biodata

Friday, January 8, 2010

kisah Imam Hasan Al-Basri & 3 pemuda malang

Dalam kesibukan kita ghairah merancang dan menentukan budget tahun baru ini janganlah kita terlupa tentang panduan asas konsep rezeki. Sesungguhnya takdir setiap manusia telah ditulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum manusia itu dijadikan lagi. Justeru, persoalan mengenai rezeki (termasuk jodoh), ajal maut, amalan hidup dan nasib bukanlah pilihan bagi kita makhluk yang diciptakan untuk menentukannya.
Ianya diceritakan secara jelas dalam satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a, tentang kejadian manusia yang dikumpulkan di dalam rahim ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap lapan puluh hari maka terbentuklah segumpal darah beku. Apabila genap 120 hari kali maka segumpal darah tadi akan bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu rezeki, ajal maut, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. (Rujuk Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Jika demikian semuanya telah ditetapkan, di manakah ruang kita sebagai seorang hamba atau makhluk?
Jawapannya ialah Allah tidak bersifat zalim. Walaupun qada’ telah ditetapkan tetapi manusia dikurniakan tools yakni DOA memohon kepadaNya dan berikhtiar untuk merubah ketetapan tersebut. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Tirmizi: “Tidak boleh dihindarkan Qada melainkan dengan DOA”. Ikhtiar dengan bekerja tetap perlu dilakukan bukan hanya semata-mata berdoa sahaja. Berusaha secara physical untuk mencapai matlamat hendaklah seimbang dengan doa, zikir dan selawat kepadaNya.
Amalan DOA merupakan hak kita sebagai hamba dan hak Allah adalah sebagai pemberi rezeki atau analoginya sebagai penjaga khazanah harta. Justeru, berdoa dan berzikir disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh merupakan amalan lengkap ikatan hubungan antara Khaliq dan Makhluk – Pemberi dan Penerima.
Berdoa dan berzikir sebagai amalan dalam mencari rezeki telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah.
Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati. Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan beristighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.
Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian datang pula seorang lelaki mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata "Banyakkanlah isthighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.
Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan isthighfar memohon ampun kepada Allah.
Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza. " Beliau menjelas, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah dalam Al-Quran :
Maka aku (Nabi Nuh a.s.) berkata kepada mereka (kaumnya) : "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?" (Surah Nuh : Ayat 10-13).

Melihat kepentingan doa, zikir dan selawat sebagai salah satu amalan dalam mencari rezeki, syarikat Fourth Screen Sdn Bhd (FSSB) telah menerbitkan satu album bejudul “Rahsia Amalan Businessman”. Album ini merupakan kompilasi pilihan doa, zikir dan selawat magnet rezeki yang disampaikan secara berlagu oleh bekas vokalis Nordin Jaafar.

Idea penerbitan Album Rahsia Kejayaan “BUSINESSMAN” ini muncul hasil daripada berita dan cerita yang sering terpampang di dada akhbar yang menyatakan headline panas seperti “Peniaga Kena Pukau”, “Artis Di Sihir”, “Anak Saman Bapa”, “Guna Bomoh Nak Cepat Kaya” dan lain-lain lagi. Jika diamati secara mendalam kita dapati bahawa masyarakat kita tidak memahami konsep rezeki. Ramai yang menggunakan jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Ini kerana mereka terlupa bahawa Allah lah yang memberi rezeki dan hanya kepadaNya sahaja tempat kita bermohon.
Vokalis album, Nordin Jaafar berkata, “ Album yang memuatkan 31 trek ini merupakan kompilasi doa , zikir dan selawat secara berlagu. Jadi ianya mudah dihafal dan mudah dijadikan amalan seharian “. Album ini juga memuatkan satu lagu single berjudul “Alastu Birobbikum” yang bermaksud “Tidakkah Aku Ini Tuhan Kamu?”. Disamping itu, album ini turut menampilkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara murattal oleh Juara Akademi Al-Quran 2, TV9, Saudara Anuar Hasin.
Untuk keterangan lanjut mengenai album ini boleh melawat laman sesawang http://amalanbisnes.com . “Album ini akan dijual dengan harga promosi RM27 sahaja sempena menyambut Awal Muharram dan tahun baru 2010. Selain dapat memuat turun album doa zikir, para pelanggan juga akan mendapat ebook berkenaan fadilat amalan doa, zikir dan selawat dalam album sebagai bonus pembelian”, terang Shaharuddin, Penerbit Eksekutif, FSSB.
Apapun jua, tujuan utama keseluruhan penerbitan album berpaksi pada hasrat murni untuk menambah kesedaran di kalangan masyarakat mengenai konsep rezeki dan cara amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam mencari keberkatan harta yang diperolehi. Amal jangan tak amal.

