biodata

Wednesday, September 30, 2009

yakin seyakin-yakinnya, rezeki Allah SWT yg bagi

suasana hepi, malam ni show aku kena sabotaj pulak..ha ha ha blackout masa aku tengah nyanyi lagu "right here waiting" - (richard mark)

HARI ni aku telah hantar surat berhenti kerja dari UMCCed. hampir 2 tahun aku berkhidmat di sini..satu pengalaman yg terbaik di bhg marketing ni..alhamdulillah.Perasaan tenang menyelubungi hati ini..kerana aku telah berdoa kepada Allah supaya aku membuat keputusan yg tepat.
Aku yakin Allah yg memberi rezeki kepada ku. Selagi kita hidup di dunia ni, ada rezeki yg telah diperuntukan kepada kita selagi kita beriman. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, maksudnya, "janganlah kamu berasa terhina dan sedih , sesungguhnya kamu adalah tinggi, jika sekiranya kamu beriman"
Aku yakin selagi aku berusaha dan tidak berputus asa, Allah SWT akan sentiasa membantu, Allah berfirman, "jgn kamu berputus asa dari rahmat Allah" (laa taqnatu mir rahmatillah).

Malam td, aku terbaca satu buku yg menceritakan kisah seorang lelaki yg malang telah kehilangan kaki dan tangannya kerana telah dirompak dan penyamun telah memotong kaki dan tangannya...lalu masih hidup kerana Allah telah menghantar seekor burung helang memberikan makanan ke mulutnya setiap hari. Seorang pemuda yg menceritakan kisah ini kepada Ibrahin Adham (rah) terkesan dengan kejadian ini, lalu menceritakan pengajarannya. Allahlah pemberi rezeki makhluk ciptaanNya. namun pengajaran yg terbesar..kita harus menjadi seperti burung helang yg mampu membuat jariah dengan memberikan makanan ke mulut lelaki malang tersebut. kita bukan sekadar menerima zakat tetapi buat zakat untuk mampu berzakat dan bantu org susah.

satu lagi cerita (tak pasti sumbernya, mungkin Israeliyat, anyway ambillah pengajarannya sahaja). Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!! jadi kita manusia ni kena lebih2 lagilah yakin pada Allah yg beri kita rezeki..amiiin

Tuesday, September 29, 2009

berikan hak kepada yg berhak, kita tidak akan hilang perkara yg tk sepatutnya hilang

motor ini tidak ada kena mengena dengan ini cerita- harap maklum

BERIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK,
KITA TIDAK AKAN HILANG PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA HILANG

satu ketika dulu pada tarikh 27hb Jun 2007

Harga roti rm2.60, campur dengan karipap rm0.99 jadi semuanya rm3.59 encik”, kata cashier di stesyen minyak xx itu. Sempat aku mengerling ke arah monitor cash machine tu. Aku pun menghulurkan wang kertas rm5. Kemudian gadis berumur 17 tahun tu memulangkan bakinya sambil melemparkan senyuman yang tak seberapa manis, mungkin kerana keletihan bekerja seharian dari pagi hingga ke malam. ”Terima kasih encik”, katanya kepada ku. Berbudi bahasa juga orangnya. Memang menjadi kebiasaanku mengira dulu berapa jumlah wang kertas dan syiling yang dipulangkan oleh towkeh-towkeh kedai, di mana-mana pun begitulah tabiatku. resit pembelian mesti aku minta juga. Sambil mengira aku memusingkan badan ku keluar dari kaunter pembayaran tersebut.
Hah”, terkejut beruk aku lalu kembali ke tempat pembayaran itu semula.”Berapa yang awak pulangkan ni, Cuma rm1.40. Bukan ke cik sepatutnya pulangkan rm1.41 kepada saya, tapi kenapa banyak ni je?” Tanyaku dengan agak tegas. Bukan pertama kali aku berhadapan dengan situasi begini, terutama di stesyen-stesyen minyak. ”Kami tak da duit kecillah encik, encik ada ke?” Soalan bodoh yang menyakitkan telingaku. ”Habis tu, takkan saya pula yang kena bayar lebih kat awak?” Balas ku sambil menjegilkan mataku yang sudah merah dan letih kerana meredah angin bercampur asap kenderaan dari Damansara ke Bukit Beruntung dengan menunggang motosikal cup biruku. ”Awak bayangkan berapa banyak awak amek untung kalau 100 orang yang datang isi minyak kat stesyen minyak ni dan awak buat senyap je 'mencuri' satu sen duit pelanggan awak? Mujur saya kira sebelum saya belah tadi tau”. Tak cukup dengan itu aku tambah lagi, ”Dah lama ke buat kerja macam ni?” Gertak ku sinis. Tanpa banyak bicara wanita yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan itu menyerahkan rm0.10 kepada ku. ”Setidak-tidaknya minta izinlah dulu kalau nak amek duit orang lain walau pun satu sen. Awak boleh minta halalkan ke...mmm!! 9 sen bakinya ni saya tak da duit tukar ni..saya minta awak halalkanlah ye”, Itulah khutbahku yang terakhir sebelum ke motor honda cubku yang baru ku tukar sport rim itu.
Sebelum jasadku beralih sepenuhnya dari tempat itu, sempat juaku menoleh ke gadis itu yg mengangguk lesu tanda redo sambil matanya berkaca memandangku..mungkin dah insaf kot. getus hatiku, alhamdulillah...mintak-mintak jangan dia buat lagi mencuri wang pelanggan lain yg mungkin tak seteliti aku...
Bagiku bukanlah jumlah wang satu sen yang kecil itu menjadi perkiraanku. Nasib baik kerajaan dah peka sekarang. Mana-mana baki yang kurang satu sen, digenapkan supaya mudah kira. Kira ”menang-menang”lah ye buat pelanggan dan peniaga. Tetapi bayangkan kalau kepincangan begini tidak ditegur dan diambil tindakan. Ini bukanlah peristiwa pertama yang berlaku di satu stesyen minyak terkemuka sahaja, tetapi setakat ini dah banyak kali situasi begini ku hadapi. Boleh lingkup bisnes kalau tidak dijaga bab-bab amanah ni. Mana-mana syarikat perniagaan terutamanya syarikat orang Islam yang tidak menjaga bab-bab amanah dan janji, pun akan gagal akhirnya. Allah sendiri pun menekan bab-bab amanah ni. Gunung dan makhluq lain pun tak sanggup nak pikul amanah, tetapi manusia yang dungu sanggup menanggungnya. Janji tinggal janji sahaja.... (maaflah kalau ada yg terasa baca kisah ni)

