dan dewasa seiring dengan bertambahnya umur dan teknologi manusia. Hanyalah sedikit orang menyedarinya.
Dajal muncul secara spektakuler. Hampir tiap orang akan tertarik padanya. Alangkah senang iblis dan syaitan menjadikan begitu. Kebohongan, kepalsuan dan maya adalah bidangya. Disebut apakah makhluk ini oleh manusia?
Siapakah aku? Aku adalah juara Akademi Fantasia
Siapakah aku? Aku tampan seperti Tom Cruise
Siapakah aku? Aku hebat seperti Lionel Messi
Siapakah aku? Aku cantik seperti Brookshield
Siapakah aku? Aku boleh terbang seperti Superman
Siapakah aku? Aku pahlawan Hercules
Siapakah aku? Aku lucu seperti Badut
Siapakah aku? Aku genius seperti Einstein
Siapakah aku? Akulah jutawan dan dermawan seperti Bill Gates
Siapakah aku? Aku seperti yang kuinginkan
Siapakah aku? Aku sentiasa diselamatkan oleh bidadariku
Demikianlah sebagai contoh hasil tanaman Dajal dalam jiwa manusia. Manusia telah diisi teladan yang liar dalam jiwanya. Fikiran dan jiwa manusia tidak lagi sebagaimana mestinya. Adalah pengandaian dan andaian bermacam-macam telah mempengaruhinya. Manusia tidak lagi lugu sebagaimana wajarnya. Manusia telah mendapatkan kesombongan dan dalih yang tidak pula disedari darimana datangnya.
Dan manusia menjadi amat takut disebut kuno atau kekampungan yang tidak dapat mengikuti kemajuan dalam arus yang sebenarnya tidak pula diketahui asal dan arahnya. Umpatan, makian, ejekan, kemarahan adalah hal biasa yang datang dari ketiadaan. Tertawa terbahak-bahak, kegembiraan, kesedihan dan kebahagiaan pun datang dalam waktu yang cepat dan berubah-ubah. Ini semua adalah sebahagian daripada permainan Dajal yang manusia menjadi terlena.
Propaganda Dajal:
Nombor satu dan paling hebat dari yang hebat-hebat
* Paling mudah menyampaikan
* Paling dipercayai
* Paling kuat
* Paling awet
* Paling sihat
* Paling bersih
* Paling lucu
* Paling seram
* Paling indah
* Paling sedih
*Paling berpengaruh
* dan paling … paling … paling ….
Maka percayailah aku … ..
Jika aku tidak tergoda oleh rayuan Dajal, bagaimana dengan anakku? isteriku? saudara-saudaraku?
Dajjal telah dan akan lebih hadir dalam setiap kesempatan. Jika kukatakan itulah Dajjal dan aku tinggalkan Dajjal, maka setiap dari lingkuanganku akan menggoda, menentang dan mencemuhku. Demikianlah benar kenyataan bahawa untuk mengelakkan Dajjal, pergilah ke gunung-gunung yang terpencil.
Maka sebahagian dari rongga jiwa kita telah dan akan terus diisi oleh seperangkat kepalsuan Dajal. Iblis dan syaitan menjadi lebih mudah memanfaatkannya. Setiap bayi yang lahir kelak akan kehilangan dirinya. Kerana pengaruh Dajal membentang dari bayi sehingga dewasa. Dajal semakin jaya.
GAMBAR DI BAWAH APAKAH INIKAH DAJAL?

Saturday, April 24, 2010

PROGRAM COACHING & MENTORING-TOURISM 15-18.4.10

damainya teratai atas kolam menggamit kedatangan kami ke damai laut resort, lumut