Wednesday, January 6, 2010

buat bisnes kad IOS

draf pertama bisnes kad

Malam td pergi rumah baru Fairuszainal..minta tolong dia buatkan aku bisnes kad, logo company ku..amacam cun tak dia buat? bagi aku teramat puas hati. inside-out ni maksudnya jika kita nak berubah, berjaya kena mula dari dalam..hati kena baik. Allah sebut dlm Q Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri nak berubah..maknanya kena ada kesedaran dari dalam diri sendiri. org lain tidak mampu mengubah kita betul tak? adik aku berhenti merokok pun hasil kesedaran dalamannya jugak. puas aku paksa selama ni pun tak berjaya pun berhenti..kena dipecahkan dari dalam, kesedaran dalaman jugak.. aku tertarik dengan kata2 hikmah ni.."EGG BROKEN FROM OUTSIDE FORCE........A LIFE ENDS. IF AN EGG BREAKS FROM WITHIN.......LIFE BEGINS." tu sebab TAGLINE syarikatku ini diberi dengan "CHANGE FROM WITHIN".
Aku pilih bekgraun putih tidak berkerawang sebab tu warna aura aku...putih (nampak serius dlm bisnes skt). warna hitam adalah sisi gelap insan yg perlu di'polish' menjadi putih. warna unggu sebab nampak sejuk, ceria, santai. bentuk piramid (bukan illuminati ye) adalah lambang ketahanan, keutuhan dan pengekalan. tengok saja mumia di simpan dalam piramid beribu tahunnya tahan, tubuh firaun tak hancur2. begitulah simboliknya syrikat yg ku bina dengan 'zero' modal, moga2 tahan lama hayatnya..walaupun aku sudah tiada lagi..amiiin.
tengah2 tu huruf 'I' = Inside,
'o' yg kt atas tu stands for 'Out'. 'I' tu kira macam satu tiang tengah yg menyokong bentuk piramid=maksudnya tiang agama= solat dijaga, lambang bulat 'O' maksudnya kesyumulan konsep Islam yg digunapakai dalam training. ZAKAT dibayar dan tidak terlalu mengagungkan teori barat yg kebanyakan trainers lain gunapakai. Pendapatku, teori barat boleh guna, tp tidaklah sampai tahap terlalu mengagungkannya, indeed, sedangkan teori yg ditulis oleh org barat tu kebanyakannya diorang cedok dr perspektif Islam juga.
huruf 'S' bentuk magnet= 'Solution' tu memang niatnya nak menarik duit, hidayat, klien, networking dsb dr arah kiri dan kanan sebab dari atas dan bawah itu kita minta kt Allah untuk turunkan dr langit dan keluarkan dr bumi...arah kiri n kanan tarik dari manusialah....
Sebelum pilih nama ni banyaklah nama lain yg dicadangkan, ABBY GLOBAL RESOURCES lah, INSIDE-OUT GLOKAL RESOURCES lah.. tp yg aku rasa ok dan tak poyo, nama di ataslah. partner aku NorShamsul pun setuju alhamdulillah... hope usaha kami ini diberkati Allah, moga lepas ni akan menjadi insan yg dapat membuat zakat pulak...amiiin.

Monday, January 4, 2010

terharu melihat anak yg sudah memasuki tadika-Husna Nayli


HARI ini 4.1.2010 (Isnin) adalah hari bersejarah dalam hidupku. anak sulungku Husna Nayli telah memasuki alam persekolahan tadika di Antara Gapi (Kemas) seawal umur 5 Tahun. salah satu sekolah tadika kemas yg terbaik prestasinya di Hulu Selangor. Terharu melihat dia kini sudah besar dan telahpun mendapat kasih sayang papa dan ummi secukupnya, alhamdulillah. ku perhatikan, terpapar riak muka yg bercampur baur dengan ketakutan dan keterujaan di hari pertamanya, namun dapat diatasi dengan kehadiranku di sana. Anakku, papa doakan dikau belajar menjadi bijak dan mulia..amiiin.

Husna (tudung hitam) tengah beratur dan diajar oleh gurunya (sedang berjlan tuu..) cara beri salam
Husna dengan Nabil Hakim.Mereka berdua ni, setiap hari bercerita mengenai persekolahan. teruja tahap gaban. siap beli beg dah si nabil u beg ultraman max

2010 welcome in peace!

salam tahun baru 2010. tahun yang ku kira permulaan kepada sebuah kehidupan yg lebih meyakinkan dan penuh keberkatan. tahun inilah aku mula mengorak langkah menjadi bisnesman yg ada syarikat sendiri..ia walaupun hanya enterprise namun sebuah permulaan untuk mendapatkan keyakinan penuh kepada Allah yg Dia sahaja penolong dlm urusan rezekiku dan keluargaku. alhamdulillah isteriku faham dengan tindakanku berhenti dari UMCCed dan menolak tawaran kerja sebagai senior executive di KFC yg bergaji RM3,500.00 sebulan. inilah satu permulaan kejayaan dari sebuah kehidupan yg mencabar. amiin