biodata

Friday, October 30, 2009

Ceramah Program Bina Insan Cemerlang-jemputan IPPJ

Saudara, saudari...lihatlah...rim enkei depan pecah dan fork patah..kalau tengok pada keadaan motor ni, penunggangnya pasti patah riuk, namun alhamdulillah Allah Pelindungku yang terbaik...syaratnya beramal je dengan doa2 perlindungan 3x selepas subuh dan asar...

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ إسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلاَ في السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَليِم
“Dengan nama Allah yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudarat selama bersama dengan namaNya. dan Allah swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Pada 26 dan 27hb yang lepas, aku dijemput oleh IPPJ (di AKLI, Kota Tinggi) untuk mengisi slot ceramah motivasi "Stress Management". Sudah setahun mereka mempercayai kebolehanku untuk berkongsi tips dan teknik menangani stres dengan berkesan. kebetulan pada 23hb aku telah terlibat dengan kemalangan jalanraya, tetapi Allah telah melindungiku berkat dari amalan doa protection dan doa naik kenderaan yang aku amalkan. aku terbang macam superman, motor rosak teruk tetapi aku alhamdulillah boleh bawa kereta pada hari esoknya. calar sedikit sahaja di peha dan lebam di kedua-dua lutut. apa yg aku kongsikan pada mereka bagaimana aku menangani stres dengan bertindak positif terhadap pemandu kereta kelisa WMC 4697 itu yang tidak ada lesen memandu dan masuk ke simpang petronas sg. choh tanpa ada isyarat. akibatnya motorku yang parah melanggar tayar depan bahagian kiri kereta kelisa tersebut

bayangkan kalau aku jenis tak rasional ketika itu..mungkin sudah ku bantai budak itu dengan kayu atau besi..lagi haru dibuatnya. Tambahan pula memang aku sdah tamat belajar silat harimau berantai dan Silat Kalam. Namun alhamdulillah, aku berkata kepada abg budak itu di balai polis serendah, "bodoh kalau kita bergaduh bang, kita sesama Islam, perkara sudah jadi, bergaduh pun tetap tidak boleh undur ke belakang. kita setelkan ni dengan buat report polis, kemudian claim insuran..mungkin Allah nak uji kita walaupun salahnya pada adik abg, pertamanya tak de lesen memandu, keduanya masuk simpang tanpa ada isyarat dan terburu-buru. alhamdulillah saya tak de apa2, kalau mati td lagi besar kes ini jadinya..mari kita muhasabah..mungkin ada dosa yang Allah ingin ampunkan, tandanya Allah sayang kita..."

Brother tu terus melembutkan bahasanya yang mula2 datang bersama seorang lelaki yg pada pandanganku persis gangster. namun akhirnya bersetuju dengan kata2 ku, "betullah, kalau kita bergaduh tak professional kan?".. itulah yang telah ku pelajari bahawa kalau kita mengeluarkan kata2 yang kesat, maka orang akan bertindak demikian juga..bertimbangrasalah yang terbaik. manusia ni macam cermin..kalau kita mencemik muka di hadapannya, dalam cermin pun akan kelihatan mencemik ke arah kita.
tengak khusyuk dengar ceramah dan selawat

di dalam dewan kuliah tengak concentrate dengan ceramahku, "Menangani Stres Dengan Berkesan"


tengah nyanyi lagu Bulan2 Islam, video klip di hadapan tu...
En. Asrar (tepi sekali-pic bawah) sedang mendengar celotehku...

antara game yang ku buat, 'steel rode'.. meyakini dengan mengulangi kata2 positif dari pengucapan di bibir dan di dengari oleh telinga kita... lihat betul2 apabila kerusi di tengah2 ditarik keluar, subjek masih lurus seperti jambatan lurus
bergambar dengan Ust Yusree, salah seorang speaker di program ini.
gambar motorku selepas xcden yang telah memberi pelajaran berguna buatku dan keyakinanku pada Allah bertambah

Wednesday, October 28, 2009

penyeri dan pengeri

Pagi ini aku keluar ke halaman melihat tanam-tanaman yang menghijau. Begitu mendamaikan. Aku menatapi, membelai sambil berbicara, “Wahai pokok, untung kau tidak punya mulut yang boleh berbicara. Banyaknya mendatangkan dosa. Hanya zikir yang tak mampu ku dengari, Tetapi hanya Allah yg Maha Mendengarnya. Jika kau dikurniakan mulut sudah tentu kau akan berdengki dan mengumpat semahunya kepada Tuhan, manusia, binatang-binatang, angin, hujan, matahari dan sebagainya.

