biodata

Tuesday, January 21, 2014

amalan2 perkasa & perlindungan diri

Enam Perkasa

 اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي وَاحْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Ya Allah sesungguhnya aku bermohon keampunan dan kesihatan di dunia dan akhirat.
Ya Allah sesungguhnya aku bermohon keampunan dan kesihatan
di dalam agamaku, dan duniaku, dan dalam ahli keluargaku, dan dalam hartaku.
Ya Allah tutupkan keaibanku dan amankan ketakutanku
peliharalah daku apa yang di depanku, dan di belakangku,
dan dari kananku, dan dari kiriku dan di atasku  aku
berlindung daripada kejahatan di bawahku.
(Riwayat Ibn Majah)

Apabila maruah tercalar, aib terbuka di khalayak ramai, sudah cukup menyebabkan reputasi dalam perniagaan terjejas. Orang akan hilang kepercayaan mungkin dek fitnah yang ditaburkan. Ia ibarat menabur pasir ke dalam periuk nasi. Dengan hanya menekan satu butang di laman sosial tanpa disedari, mampu meruntuhkan nilai diri dan reputasi perniagaan. Justeru, dengan pengamalan doa 6 penjuru ini, insya-Allah usahawan Muslim, ahli keluarganya, kesihatan, maruah diri dan hartanya akan terpelihara daripada ketakutan, fitnah, gangguan, ancaman dan serangan daripada pelbagai pihak dan pelbagai arah serta sudut dengan pelbagai cara.

Amalan Perlindungan Diri (Musibah Tiada Lagi)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ ، وَلَا فِي السَّمَاءِ ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun di bumi yang boleh memudaratkan dengan berkat nama-Nya dan tidak juga di langit. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Riwayat Abu Dawud)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya sesiapa yang membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan ditimpa oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah secara mengejut.

Doa Penunduk
وَسَخِّرْلِي كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ،
 اَللَّهُمَّ اخْضَعْ لِى كُلَّ مَنْ يَرَانِي
 مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالْوَحْشِ وَالْـهَوَامِ

MUDAHKANLAH PADAKU WAHAI TUHAN
SETIAP SESUATU DENGAN KEBENARAN
KALIMAH ‘BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM’
TUNDUKKAN PADAKU SETIAP YANG MELIHATKU
DARIPADA JIN, MANUSIA DAN BURUNG,
BINATANG BUAS DAN HAIWAN BERBISA.



Amalan Perlindungan Diri (Sihir)

Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Laits, iaitu ibn Abi Salim, dia berkata, “Telah sampai kepadaku, bahawa ayat-ayat tersebut adalah penangkal daripada gangguan sihir dengan izin Allah. Ia dibacakan dalam sebuah bejana yang diisi air kemudian disiramkan ke kepala orang yang terkena sihir. Ayat tersebut terdapat dalam surah Yunus ayat 81, ayat lainnya terdapat dalam surah Al-A’raf: 118-121, dan ayat 69 surah Taha.” (Tafsir Ibn Katsir, 2/427)


1. Maksudnya: “Musa berkata: ‘Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya.’ Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan.”
 الأعراف: ١١٨ – ١٢١

2.Maksudnya: “Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam.”(121)
 طه: ٦٩
3. Maksudnya: “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana sahaja ia datang.”
Amalan Perlindungan Diri (3 Qul) - Keselamatan Harta & Keluarga
a. (Surah Al-Ikhlas)

Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1) Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa

2) Allah-lah tempat bergantung (sekalian makhluk)

3)Dia tidak beranak dan Dia tidak (pula) diperanakkan

4) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara (boleh dibandingkan) dengan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga.” (Demikian diterangkan dalam Tadzikarah al-Qurthubi)
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya yang maksudnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam al-Quran dalam jangka masa 2-3 minit?” Tiada seorang dari Sahabatnya yang menjawab. Malah Sayidina Umar telah mengatakan bahawa ianya adalah mustahil untuk mengatam al-Quran dalam masa begitu cepat. Kemudiannya Sayidina Ali mengangkat tangannya. Sayidina Umar bersuara kepada Sayidina Ali bahawa beliau (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Sayidina Ali membaca surah al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Sayidina Ali betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab al-Quran. Lalu dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka khatamlah al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz al-Quran.
b. (Surah Al-Falaq) 
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1) Katakanlah: Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan pemelihara subuh

2) Daripada apa-apa kejahatan yang dijadikan-Nya

3) Dan daripada kejahatan malam yang gelap

4) Dan daripada kejahatan orang-orang yang meniup-niup pada simpulan tali (tukang sihir)

5) Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia amalkan dengkinya.

c. (Surah An-Nas)

Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1) Katakanlah: Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan pemelihara manusia

2) Raja manusia

3) Tuhan manusia

4) Daripada kejahatan bisikan (syaitan) yang bersembunyi menunggu-nunggu (peluang)

5) Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia

6) Daripada jin dan manusia.

Kelebihan Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.

1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan disapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan, akan terhindar dari segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan surah ini kerana Rasulullah SAW memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Dibaca pada air garam dan disapu pada badan yang terkena sengatan binatang berbisa.

5. Dibaca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut-turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita dibaca/diulang membaca surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.


Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah SWT turunkan kepada hamba-Nya agar terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan iblis yang sentiasa menyesatkan manusia. Supaya menjadi amalan harian sebagai hamba-Nya yang berserah bulat-bulat kepada-Nya. Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya.