Monday, August 22, 2016
Monday, October 26, 2015
Monday, September 15, 2014
kehidupan taman terindah
Suatu hari, aku bertanya kepada guru
Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali ke belakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..
Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"
Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemuinya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah.
Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali ke belakang lagi..!"
Sambil tersenyum, Guru berkata :
"Ya, itulah kehidupan.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya.
Ini adalah kerana sebenarnya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."
• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.
"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita."
Allah mempergunakan kita...
وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ " . قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ : قَالَ : " يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ “
(Riwayat Ahmad)
تفسير ابن كثير
إسماعيل بن عمر بن كثير القرشي الدمشقي
(Riwayat Ahmad)
تفسير ابن كثير
إسماعيل بن عمر بن كثير القرشي الدمشقي
Dan apabila Allah menkehendaki kebaikan daripada hamba-Nya, dmempergunakannya sebelum matinya, berkata para Sahabat: Ya Rasulullah dan bagaimanakah Dia mempergunakannya?. Katanya: Allah mendorongnya melakukan amalan yang soleh, kemudian Allah mencabut nyawanya (mematikannya) dengannya (iaitu mematikannya dalam kebaikan). (Riwayat Ahmad di dalam Tafsir Ibn Katsir. Ada syarahnya dalam kitab Fathul Bari)
Wednesday, August 13, 2014
Tuesday, January 21, 2014
amalan2 perkasa & perlindungan diri
Enam
Perkasa
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ
الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اَللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اَللَّهُمَّ
اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي وَاحْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ
خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ
أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Ya Allah sesungguhnya aku
bermohon keampunan dan kesihatan di dunia dan akhirat.
Ya Allah sesungguhnya
aku bermohon keampunan dan kesihatan
di dalam agamaku, dan
duniaku, dan dalam ahli keluargaku, dan dalam hartaku.
Ya Allah tutupkan keaibanku
dan amankan ketakutanku
peliharalah daku apa
yang di depanku, dan di belakangku,
dan dari kananku, dan
dari kiriku dan di atasku aku
berlindung daripada kejahatan
di bawahku.
(Riwayat Ibn Majah)
Apabila maruah tercalar, aib terbuka di khalayak ramai, sudah
cukup menyebabkan reputasi dalam perniagaan terjejas. Orang akan hilang
kepercayaan mungkin dek fitnah yang ditaburkan. Ia ibarat menabur pasir ke
dalam periuk nasi. Dengan hanya menekan satu butang di laman sosial tanpa
disedari, mampu meruntuhkan nilai diri dan reputasi perniagaan. Justeru, dengan
pengamalan doa 6 penjuru ini, insya-Allah usahawan Muslim, ahli
keluarganya, kesihatan, maruah diri dan hartanya akan terpelihara daripada
ketakutan, fitnah, gangguan, ancaman dan serangan daripada pelbagai pihak dan pelbagai
arah serta sudut dengan pelbagai cara.
Amalan Perlindungan Diri (Musibah Tiada Lagi)
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي
الْأَرْضِ ، وَلَا فِي السَّمَاءِ ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dengan
nama Allah yang tiada sesuatu pun di bumi yang boleh memudaratkan dengan berkat
nama-Nya dan tidak juga di langit. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui.” (Riwayat Abu Dawud)
Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya sesiapa yang
membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan
ditimpa oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada
waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah secara
mengejut.
Doa Penunduk
وَسَخِّرْلِي كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ،
اَللَّهُمَّ اخْضَعْ لِى
كُلَّ مَنْ يَرَانِي
مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ
وَالطَّيْرِ وَالْوَحْشِ وَالْـهَوَامِ
MUDAHKANLAH PADAKU WAHAI TUHAN
SETIAP SESUATU DENGAN KEBENARAN
KALIMAH ‘BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM’
TUNDUKKAN PADAKU SETIAP YANG MELIHATKU
DARIPADA JIN, MANUSIA DAN BURUNG,
BINATANG BUAS DAN HAIWAN BERBISA.