Kepada Tuhan kau akan mengumpat, mengomel, “Wahai Tuhan, kenapalah kau tidak memberikan aku kaki untuk bergerak seperti manusia, binatang. Kau tidak adil Tuhan, kau biarkan aku terbenam di dalam tanah, membiarkan apa jua tindakan sewenangnya makhluk yang bergerak ke atasku. Aku diinjaki, dibakar terik mentari, diragut makhluk tanpa belas. Sakit tahu tak?” Mungkin itu yang kau akan kata jika punya mulut dan lidah seperti manusia, yang tidak tahu bersyukur atas apa yang mereka miliki. Sentiasa nak lebih dari apa yg dianugerahkan.

Kepada manusia kau akan herdik, “hoi manusia, kau baling buah aku dengan batu, tapi aku berikan kau nikmatnya, walaupun aku menanggung azabnya lama tahu tak? Luka sana, luka sini. Mungkin banyak lagi komplen yang kau akan buat jika kau punya mulut dan lidah seperti manusia.

Sepurnama hatiku merasa sakit melihat gelagat manusia yang bermalaun di dalam hatinya. Manusia yang bernama perempuan, terutamanya yang berada di dalam ofis. Bahaya sungguh permainan pencak silatnya. Langkahnya sumbang tapi berbisa. Benarlah sejarah dah membuktikan wanita adalah ‘penyeri’ hidup lelaki. Bangunnya tamadun lelaki dan bangsa adalah di sebabkan perempuan. Sejarah juga mencatatkan bahawa wanita adalah ‘pengeri’ hidup lelaki. Jatuhnya maruah lelaki dan sesebuah empayar ada kena mengena dengan peranan wanita. Pepatah ada mengatakan, tangan yang lembut yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia. Fikir-fikirkan…

Wednesday, October 21, 2009

pelancaran & promosi buku Menangani Individu Sukar

Pada 16 Jun 2009, aku telah pun menyertai pameran buku anjuran bersama MPH di Plaza Alam Sentral Shah Alam dengan mempromosikan buku hasil karyaku "Menangani Individu Sukar-Teknik & Pendekatan Nabi Musa AS." Majlis itu telah di MC kan oleh Siti dr Astro, dan aku telah menyanyikan 5 buah lagu sebagai menarik 'crowd'. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dr pengunjung.

beberapa soalan telah ditanya oleh Siti dari bukuku itu.. Siti ni kawan baik dengan kartunis Ubi..kawan aku gak


beberapa hadiah telah diberikan kepada audien yg sudi naik ke pentas menjawab soalan ku...


soalan menarik yg ditanya oleh Siti, "apa maksud tarhib dan targhib" antara teknik yg aku tulis dalam buku ku itu.... aku jawab tarhib memberi amaran dan targhib memberi galakan..nak tahu lebih lanjut kenalah beli buku aku tu kt MPH dan toko2 buku yg lain.di MPH buku ini telah diletakkan dalam katalog toko buku ini...alhamdulillah


semasa show ada beberapa pelajar UiTM sedang membeli buku ku di booth Must Read SB.sesi autograflah pulak


haa tiga dara pingitan sedang berposing


ni gambar poster promosi buku aku kat Johor pd 31 Mei 2009 yg lepas di Toko buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bharu

Monday, October 19, 2009

otot perut tegang, dapat kurangkan lemak perut, pipi dengan show raya sana sini

2 hari lepas, hari sabtu dan ahad, hari yg menyeronokkan kerana open houses, shows sana sini. apa yg aku perasan, otot perut ku menjadi kencang (dan sedikit kempis..ha ha ha) disebabkan pernafasan fitrah yg ku amalkan semasa menyanyikan lagu2 di beberapa open houses. aku rasa ni cara yg seronok dan berkesan untuk menjadikan perut kurus. sapa2 yg berminat aku rela mengajarkannya secara percuma.hari sabtu: 17/10/09 show di open house Nasyeed.com, Shah Alam. aku nyanyi 3 lagu aje. adelah beberapa muka artis popular yg ku kenali datang, termasuklah Along dr kumpulan Exist


ni salah sorang artis popular, ex-FarEast, Anas Tahir, adik Faizal Tahir..dia ni merajuk sampai lari ke Amerika tp sambung belajarlah ha ha ha...