Monday, September 28, 2009

idulfitri 2009, meriahnyer!!

raya tahun ni alhamdulillah..berjalan dengan baik..masa pulang taklah jem teruk cuma di beberapa tempat jer...perjalanan lebih kurang 11 jam gak... syukurlah kenderaan dah servis baik, raya ni dapat gak memberi ampau pada pama2 ku... alhamdulillah mereka hepi...


gambar 2 hari sebelum raya..kat parking umcced..lengang!!


gambar famili kt Kelantan 1st raya, kecuali adik Aan..tengah tido..Husna baju sama ngan umminya..abam tak sama warna baju ngan papanya..tp sama ngan adik Aan


haa ni dia dah bangun tido..baju hijau sama ngan abam

abam ada banyak baju baru raya...nilah salah satu



ahah ni gambar pakai comin mata hitam.. pandai bergayo anak2 den ni rupo eh



tahun ni raya penuh makna kerana dapat berjumpa dengan Mak Uda aku yg dah terpisah dekat 13 tahun..last sekali aku jumpa dia masa Uda Arin meninggal dulu, masa tu arwah mak aku masih ada..belakang dia tu anak lelaki dia razali..OKU..mak Uda aku ni memang baik orgnya...tak sangka jumpa di Pasoh 2, N9


haaa ni anak2 dara Mak Uda aku..Emi dan Angah... si Angah lah yg drive keta kancil ibunya..kata mak Uda..ada keta nilah baru boleh panjang langkah berjalan ziarah kuarga


ni lak gambar abah ku dan 'new' mak aku..alhamdulillah dapat ziarah abah walaupun tak berapa mesra dengan makcik ku itu, takpalah apa yg penting dapat ziarah abahku.....


anak buah ku kinah..amacam cun tak? macam Natalie Portman kan???

ni anak buah yg belajar Tajwid kat Seri Petaling..baru tamat, pas ni nak sambung hafiz di Tampin N9..bakal alim besar dalam keluarga kakakku..amiin. adiknya bakal menyusul insyaAllah

Friday, September 18, 2009

show ramadhan 17.9.09-surau ubudiah, pandan indah

lagu tambahan request dari kaum ibu, aku nyanyi lagu selawat murah rezeki
brother tu pulok terlopong mulut..bang nanti masuk lalat..ha ha ha agaknyer khusyuk dengar aku nyanyi lagu "Doa Makan". agaknya dalam hati "bila mamat ni nak habis nyanyi, perut aku dah lapor ni!!"

