biodata

Monday, September 24, 2012

Siapa dia “Syaikh” Nasiruddin al-Albani?


“Syaikh” Nasiruddin al-Albani telah mengejutkan masyarakat dalam beberapa bulan terakhir ini dengan fatwa sesatnya yang sangat jauh dari ajaran-ajaran syariat Islam dan sangat berlawanan dengan pokok-pokok dan hukum-hukum agama Islam.

Asy-Syaikh al-Muhaddis Abdullah al-Ghimari, ulama ahli hadis dari Morroco. Dia mengatakan, “Al-Albani tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam menetapkan nilai suatu hadis, baik sahih ataupun daif.” 

Beliau juga menyatakan, “Itulah kadar keilmuan al-Albani, dia mengubah hadis-hadis dengan sesuatu yang tidak boleh menurut ulama hadis. Ia mendaifkan hadis sahih dan mensahihkan hadis daif. Apa yang dilakukan al-Albani ini adalah perbuatan orang yang belajar hadis tanpa melalui ulama hadis. Al-Albani tidak lebih dari sekadar membaca kitab sahaja. Dia menyangka bahawa dengan kitab sahaja, tanpa bertemu langsung dengan guru hadis, dia akan dapat memperolehi ilmu. Sedangkan kita tidak pernah mendapatkan biografi seorang ahli hadis yang boleh menjadi ahli hadis hanya dengan buku sahaja tanpa mendatangi guru-guru hadis dan mendengarkan hadis-hadisnya... Orang yang mahu memeriksa buku-buku al-Albani dan dia memiliki ilmu serta jauh dari sikap kebodohan pasti akan mengetahui dengan jelas bahawa al-Albani lemah dalam ilmu hadis, baik matan mahupun sanad.”

Al-Muhaddis Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani, ulama ahli hadis Saudi Arabia sekaligus guru para ulama hadis di Timur Tengah. Ulama yang keturunan Sumatera Barat, Indonesia ini mengatakan, “Al-Albani adalah seorang sesat dan menyesatkan!”Dia menyatakan secara terbuka dan di hadapan ramai saksi bahawa semua orang Islam dan bangsa Palestin yang masih berada di tanah yang diduduki/dijajah wajib meninggalkan seluruh negeri itu dan menyerahkannya kepada kaum Yahudi, yang telah mengubahnya (setelah mereka menjajahnya) menjadi sebuah negeri kafir.

Albani telah menghina dan mencaci-maki para ulama muktabar dengan ungkapan-ungkapan yang tidak patut dan tidak layak seperti ucapan: keldai dungu (himar khassaf), tidak mempunyai rasa malu (waqah), sangat tolol (syiddatu humqih), sesat otaknya (dhahalatu aqlih), ketololannya teramat sangat (istifhalu jahlih), orang tolol (jahul), ahli bida’ah (mubtadi’), sesat (dhal), pendusta (kazzab) pemalsu (mumawwih), penipu (mulabbis), tidak amanah dalam agama (ghairu mu’tamin ‘ala din), kufur nikmat (kanud), orang bodoh (jahil), binasa (halik), fanatik (muta’ashshib), sangat membuta tuli (azhim ul-ghaflah), gendang yang tidak tahu apa yang keluar dari kepalanya (thabl la yadri ma yakhruj min ra`sih), seperti rengekan keldai liar di tanah lapang (ka dhartati ‘air fi al-’ara`) lihatlah kebersihannya bahkan kebusukan-kebusukannya (fanzhuru ila iffatihi bal ufunatih), dia lebih dusta dari keldaiku ini (huwa akdzab min himari hadza), dia seorang rafidi seperti keldai (rafidhi mitslu al-himar) (Rujukan: Hasan ibnu Ali as-Segaf: Qamûs Syata`im al-Albani, cet. ke-1, Dar al-Imam an-Nawawi, Amman, Yordania, 1414 H/1993 M.)

Masih terlalu banyak lagi ungkapan-ungkapan kotornya yang lain, yang mana menunjukkan kerendahan akhlaknya dan tidak layaknya dia untuk diikuti dan diambil ilmu darinya. Lihatlah, wahai para pembaca, sebenarnya dia sedang mempertontonkan aib dirinya sendiri!
Jika dia pakar ulama hadis—seperti dakwaan para pengikutnya—, maka apakah layak dirinya dipercayai dalam mensahihkan dan mendaifkan hadis-hadis Nabi SAW? Seorang perawi hadis yang makan sambil berdiri atau duduk-duduk di pinggir jalan sahaja tidak boleh diterima hadis-hadisnya, apatah lagi ini, al-Albani yang gemar mencaci-maki. (Apalagi dia sudah terbukti keceluparannya dan pembohongannya). Patutkah ulama hadis berakhlak seperti itu? Tidakkah dia mengamalkan hadis-hadis Nabi SAW tentang akhlak yang dia riwayatkan sendiri? Nabi SAW bersabda:
ليس المسلم بالسباب ولا بالفاحش ولا البذي.
“Bukan seorang muslim yang suka mencaci-maki, berkata kotor ataupun mencela.”