malamnya aku ada jemputan show dari AJK Masjid Serendah, Perkim & Jim..aku nyanyi 5 lagu aje... ramai betul yg datang termasuk D.O kat situ datang...
aku kat belakang pentas ni, sedang menunggu dipanggil ke pentas..sepanjang tu aku alunkan zikir menaikkan semangat..ya Maalika yaumiddiin...iyyaaka a'budu waiyyaaka asta'iin.. lagu zikir ni akan muncul dalam albumku yg akan datang..nantikan album baruku "Rahsia Amalan Kejayaan Businessman" akan berada di pasaran.. insyaAllah!!!
hari Ahad: 18/10/09..show di rumah keluarga muridku..Abg Boy (Burhan) (pic di bawah), di Kg Nakhoda (dekat2 dengan kawasan Qadiani tu..) dia ni tokey ayam yg berjaya dan beriman. start show pukul 2.30pm..sebanyak 10 lagu aku alunkan termasuk 2 lagu raya...secara percuma
aku start dengan lagu Gema Takbir dr T.S.P.Ramlee...aku minta minus one nya dr Abai Hijjaz. nasib baiklah dia tak kedekut...
sopek sonyum layi tu..
tu kt belakang tu abg DJ..power gak dia ni jd DJ..Otai

aku tak sempat nak makan sup gear box ni, napelah pulak si Saha ni letakkan depan mataku
laaa rupanya si Saha dah sebat dulu..oooiii tinggal aku sikit!!!...
nilah 2 org anak muridku. aku ajar Quran di rumah abg Boy ni satu keluarga secara percuma..termasuk isteri, dan 4 org anaknya...walau diorang nak bayar, aku tolak..sebab aku bekerja dengan Allah..biar Allah sahaja yg bayar gajiku..lebih baik dr gaji di dunia ini... alhamdulillah janji Allah tetap benar

Friday, October 16, 2009

PSMB 2009 CONFERENCE-pameran terakhirku

hari pertama di booth UMCCed pada 13/10/09. Tiga jejaka ditugaskan menjaga booth, aku, Iftitah dan Zahari. booth kami bertentangan dengan booth MECSc-training provider khusus bhg cleaning...first time aku dengar bisnes training mcm ni...

tuuu dia baik punya muncung zahari menerangkan produk short course pada participants yg berkunjung ke booth kami..nasib baik tak berbuih mulut he he...hari pertama je lebih kurang 100 org datang ke booth kami




ni part aku lak..menerangkan produk diploma eksekutif dan coaching


Iftitah tak melepaskan peluang menerangkan produk UMCCed..baguih dia ni walaupun part time tapi dah boleh bg penjelasan yg mantop..keep it up a good job Iftitah....walaupun demam digagahkan juga datang sebab dapat makan free....yee haaa

ni 2 org sahabat lama dr Akademi Aidit SB..Azmil dan Izhan..aku pernah bertugas di syarikat ini 5 tahun sebagai konsultan dan trainer..nilah sekolah terbaik ku...

" dia datang dengan senyum simpulnya....." Datuk Subramaniam....merasmikan pameran PSMB...hensem gak org tua ni....




nilah booth kami

2 wanita yg mengunjungi kami dari booth sebelah jer..amacam cun tak?
Datuk S ni sedang mengunjungi semua booth ada....adalah keje sikit, nantikan tak capai KPI pulak...

nasib baik sempat ambil gambar aku tengah salam dgn Datuk S ni...

ni lagi best bergambar dengan Michael A. Potter...one of the speakers...(aku pun tak kenal dgn org tua ni...)


hari kedua 14/10/09, ada tambahan staf Azman dan Balqis..zahari tak datang ada training di UMCCed

en. Zam "Jamal" - 'Head bhg Transportation' sedang bergaya dengan spek hitamnya...dengan timbalannya en. Zulkarnain

ni Y.Bhg. Datin Paduka Dr Hjh Sharifah Mazlina- wanita Muslimah yg berjaya menawan kutub utara...baguih dia ni... dia kata kat sana nak kencing pun payah kena buang najis kita dalam tong yg disediakan..tak boleh main tabur je kat mana-mana, walaupun tempat tu tak dak manusia
sempat bergambar bersama 2 awek cun dari CEC-UTHM..ha ha yg tepi sekali tu aku tak kenal..tah sapa tah tiba2 menyelit..rupa2nya sama tempat keje dengan awek2 cun tu

program tamat lebih kurang pukul 5.30pm