biodata

Tuesday, February 23, 2010

Tunjuk Laut Beach Resort, Tg Leman Johor-Permai Damai Suasana!!

1.program ni merupakan program kedua, susulan program pertama pd akhir tahun lepas. disebabkan feedback yg positif dan memberangsangkan dr peserta thn lepas, maka aku dan ust rajab diberi amanah sekali lagi pada tahun ini. alhmadulillah, ku kira kali ini agak mencabar berbanding yg lepas, sebab yg datang kebanyakannya dipaksa oleh bos HR. berbagai alasan yg mereka berikan untuk tidak mahu hadir. 21 org telah dipilih Allah untuk menggilap potensi mereka. kami sentiasa berfikiran positif, yg mana mereka yg terpilih ini merupakan guru2 kami sebenarnya. Allahumma Yassir...
Foto sebelum mula program 3hr 2mlm bersama Ust Rajab Selamat

2.bersama emy (IPPJ),Linda (urusetia Damansara Asset yg sporting dan selalu tsenyum)

3.aku mulakan program taklimat dan membelai jiwa, ust amek sesi 'ice breaking'


4. peserta sedang nyanyi bersama


5. nyanyi lagu Taqwa dan Iman..nak cubalah suara Tok Penghulu ni...sedap gak

6.Ust Rajab, Arab (suara dia ni boleh tahan gak-sama minat dengan aku gak kumpul barangan kulit) & Razif (dia ni pulang awal, katanya ibunya sakit...)

7.Aku demonstrated senaman chi kung. dimulakan dgn pernafasan fitrah, pergerakan dan konsentrasi minda. rasionalnya senaman ni diajar adalah untuk mengawal diri sendiri dahulu sebelum mengawal,tadbir org lain. jika kita tak mampu 'sinkronais' kan diri sendiri, bagaimna mampu mentadbir org lain, betulkan?

8. sedang cari arah 'chi' abg rashid-arah kekuatannya, samada barat, timur utara dan selatan @ arah2 yg lain. bila dah tahu arah kekuatan pandai2lah pk sendiri kegunaannya..

9.Tpt makan sementara, kantin tutup, chef dia xcident..mmm

10.urusetia 'terakhir' dr IPPJ, Emy (dia xcident dilanggar keta selepas pulang ke rumah hr ke3-mujur Allah selamatkan nyawanya, berkat baca doa perlindungan) & Shafiq (songkok tuh..berkabung lagi nampaknya)

11.susana damai, hening tepi pantai lepas subuh-hr ke3


12.sedang 'warming up' sebelum naik bukit

13.sedang naik bukit dgn semangat..ada beberapa peserta tak join sebab sakit kaki..abg fairuz pun tak naik..jantung

14.tengah2 panjat tu, sempat lagi posing tuh...nasib baik tak da entiti lain menumpang bergambar

15.ust terangkan hubungan alam dgn kita dan Penciptanya, tugasan diberi-amek satu objek alam kaitkan dengan dgn kita dan organisasi


16.jalan turun-curam nyer...tok penghulu pulak jatuh gedebuk..mcm nangka busuk daaa...he he..

17.dua peserta glamer; sorang single, sorang lagi dah kahwin dah ada anak umur 1 tahun lagi..macam tak caya kan? tulah hikmah kahwin muda ni...

18.jauh menung tu tok penghulu..mikir masa depan ker?

19.hai penghuluwati, khusyuk nampak... ingat abg kat rumah ker?


posing manja dari abg Rashid

20.(sesi ni guna kaedah 'coaching')meluahkan dari dalam membawa keluar (inside-out). foto dibawah bro Fairuz yg mengidap sakit jantung, sedang menitiskan air mata ketika bercerita, sebak di dada apabila menceritakan sungai kehidupannya kepada para peserta. Ramai yg lain juga turut sebak. "part" yg paling menyentuh emosiku ialah apabila dia menceritakan yg sayangnya dia pd arwah ayahnya, hingga setiap kali nak makan dia akan letakkan satu pinggan kosong disebelahnya seolah2 ayahnya masih hidup..tanda kasih anak kepada ayah..part 'action planning'(Will Do), dia lukiskan burung terbang, bermakna dia mahu bawa terbang keluarganya ke daerah yg lebih baik dan bahagia. dimulakan dengn buat Haji dulu. moga bro.fairuz terus menyalurkan pahala buat ayahnya...amiin

