biodata

Friday, October 16, 2009

PSMB 2009 CONFERENCE-pameran terakhirku

hari pertama di booth UMCCed pada 13/10/09. Tiga jejaka ditugaskan menjaga booth, aku, Iftitah dan Zahari. booth kami bertentangan dengan booth MECSc-training provider khusus bhg cleaning...first time aku dengar bisnes training mcm ni...

tuuu dia baik punya muncung zahari menerangkan produk short course pada participants yg berkunjung ke booth kami..nasib baik tak berbuih mulut he he...hari pertama je lebih kurang 100 org datang ke booth kami




ni part aku lak..menerangkan produk diploma eksekutif dan coaching


Iftitah tak melepaskan peluang menerangkan produk UMCCed..baguih dia ni walaupun part time tapi dah boleh bg penjelasan yg mantop..keep it up a good job Iftitah....walaupun demam digagahkan juga datang sebab dapat makan free....yee haaa

ni 2 org sahabat lama dr Akademi Aidit SB..Azmil dan Izhan..aku pernah bertugas di syarikat ini 5 tahun sebagai konsultan dan trainer..nilah sekolah terbaik ku...

" dia datang dengan senyum simpulnya....." Datuk Subramaniam....merasmikan pameran PSMB...hensem gak org tua ni....




nilah booth kami

2 wanita yg mengunjungi kami dari booth sebelah jer..amacam cun tak?
Datuk S ni sedang mengunjungi semua booth ada....adalah keje sikit, nantikan tak capai KPI pulak...

nasib baik sempat ambil gambar aku tengah salam dgn Datuk S ni...

ni lagi best bergambar dengan Michael A. Potter...one of the speakers...(aku pun tak kenal dgn org tua ni...)


hari kedua 14/10/09, ada tambahan staf Azman dan Balqis..zahari tak datang ada training di UMCCed

en. Zam "Jamal" - 'Head bhg Transportation' sedang bergaya dengan spek hitamnya...dengan timbalannya en. Zulkarnain

ni Y.Bhg. Datin Paduka Dr Hjh Sharifah Mazlina- wanita Muslimah yg berjaya menawan kutub utara...baguih dia ni... dia kata kat sana nak kencing pun payah kena buang najis kita dalam tong yg disediakan..tak boleh main tabur je kat mana-mana, walaupun tempat tu tak dak manusia
sempat bergambar bersama 2 awek cun dari CEC-UTHM..ha ha yg tepi sekali tu aku tak kenal..tah sapa tah tiba2 menyelit..rupa2nya sama tempat keje dengan awek2 cun tu

program tamat lebih kurang pukul 5.30pm

Monday, October 12, 2009

RASA

ketika di open house rumah Amin Inteam- seorang yg tawadduk


”Hei hang Jebat, lebih baik kau turun, kalau kau tak mahu turun, kau tunggu situ sampai aku datang. Engkau sudah tahu, berapa lama aku tunggu kau Jebat.....ni pun ada RASA NAK TERKENCING, ku tahan Jebat. Masuk ni dah tujuh kali!!!”

Begitulah lebih kurang bunyinya bait-bait skrip yang sudah melekat di minda kita, dari filem seniman agung P.Ramalee dalam filem Seniman Bujang Lapok.
Dalam hidup kita, fitrah yang dijadikan Allah SWT, setiap perkara yang kita buat mesti bermula dengan ”RASA”. Orang yang tidur, mesti ada rasa mengantuk sebelum tidur. Pernah ke kita berjumpa dengan orang yang tiba-tiba je tidur tanpa ada rasa mengantuk? Setidaknya tanda nak tidur telah kelihatan seperti menguap, mata menjadi ”Stim”, dan cakap pun dah merapu, tidak fokus.

