biodata

Tuesday, November 10, 2009

tulislah tugasan harian anda - solat dhuha jgn lupa



Menulis tugasan harian merupakan satu amalan harianku...apa yg ingin ku lakukan dalam hari tersebut dapat dibereskan dengan baik jika ada 'list' tugasan di depan mata. ini hanya mampu dilakukan dengan bantuan solat dhuha setiap hari. tugasan yg sepatutnya dilakukan dalam sehari akan lebih mudah jika solat dhuha 2 rakaat dahulu. pengorbanan yg sedikit dengan bersolat dhuha dapat membantu membereskan tugasan yg banyak dalam sehari..percaya dan yakinilah. tiada kuasa yg lebih hebat dapat membantu tugasan kita melainkan Allah SWT. maka mohonlah padaNya. bukan setakat tugasan tetapi juga rezeki dipermudahkan. inilah keyakinanku selama ini.

Inilah doa solat dhuha- Amalan Doa ’Money Magnet’

اللّهُمَّ إنَّ الضُّحَى ضُحَاكَ وَالبَهآءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اللّهُمََّ إنْ كَانَ رِزْقِي فِى السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ وَإنْ كَانَ فى الأرْضِ َفأخْرِجْهُ وَإنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ وَإنْ كَانَ قَرِيبًا فَيَسِّرْهُ بِحَقِّ ضُحَاكَ وَبَهآئِكَ وُقُوَّتِكَ وَعِصْمَتِكَ اَتِينِي مآ اَتَيْتَ عِباَدَكَ الصَّالِحِينَ وَصَلَّى اللهُ على سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحََََََََََََمْدُلِلّهِ رَبِّ العَلَمِينَ

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuhaMu, cahayanya cahayaMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya, jika ada di bumi keluarkannya. Jika ianya jauh maka dekatkanlah, dan jika ada hamper, maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepadaku sebagaimana Engkau memberikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Dan cucurilah Allah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam

makan tghri bersama keluarga di Hotel Plaza

kakak sedang makan aiskrim,mmmm..bestnya
ustaz ikram sedang 'posing'..baik punya
cikgu paling glamer.... persis artis gitu
cikgu nisa n familinya

Pada ahad lepas (8.11.09), bertempat di Hotel Plaza, KL, Kelab Guru Sekolah Rendah Antara Gapi (Kegap) telah mengadakan jamuan makan tengahari. Aku,isteri & anak2 telah menyertai majlis tersebut. datang makan je..tak de show macam tahun lepas. Dapatlah 'door gift' tupperware....anyway, satu majlis yg 'cool' aku kira...