21.peserta2 sedang menerima amanat terakhir dr Ust Rajab sebelum bersalam, berpeluk & berpisah


feedback yg kami terima dr bos HR Damansara Asset adalah sangat positif. ada yg pada awalnya tidak mahu hadir, akhirnya mengucapkan terima kasih kerana telah memaksa mereka untuk hadir. tiada ucapan yg lebih membungakan hati kami selain dr ucapan tersebut..alhamdulillah Kau jualah yg banyak membantu Ya Allah.... hati2 manusia semuanya Kau yg pegang Ya Allah...jika ada usaha kami yg setitik, sedikit ini diterimaMu, maka Kau lautkanlah Ya Allah...Amiin..

Thursday, February 18, 2010

opis baru di sri gombak






hari ni kemas2 pejabat baru di sri gombak, kongsi2 dengan kawan2..taklah besar mana, tapi puas sebab tanpa buat pinjaman, alhamdulillah Allah permudahkan urusan menyewa pejabat sendiri...moga ini adalah titik permulaan sebuah bisnes yg gilang-gemilang. biarlah permulaan ni simple je. tak de pape lg. harta syarikat yg pertama adalah laptop Lenovo je. alhamdulillah. pas ni kena beli printer lak.aku setkan mind ku spt yg diajar oleh Dr Maryam Chin, "By June, aku telah memiliki RM100k, yes I am"...mmmmm moga Allah mudahkan.
gambar atas tu partnerku Norshamsul
harta pertama syarikat laptop lenovo

Wednesday, February 17, 2010

lelaki bahagia bila diulit, dipicit2,diurut2- wanita bahagia bila di'ayat power' oleh lelaki



Pada sabtu dan ahad lepas 13-14 Feb 2010,INSIDEOUT SOLUTION (syarikatku) telah mengendalikan program keluarga bahagia asnaf zakat selangor yg sulung pada tahun ni bersama Dr Yusri di lembah azween, ulu langat. banyak ilmu yg ku pelajari dari Dr Yusri ni. orgnya low profile je.

hakikat kejadian adam & Hawa mampu memberikan kebahagiaan rumahtangga. Adam a.s dijadikan dr tanah. tentulah jika kita hendak membntuk sesuatu menggunakan tanah liat maka tangan kita akan memicit-micit, mengguli-guli tanah tersebut. begitulah jugalah hakikat Adam dijadikan oleh Allah. kita lelaki ni, sangat2 suka apabila ada org yg memicit-micit badan kita, melayani kita dengan menggosok-gosok tubuh kita dengan lembut dan mesra terutama isteri kita. tidak hairanlah kalau lelaki yg garang dan ganas sekalipun akan terkulai apabila ada wanita yg memicit-micit tubuhnya dengan lembut. lihat sahaja masyarakat kita yg gemar ke rumah2 urut, hanya untuk mendapatkan sentuhan ajaib seorang wanita. ini banyak terjadi apabila perkhidmatan ini tidak terdapat di rumah sendiri. isteri seringkali merungut penat setelah seharian bekerja di pejabat,pulang kena mengasuh anak2 dan mengurus rumah pulak, jadi masa kualiti untuk suami sudah tidak ada. layanan bukan seperti di dalam syurga lagi, malahan seperti di neraka. tu pasallah si suami suka lepak di kedai kopi yg ada pelayan cantik yg lembut bahasanya, menghidangkan air minuman dengan senyuman mesra. kalau di rumah, isteri akan berkata, "abg kalau haus pergilah amek sendiri dalam peti sejuk tu, saya dah bancuh td lagi, saya sibuk ni nak tukar lampin anak ni..." maka si suami akan tarik muka semacam je...baik aku pergi minum kat kedai minah tu...layanan tip top. tulah kisah lelaki bila tak dapat belaian si isteri.mana nak bahagia rumahtangga?