Begitu juga dengan makan minum, signal yang Allah jadikan sebelum makan dan minum adalah RASA lapar dan haus. NABI pesan makan sewaktu kita lapar. istibrok (kencing) atau berak mesti ada RASA sakit perut dahulu bukan?
CUBA senaraikan perbuatan kita yang tidak dimulakan dengan RASA. Ada tak? mungkin tak da kot...
Begitu juga MATI mesti kena ada RASA nak mati..Alim ulama dulu macam dah dapat RASA nak mati...NAK DAPAT ilmu ini kena melalui amalan soleh kita...So, perbanyakkan amalan soleh supaya kita dapat merasakan saat2 terakhir sebelum kita hendak dijemput oleh Allah...
Satu ketika ibn Umar r.huma pernah bertanya kepada Nabi SAW, siapakah org yg bijak wahai nabi? Nabi SAW bersabda: aktharuhum lilmauti zikra, wa asyadduhum isti'daa dallahu ulaa ikal akyaas (ibn Majah) (mereka yg bijak ialah) mereka yg memperbanyakkan mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk mati-itulah mereka yg bijak)
Teringat kepada peristiwa gempa bumi yg berlaku di dalam dunia ini sekarang ni..apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian sebegini yg datang secara tiba2 tanpa ada amaran...? Jadi dengan membanyakkan amalan soleh cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita, insyaAllah, Allah akan menganugerahkan ilmu 'RASA' nak mati ini kepada kita...wallahu a'lam

Tuesday, October 6, 2009

pelanduk 2 serupa

foto aku dengan fairuszainal, PR Inteam masa 1st time join Raihan.
foto di bawah ini adalah insan yg lain dr individu di atas..adik beradik kembar, ibu lain-lain, bapa tak sama. namanya Razlan, keje di Syariah Appliances KFC. foto ini aku ambil masa dijemput oleh IPPJ untuk isi slot pgem bina insan QSR Brands 2009 di Johor. aku di amanahkan mengendalikan slot Pengurusan stres dan Senaman Qi Gong (sebutannya chi kong). Sudah setahun aku dijemput untuk itu dan alhamdulillah feedbacknya bagus sekali.
kita semua meyakini bahawa ada lebih kurang 7 org yg serupa dengan kita di dunia mengikut perubahan usia kita. gambar di atas adalah salah satu contohnya..yg herannya, cara bercakap kedua2 insan di atas keakan serupa, kelembutan berbicara, janggut, jerawat, cara senyuman saling tak tumpah..apatah lagi kebaikan jiwa yg mereka miliki...apakah kita semua sudah berjumpa kesemua 7 org yg dikatakan itu..atau mungkin lebih dr 7 org.
saya sudah ketemu..org mengatakan kembar saya adalah Tom Cruz..ha ha ha...marilah kita cuba berusaha mencari seramai mungkin kembar seiras kita..jom jom jom

Show aidulfitri 09' & Open House sana sini

Pada hari Ahad lepas 4/10/09 pukul 11.30am, AJK Masjid Ubudiah telah menjemputku menghiburkan tetamu2 yg dtg ke Open Masjid di Cheras. alhamdulillah ramai yg datang..memang meriah, PA system pun ok..mulanya tak pasang moniter, aku request engineer tu supaya pasang..maklumlah penting moniter ni..Ifa Raziah pun tak akan nyanyi kalau tak de moniter..apatah lagi artis2 yg ada nama besar...


tuuu dia, berpusu-pusu org datang amek makanan dan minuman

aku mulakan dengan lagu Assalamualaikum, dr Raihan
sebanyak 9 lagu aku dendangkan kepada pengunjung termasuklah 1 lagu raya, Ceria Syawal..nyanyian Kumpulan Alarmme & Ideal..bolehlah dengar kt dlm YouTube... ada lagu Ceria Syawal