Amalan
Perlindungan Diri (Sihir)
Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Laits, iaitu ibn Abi
Salim, dia berkata, “Telah sampai kepadaku, bahawa ayat-ayat tersebut adalah
penangkal daripada gangguan sihir dengan izin Allah. Ia dibacakan dalam sebuah
bejana yang diisi air kemudian disiramkan ke kepala orang yang terkena sihir.
Ayat tersebut terdapat dalam surah Yunus ayat 81, ayat lainnya terdapat dalam surah
Al-A’raf: 118-121, dan ayat 69 surah Taha.” (Tafsir Ibn Katsir,
2/427)
1. Maksudnya: “Musa
berkata: ‘Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan
menampakkan ketidak benarannya.’ Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus
berlangsung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan.”
الأعراف: ١١٨ – ١٢١
2.Maksudnya: “Kerana itu nyatalah
yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah
ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu
secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada
Tuhan semesta alam.”(121)
طه: ٦٩
3. Maksudnya: “Sesungguhnya
apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak
akan menang tukang sihir itu, dari mana sahaja ia datang.”
Amalan Perlindungan Diri (3 Qul) - Keselamatan Harta & Keluarga
a. (Surah Al-Ikhlas)
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1)
Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa
2) Allah-lah tempat bergantung (sekalian makhluk)
3)Dia tidak beranak dan Dia tidak (pula) diperanakkan
4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara (boleh dibandingkan) dengan-Nya.
2) Allah-lah tempat bergantung (sekalian makhluk)
3)Dia tidak beranak dan Dia tidak (pula) diperanakkan
4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara (boleh dibandingkan) dengan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa
membaca surah al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka
dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga.”
(Demikian diterangkan dalam Tadzikarah al-Qurthubi)
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya yang maksudnya: “Siapakah
antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangka masa 2-3 minit?” Tiada
seorang dari Sahabatnya yang menjawab. Malah Sayidina Umar telah
mengatakan bahawa ianya adalah mustahil untuk mengatam al-Quran dalam masa
begitu cepat. Kemudiannya Sayidina Ali mengangkat tangannya. Sayidina Umar
bersuara kepada Sayidina Ali bahawa beliau (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak
tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Sayidina Ali membaca surah al-Ikhlas
tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Sayidina Ali
betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10
juz kitab al-Quran. Lalu dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga
kali, maka khatamlah al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz al-Quran.
b. (Surah Al-Falaq)
Maksudnya: Dengan
nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1)
Katakanlah: Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan pemelihara subuh
2) Daripada apa-apa kejahatan yang dijadikan-Nya
3) Dan daripada kejahatan malam yang gelap
4) Dan daripada kejahatan orang-orang yang meniup-niup pada simpulan tali (tukang sihir)
5) Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia amalkan dengkinya.
2) Daripada apa-apa kejahatan yang dijadikan-Nya
3) Dan daripada kejahatan malam yang gelap
4) Dan daripada kejahatan orang-orang yang meniup-niup pada simpulan tali (tukang sihir)
5) Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia amalkan dengkinya.
c. (Surah An-Nas)
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1)
Katakanlah: Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan pemelihara manusia
2) Raja manusia
3) Tuhan manusia
4) Daripada kejahatan bisikan (syaitan) yang bersembunyi menunggu-nunggu (peluang)
5) Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia
6) Daripada jin dan manusia.
2) Raja manusia
3) Tuhan manusia
4) Daripada kejahatan bisikan (syaitan) yang bersembunyi menunggu-nunggu (peluang)
5) Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia
6) Daripada jin dan manusia.
Kelebihan Surah
al-Falaq dan Surah an-Nas.
1. Menolak
gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2. Di baca
sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan disapukan ke seluruh
badan kecuali kaki dan kemaluan, akan terhindar dari segala perkara yang buruk.
3. Di turunkan
surah ini kerana Rasulullah SAW memohon pada Allah ayat pelindung maka di
kurniakan oleh Allah Surah ini.
4. Dibaca pada
air garam dan disapu pada badan yang terkena sengatan binatang berbisa.