kisah Hawa pula macamna? semasa Adam sedang keseorangan di syurga, maka dia telah terlihat sepasang burung sedang berdua-duaan memadu kasih. maka terdetik dihatinya untuk memiliki pasangan hidup. syurga tanpa pasangan hidup adalah tak dak maknanya. tu sebab org lelaki ni payah nak menduda lama2. tak wujud pun persatuan bapa tunggal malaysia..kubur isteri masih merah, dah nak cr penggantinya. hakikatnya,lelaki sunyi tanpa wanita disisi menemani. maka, adam pun menyeru-nyeru temannya kepada Allah, maka Allah telah mengambil tulang rusuknya untuk menjadikan Hawa. dekat dengan hati Adam untuk disayangi. bukan dari kaki untuk diinjaki, bukan juga dari tangan untuk ditangan-tangani.

itulah sebab utama wanita akan bahagia apabila suaminya pandai menuturkan kata-kata manis dan puji-pujian yg ikhlas. biar tak kaya tapi kaya budi bahasa dgn 'ayat2 power'. agaknyalah reason org bangla ni menang dengan lelaki tempatan dlm mengurat wanita2 melayu bila ada ayat power ni,"adik manis....boleh abg ikut? cantiknya adik ni..boleh abg temankan?" lelaki2 Lombok yg berjaya melarikan wanita2 Melayu, bukan ada duit pun, tp berjaya memikat hanya berbekalkan ayat2 power. belajarlah dr filem2 hindustan, pasti banyak ayat power ni dipelajari. terbuktikan? wanita bukan mahukan kekayaan, tapi kebahagiaan dari lelaki2 yg tinggi budi bahasanya. (tp sekarang ni kebanyakan 'P' dah pandang harta dah....) belajarlah puji isteri, bila masak sedap ke tak sedap ke, ucaplah "terima kasih sayang masak hr ni sedap, abg makan kat mana2 restoran pun tak sesedap yg ayang masak hari ni..." tengoklah seyum lebar diwajah isteri kita tu... barulah service dia akan lebih hebat lagi kt kita nanti. ni tak, bila isteri masak sedap tak pernah puji, bila masin sikit, kutuk je pandai, "lori garam mana pulak yg terbalik ni?" hai..si suami belajarlah memuji, bila dia pakai baju lawa pujilah sikit, "cantiknya isteri abg hari ni..." nilah Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga-acuan Adam & Hawa

anak2 lelaki kita pun macam tu gak, nak tidurkan, kejutkan dia kena picit2 urut2, baru dia lena dan terjaga. anak perempuan nak suruh dia bangun pagi, puji2 dia, katakan padanya, "hai tuan puteri bangunlah sayang...", "cantiknya anak papa hari ni...."

biarlah bab2 dunia ayah yg didik anak2 lelaki, dia akan kagum dengan kita. bab akhlak, adab dll si ibu yg kena ajar. realitinya, kita tengok hr ini, anak2 lelaki tidak menjadikan ayahnya idola mereka sebab ayah2 ni sibuk cr duit je, tk luangkan masa mengajar anak2 lelakinya perkara2 dunia, cara bawa motor ke, bertukang ke dsb.
wallahu a'lam bissawab

Friday, January 8, 2010

kisah Imam Hasan Al-Basri & 3 pemuda malang

Dalam kesibukan kita ghairah merancang dan menentukan budget tahun baru ini janganlah kita terlupa tentang panduan asas konsep rezeki. Sesungguhnya takdir setiap manusia telah ditulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum manusia itu dijadikan lagi. Justeru, persoalan mengenai rezeki (termasuk jodoh), ajal maut, amalan hidup dan nasib bukanlah pilihan bagi kita makhluk yang diciptakan untuk menentukannya.
Ianya diceritakan secara jelas dalam satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a, tentang kejadian manusia yang dikumpulkan di dalam rahim ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap lapan puluh hari maka terbentuklah segumpal darah beku. Apabila genap 120 hari kali maka segumpal darah tadi akan bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu rezeki, ajal maut, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. (Rujuk Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Jika demikian semuanya telah ditetapkan, di manakah ruang kita sebagai seorang hamba atau makhluk?
Jawapannya ialah Allah tidak bersifat zalim. Walaupun qada’ telah ditetapkan tetapi manusia dikurniakan tools yakni DOA memohon kepadaNya dan berikhtiar untuk merubah ketetapan tersebut. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Tirmizi: “Tidak boleh dihindarkan Qada melainkan dengan DOA”. Ikhtiar dengan bekerja tetap perlu dilakukan bukan hanya semata-mata berdoa sahaja. Berusaha secara physical untuk mencapai matlamat hendaklah seimbang dengan doa, zikir dan selawat kepadaNya.
Amalan DOA merupakan hak kita sebagai hamba dan hak Allah adalah sebagai pemberi rezeki atau analoginya sebagai penjaga khazanah harta. Justeru, berdoa dan berzikir disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh merupakan amalan lengkap ikatan hubungan antara Khaliq dan Makhluk – Pemberi dan Penerima.
Berdoa dan berzikir sebagai amalan dalam mencari rezeki telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah.
Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati. Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan beristighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.
Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian datang pula seorang lelaki mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata "Banyakkanlah isthighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.
Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan isthighfar memohon ampun kepada Allah.
Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza. " Beliau menjelas, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah dalam Al-Quran :
Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?" (Surah Nuh : Ayat 10-13).