penutup aku nyanyi lagu Ayah & Ibu..show tamat dekat2 nak pukul 1...alhamdulillah syukur mereka puas hati..kata pengerusi masjid..ini 1st time panggil artis hiburkan tetamu..nasib baiklah imam kat situ sporting
nilah pengurus aku yang dulu, Ust Razis..(elok dibuang istilah 'ustaz' tu) sebelum aku menyedari penipuannya yg menjijikan. sapa2 yg berjumpa dengan dia ni kena hati2, sebab dia telah terlibat banyak kes penipuan termasuk duit org masjid. dia dah beberapa kali masuk paper metro kes penipuan duit umrah dan macam2 lagi. pernah dipenjarakan. aku pun dah kena tipu dengan dia..takpa aku nak tengok tarian sumbang dia dulu...si razis ni dia guna kehenseman dia untuk pikat wanita..berapa ramai wanita & isteri dia tertipu..aku sendiri jumpa isteri ke3 dia yg sedang mengandung ditinggalkan tanpa nafkah dan 2 org anak masih kecil dibiarkan kerinduan... sekarang tengah diburu oleh polis dan JAIS..aku yakin tak lama lagi dia akan disumbat ke dalam bilik besi.ni Open House di rumah abg Karim dan Kak Zamharira..tengah kyusuk si Razis tu baca doa selamat (..dalam hati macamna nak kencing tuanrumah ni agaknya...)

malamnye pulak ada OH kt rumah pengasuh Husna, Nabil & Hanzalah kat Antara Gapi. makan lauk sambal tempoyak...serious sedap..lama dah tak makan..arwah mak aku je yg selalu masak dulu
haa ni gambar "abah" anak2 aku... baik nyer posing


nilah lagu ceria syawal tu

Monday, October 5, 2009

puasa 6, I'm coming


6 days fasting in Syawal is the best yardstick for our iman. when people are freely eating and drinking at the open house, we are trying to abstain ourselves from doing the same thing. hope that my iman will get the best KPI by starting my 1st day today...May Allah let me be the best in my amal with ikhlas...amiiin

Thursday, October 1, 2009

show Raihan di Kanada Julai '06-kongsi foto

baru sampai kt airport Kanada

abg Amran malu2 lak bila ambil gambar dia..nyampah!! masa ni memang boring giler nunggu lama nak ke flight seterusnya

tpt ni ramai artis internasional popular dah buat show termasuk Raihan

rehersal bila sampai di Kingswood Music Theatre

bergambar lepas show bersama peminat2 Raihan
syurga tempat membeli barang2 elektronik murah2 harga seperti kamera, handy cam dsb. aku sendiri beli kamera pentax dan handy cam DVD Hitachi. murahlah sikit dr Msia

unik juga bus stop kt sini

pasaraya macam Tesco..harga tak lah murah sangat kalau convert duit kita

ni kat rumah peminat Raihan, org Tunisia tp kahwin dgn org Kanada masuk Islam..lagi bagus akhlak dia dr org yg dah lama masuk Islam. tu anak yg bongsu..asyik2 sebut nama abg Nazrey jer..sebab tahun sebelumnya Nazrey yg datang bukan aku...so dia nak nazrey gak...layan jelah..tu tengah makan aiskrim organik halal..tuan rumah yg buat, maju bisnes dia ni.anak2 perempuan dialah bertungkus lumus memasak dan potong buah2an,cuba tengok mangkuk buah tembikai susu yg bakar pegang tu. cantikkan? mereka teruja Raihan nak datang rumah tu

ni classroom, ibunya ajar anak2 dr kecik sampai besar, tak percaya anak2 dia jika dihantar ke sekolah luar..takut jd rosak..aku respek dgn mak dia ni...complete classroom

teaching tools, wow!!

cun tak anak2 dia ni?ada 5 orang semuanya, seorang je lelaki, Arab + Kanada. gambar mak diorang kat tepi sekali. pemalu diorang ni macam org melayu pulak

3 org ni yg banyak masa bersama Raihan..yg tepi sekali tu Maulana yg ada sekolah Islam sendiri..baik orgnya..pergi makan kat rumah dia..ada keta baru MPV besar Nissan..Msia tak ada lagi..namanya tak ingatlah pulok

keluarga Singapore yg dah jd macam famili Raihan..very supportive


show live kt rumah abang spore tu...macam2 alat muzik digunakan..anyway happening


keluarga besar org2 Msia yg bermastautin di Kanada
trip to berry's farm-pluck and eat on the spot for free- konsep sedekah lah ni agaknya, if bring out have to pay lah!!

Mydin's xtended famili in canada- unplugged show


time to go proceed to Trinidad & Tobago..just wait for the xcitement moment at T & T. i will upload more pics. insyaAllah...tungguuuu.....