5. Dibaca 41
kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut-turut akan sembuh dari sihir dan santau
dengan izin Allah.
6. Jika sesat
terutama malam gelap gelita dibaca/diulang membaca surah ini akan di tunjukkan
jalan oleh Allah.
Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah SWT turunkan kepada hamba-Nya agar terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan iblis yang sentiasa menyesatkan manusia. Supaya menjadi amalan harian sebagai hamba-Nya yang berserah bulat-bulat kepada-Nya. Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya.
Monday, November 4, 2013
Amalan Perlindungan Diri (Ayat al-Kursi)
Amalan
Perlindungan Diri (Ayat al-Kursi)
Maksudnya: Dengan
nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan
tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari
ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan
bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi
lagi Maha Besar.” (Surah al-Baqarah: 255)
Kelebihan Ayat al-Kursi
1. Baca di saat keluar
rumah, 70,000 malaikat akan menjaga kita dari semua sisi
2. Baca di saat masuk
rumah, kemiskinan tidak akan turut serta masuk
3. Baca setelah berwuduk,
darjat kita akan dinaikkan 70 tingkat
4. baca di saat hendak
tidur, malaikat akan menjaga sepanjang malam
5. Baca setelah solat,
maka jarak antara kita dan syurga hanyalah kematian.
Rasulullah SAW pernah memberi tugasan kepada Abu Hurairah r.hu untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun berkat kepintaran Hurairah menyebabkan pencuri itu kemudian berjaya ditangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW," gertak Abu Hurairah. Betapa takutnya pencuri itu setelah mendengar ancaman Abu Hurairah itu, hingga kemudian dia pun merayu dan memujuk: "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka, pencuri itu pun dilepaskan. Fikirnya, bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya caranya sahaja yang berbeza. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Maka bertanyalah Baginda: "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Beliau mengeluh, "Ya Rasulullah, dia orang yang miskin, keluarganya ramai dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa beliau berasa kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya. "Dia berbohong," kata Nabi Muhammad SAW: "Malam nanti dia akan datang lagi." Oleh kerana Rasulullah SAW berkata demikian, maka kawalan Abu Hurairah diperketatkan, dan kewaspadaannya pun ditingkatkan.
Memang benar, malam itu pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti mana hari sebelumnya. Dan kali ini dia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun, "Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Dek kelembutan hatinya, Abu Hurairah berasa kasihan mendengar rayuan pencuri itu, dan kali ini dia dilepaskan lagi. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah SAW, dan beliau pun ditanya seperti sebelumnya. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah SAW menegaskan: "Pencuri itu berbohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintarannya. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri di sekelilingnya. Sudah dua kali dia dibohongi oleh pencuri tersebut. Jika pencuri itu benar-benar datang lagi seperti diperkatakan oleh Rasulullah SAW dan beliau berjaya menangkapnya, beliau telah bertekad tidak akan melepaskannya kali ini. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu kedatangan pencuri durjana itu. Beliau berasa menyesal melepaskan pencuri tersebut begitu sahaja sebelum diheret ke hadapan Rasulullah SAW? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan ku berikan kemaafan."
Malam semakin larut, suasana sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul satu bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang beliau jaga. "Wah, tepat sekali, dia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya akan ku adukan kepada Rasulullah SAW. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, namun ternyata kau berbohong lagi.” Pencuri itu merayu, ”Tolong lepaskan saya." Namun, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat tangan si pencuri itu dapat difahami, bahawa kali ini dia tidak akan terlepas lagi. Maka, dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata, "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat al-Kursi: Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai ke pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, beliau kembali menghadap Rasulullah SAW untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat al-Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah SAW sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Dia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu saya lepaskan dia," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" Tanya Nabi Muhammad SAW. Katanya: "Kalau kamu tidur, bacalah ayat al-Kursi: Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan dia katakan pula: Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Mendengar cerita Abu Hurairah itu, Nabi Muhammad SAW berkata: "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad SAW bertanya pula: "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu setiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)