Melihat kepentingan doa, zikir dan selawat sebagai salah satu amalan dalam mencari rezeki, syarikat Fourth Screen Sdn Bhd (FSSB) telah menerbitkan satu album bejudul “Rahsia Amalan Businessman”. Album ini merupakan kompilasi pilihan doa, zikir dan selawat magnet rezeki yang disampaikan secara berlagu oleh bekas vokalis Nordin Jaafar.

Idea penerbitan Album Rahsia Kejayaan “BUSINESSMAN” ini muncul hasil daripada berita dan cerita yang sering terpampang di dada akhbar yang menyatakan headline panas seperti “Peniaga Kena Pukau”, “Artis Di Sihir”, “Anak Saman Bapa”, “Guna Bomoh Nak Cepat Kaya” dan lain-lain lagi. Jika diamati secara mendalam kita dapati bahawa masyarakat kita tidak memahami konsep rezeki. Ramai yang menggunakan jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Ini kerana mereka terlupa bahawa Allah lah yang memberi rezeki dan hanya kepadaNya sahaja tempat kita bermohon.
Vokalis album, Nordin Jaafar berkata, “ Album yang memuatkan 31 trek ini merupakan kompilasi doa , zikir dan selawat secara berlagu. Jadi ianya mudah dihafal dan mudah dijadikan amalan seharian “. Album ini juga memuatkan satu lagu single berjudul “Alastu Birobbikum” yang bermaksud “Tidakkah Aku Ini Tuhan Kamu?”. Disamping itu, album ini turut menampilkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara murattal oleh Juara Akademi Al-Quran 2, TV9, Saudara Anuar Hasin.
Untuk keterangan lanjut mengenai album ini boleh melawat laman sesawang http://amalanbisnes.com . “Album ini akan dijual dengan harga promosi RM27 sahaja sempena menyambut Awal Muharram dan tahun baru 2010. Selain dapat memuat turun album doa zikir, para pelanggan juga akan mendapat ebook berkenaan fadilat amalan doa, zikir dan selawat dalam album sebagai bonus pembelian”, terang Shaharuddin, Penerbit Eksekutif, FSSB.
Apapun jua, tujuan utama keseluruhan penerbitan album berpaksi pada hasrat murni untuk menambah kesedaran di kalangan masyarakat mengenai konsep rezeki dan cara amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam mencari keberkatan harta yang diperolehi. Amal jangan tak amal.