Dalam as-Silsilah adh-Dha’ifah jilid 3 halaman 479, dia juga merendahkan Imam as-Suyuthi dengan perkataannya, “Sungguh menghairankan as-Suyuthi ini, dia tidak mempunyai rasa malu menyertakan hadis (buruk) seperti ini dalam bukunya; al-Jami’ ash-Shaghir... (fa ya ‘ajaban li as-suyuthi, kaifa lam yakhjal min taswidi kitabihi al-jami’i ash-shaghir bi hadza al-hadis...).” 

Sunday, September 23, 2012

'SUWEY' BERSAHABAT DENGAN ORANG TAK SOLAT


Jangan memandang enteng urusan solat ini, kerana ia merupakan kecintaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Ia juga menjadi sumber kemurkaan Allah dan jenayah yang terbesar di atas muka bumi ini jika ia diremeh-remehkan, dicuaikan dan ditinggalkan. Allama Sya’rani menulis: “Hendaklah difahami betul-betul bahawa sesuatu bencana dielakkan dari sesuatu tempat yang penduduknya mengambil berat ke atas solat dan sesuatu tempat yang penduduknya melengah-lengahkan solat selalu ditimpa bencana."

Antaranya punca sukarnya memperoleh rezeki bagi anak Adam adalah meninggalkan solat. begitu juga kesannya yang dimainkan oleh orang-orang yang berada disekelilingnya yang meninggalkan solat seperti ahli keluarga, sahabat dan jiran tetanganya. Ada satu riwayat di dalam kitab Makhzan al-Waizin, pada zaman Rasulullah ada seorang lelaki mendatangi Baginda dan mengadu mengenai hal kemiskinannya. Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Mungkin kamu tidak melakukan solat.” Beliau menegaskan yang beliau bersolat dan tidak meninggalkan bahkan melakukannya bersama baginda lima waktu sehari semalam di masjid. Rasul SAW menambah, “Mungkin ahli rumahmu ada yang tidak mengerjakan solat.” Namun beliau menyatakan semua ahli rumahnya menunaikan solat. Rasulullah berkata lagi, “Mungkin ada di antara tetanggamu yang tidak melaksanakan solat.” Jawab lelaki itu, “Wahai Rasulullah, semua tetangga saya mengerjakan solat.”

Kemudian Jibrail pun datang lalu berkata, “Wahai Rasulullah, di satu jalan ada orang yang meninggal dunia dan semasa hidupnya, dia tidak bersolat. Kemudian seekor gagak mematuk tulang kecil daripada mayat itu dan meletakkannya pada pohon yang terletak dekat dengan rumah lelaki itu. Katakan padanya supaya dia mengambil dan membuang tulang itu, supaya rezekinya menjadi mudah.” Tuhanlah yang lebih mengetahui kebenaran segala sesuatu.
.
lihatlah, 'suwey' betul hidup kita kalau hidup di dalam lingkungan aura orang yg tk bersolat atau berkawan dengan org yg tk solat ni. terpalit kemurkaan Allah kepada kita bila bersama dengan org2 yg melakukan dosa besar iaitu yg meninggalkan solat. justeru, memilih kawan yg bersolat pasti hidup menjadi berkat. 

Tuesday, September 11, 2012

AMALAN DOA PENUNDUK


DOA PENUNDUK

وَسَخِّرْلِى كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَحْمنِ الرَحِيْمِ، اللَّهُمَّ اخْضَعْ لِى كُلَّ مَن يَرَانِيْ مِنَ الجِنِّ وَالإِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالوَحْشِ وَالـهَوَامِ

MUDAHKANLAH PADAKU WAHAI TUHAN
SETIAP SESUATU DENGAN KEBENARAN
KALIMAH ‘BASMALAH’. WAHAI TUHAN
TUNDUKKAN PADAKU SETIAP YANG MELIHATKU
DARIPADA JIN, MANUSIA DAN BURUNG,
BINATANG BUAS DAN HAIWAN BERBISA.

LAGU: NORDIN HJ JAAFAR
LIRIK : COPYRIGHT CONTROL

KELEBIHAN

DOA INI PERNAH DIAJARKAN OLEH RASULULLAH SAW. TERDAPAT RIWAYAT DI DALAM KITAB AL-HIZBUL KABIR KARANGAN WALI ALLAH BERNAMA IMAM IBRAHIM AD-DUSUQI. DAN RANGKAP AWAL DOA INI DIAMALKAN OLEH KUMPULAN TAREQAT AL-AZKAR AL-KHULWATIYAH DI MESIR. PENGARANG KITAB BESAR INI MELARANG PENYALAHGUNAAN DOA INI UNTUK TUJUAN SELAIN KEBAIKAN DAN PERLINDUNGAN. IA BUKAN TUJUAN YANG JAHAT SERTA MENGGANGGU ORANG ISLAM YANG LAIN. JIKA IA DIGUNAKAN UNTUK MENIPU DAN MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN BAGI KEPENTINGAN PERIBADI, MAKA ALLAH AKAN MELETAKKAN SERENDAH-RENDAH DARJAT KEPADA PENGAMALNYA. NIAT JAHAT ITU AKAN DITERBALIKKAN KEPADANYA ATAU BERPINDAH KESAN BURUKNYA KEPADA PENGAMALNYA. INI ADALAH MERUPAKAN SYARAT UTAMA UNTUK MENGAMALKAN DOA INI. MEREKA PASTI AKAN MENDAPAT SATU SUMPAHAN MISTERI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA JIKA NIATNYA TIDAK BAIK.