Wednesday, January 6, 2010

buat bisnes kad IOS

draf pertama bisnes kad

Malam td pergi rumah baru Fairuszainal..minta tolong dia buatkan aku bisnes kad, logo company ku..amacam cun tak dia buat? bagi aku teramat puas hati. inside-out ni maksudnya jika kita nak berubah, berjaya kena mula dari dalam..hati kena baik. Allah sebut dlm Q Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri nak berubah..maknanya kena ada kesedaran dari dalam diri sendiri. org lain tidak mampu mengubah kita betul tak? adik aku berhenti merokok pun hasil kesedaran dalamannya jugak. puas aku paksa selama ni pun tak berjaya pun berhenti..kena dipecahkan dari dalam, kesedaran dalaman jugak.. aku tertarik dengan kata2 hikmah ni.."EGG BROKEN FROM OUTSIDE FORCE........A LIFE ENDS. IF AN EGG BREAKS FROM WITHIN.......LIFE BEGINS." tu sebab TAGLINE syarikatku ini diberi dengan "CHANGE FROM WITHIN".
Aku pilih bekgraun putih tidak berkerawang sebab tu warna aura aku...putih (nampak serius dlm bisnes skt). warna hitam adalah sisi gelap insan yg perlu di'polish' menjadi putih. warna unggu sebab nampak sejuk, ceria, santai. bentuk piramid (bukan illuminati ye) adalah lambang ketahanan, keutuhan dan pengekalan. tengok saja mumia di simpan dalam piramid beribu tahunnya tahan, tubuh firaun tak hancur2. begitulah simboliknya syrikat yg ku bina dengan 'zero' modal, moga2 tahan lama hayatnya..walaupun aku sudah tiada lagi..amiiin.
tengah2 tu huruf 'I' = Inside,
'o' yg kt atas tu stands for 'Out'. 'I' tu kira macam satu tiang tengah yg menyokong bentuk piramid=maksudnya tiang agama= solat dijaga, lambang bulat 'O' maksudnya kesyumulan konsep Islam yg digunapakai dalam training. ZAKAT dibayar dan tidak terlalu mengagungkan teori barat yg kebanyakan trainers lain gunapakai. Pendapatku, teori barat boleh guna, tp tidaklah sampai tahap terlalu mengagungkannya, indeed, sedangkan teori yg ditulis oleh org barat tu kebanyakannya diorang cedok dr perspektif Islam juga.
huruf 'S' bentuk magnet= 'Solution' tu memang niatnya nak menarik duit, hidayat, klien, networking dsb dr arah kiri dan kanan sebab dari atas dan bawah itu kita minta kt Allah untuk turunkan dr langit dan keluarkan dr bumi...arah kiri n kanan tarik dari manusialah....
Sebelum pilih nama ni banyaklah nama lain yg dicadangkan, ABBY GLOBAL RESOURCES lah, INSIDE-OUT GLOKAL RESOURCES lah.. tp yg aku rasa ok dan tak poyo, nama di ataslah. partner aku NorShamsul pun setuju alhamdulillah... hope usaha kami ini diberkati Allah, moga lepas ni akan menjadi insan yg dapat membuat zakat pulak...amiiin.

Monday, January 4, 2010

terharu melihat anak yg sudah memasuki tadika-Husna Nayli


HARI ini 4.1.2010 (Isnin) adalah hari bersejarah dalam hidupku. anak sulungku Husna Nayli telah memasuki alam persekolahan tadika di Antara Gapi (Kemas) seawal umur 5 Tahun. salah satu sekolah tadika kemas yg terbaik prestasinya di Hulu Selangor. Terharu melihat dia kini sudah besar dan telahpun mendapat kasih sayang papa dan ummi secukupnya, alhamdulillah. ku perhatikan, terpapar riak muka yg bercampur baur dengan ketakutan dan keterujaan di hari pertamanya, namun dapat diatasi dengan kehadiranku di sana. Anakku, papa doakan dikau belajar menjadi bijak dan mulia..amiiin.

Husna (tudung hitam) tengah beratur dan diajar oleh gurunya (sedang berjlan tuu..) cara beri salam
Husna dengan Nabil Hakim.Mereka berdua ni, setiap hari bercerita mengenai persekolahan. teruja tahap gaban. siap beli beg dah si nabil u beg ultraman max

2010 welcome in peace!

salam tahun baru 2010. tahun yang ku kira permulaan kepada sebuah kehidupan yg lebih meyakinkan dan penuh keberkatan. tahun inilah aku mula mengorak langkah menjadi bisnesman yg ada syarikat sendiri..ia walaupun hanya enterprise namun sebuah permulaan untuk mendapatkan keyakinan penuh kepada Allah yg Dia sahaja penolong dlm urusan rezekiku dan keluargaku. alhamdulillah isteriku faham dengan tindakanku berhenti dari UMCCed dan menolak tawaran kerja sebagai senior executive di KFC yg bergaji RM3,500.00 sebulan. inilah satu permulaan kejayaan dari sebuah kehidupan yg mencabar. amiin