tuuu dia, pengerusi surau pandang semacam jer masa aku tengah nyanyi

majlis khatam Quran di handle oleh ust Razis

show started
tengah bagi hadiah kat peserta khatam Quran

Mulanya aku was2 bila diminta nyanyi dalam surau..anyway apabila pengerusi dan imam surau kata Amy search pernah buat show di masjid di Kelantan dan TGNik Aziz pun tak mengatakan haram, maka aku teruskan show..mula2 aku nyai lagu Doa oleh Zubir Ali, Bulan2 Islam, Doa makan, Ayah dan Ibu, Taqwa dan Iman. pastu ada request lak dari kaum ibu minta tambah lagu..aku pun nyanyi lagu Selawat Murah Rezeki. majlis khatam Quran ni banyak di hadiri oleh golongan pemuda dan pemudi. aku kagum dengan AJK baru surau ni..telah berjaya membuat program imarah masjid pd malam ke 28 Ramadhan..tahniah!!

Thursday, September 17, 2009

giler jam-koleksiku

gambar atas ni jam pertama Swatch yg aku beli kat airport London $48 pound sterling. tapi dah rosak, memang puas hati aku pakai

pic bwh ni jam pertama aku beli yg mahal dan nampak maskulin , dah jual sebab nak beli ubat isteri nak bersalin anak ke2...rm700 gak laku..aku tgk kat kedai harga dia rm1k++ gak. part yg bestnyer kunci tali dia boleh 2 kali laras

ni jam yg paling mahal i guess, ada alarm tali hitam.. bestlah seiko puas hati kualiti..tp dah jual dah


jam ni rose gold mmg best, tali kulit..ringan


ni jam orient, aku silap tulis lak seiko, aku suka coz cantik oren, auto..siap ada penanda kt atas sekali kuasa bateri tinggal bberapa jam kalau tak pakai


ni jenis tali hitam siap ada alarm lagi, dah jual dah, rm700 je laku


ni nautica yg kedua...memang jam naughty..yg pertama hampeh, kunci tali besi dia asyik tercabut jer...dah beberapa kali minta repair dan tukar tali tp service kt service centre di kl ni hampeh...bila aku pergi sana mak ooi ramainya tak puas hati dengan kualiti jam keluaran syarikat ni..Benjamin tak silap, ada jenama guess, nautica dll.di nasihatkan jgn beli model ni...last2 aku pergi kedai yg aku beli dulu kt kelantan, pegi bambu tokeh kedai tu, baru dia bg tukar jenis lain tapi harga yg sama...rm1k ++ gk hrga jam ni

aku dah jadi giler jam..nafsu tak terkawal...astaghfirullah...aku suka jam yg nampak maskulin dan lelaki...harap2 boleh menepati waktu solatlah..itulah sebenarnya pun, hakikat beli jam ni...Tun Mahathir ada cakap tak guna beli pakai jam mahal2 tp tak boleh menepati masa..janji melayulah katakan...

dulu nak beli jam mahal tak berapa mampu...laaa ni adalah sikit duit bolehlah invest...org umah marah gak, "ni banyak2 jam awak beli nak buat apa bang?" aku jawab simple jer..."drp abg tambah banyak isteri, lebih baik abg tambah jam buat koleksi, sesak2 boleh jual"... haa terus dia setuju dah silent, ha ha ha...ni pun dah ader beberapa jam yg aku suka dah jual kat org..contohnyer jam seiko gold auto..
aku hadiah kat sorang ustaz...sian tengok dia pakai jam tak berapa ok je pergi ceramah..kurang2 ade gak saham bila dia pakai jam tu pergi ceramah agama. ader satu jam antik aku dah jual dah, buatan russia, jenis kunci pusing kat punat dia...memang best..ade org nak beli aku juallah.... nanti kalu ader gambar dia aku share lah...ader satu lagi dah jual kat kawan seiko F1 special edition..tu pun best gak.... tali getah


Wednesday, September 16, 2009

anak kena asma, dgn aku2 sekali dapat flu..








semalam 15.9.09 aku terpaksa mc..anak aku yg kecik tu hanzalah rupanya kena asma dan batuk..tak boleh tidur semalaman termasuk aku dan wife..jaga dia..sakit pala lagi ni. anak yg sulung husna pun kena gak batuk..aku bagi minyak habbatus sauda..sekali dia muntah lepas tu..sian aku tengok..baru hari ni ceria sikit muka hanzalah tu (pic atas) lepas kena gas kat klinik, aku pg opis hri ni pun kena pakai topeng sebab bersin..takut jangkit ke kawan2 yg lain..naya beraya dengan virus demam lak...aku malas nak amek mc sebab persepsi bos dan rakan sekerja kata aku ni kuat mc..baru beberapa kali je pun...tp kali ni kena serius sebab kat serendah tu dah ada kes H1N1...tu yg kena hantar ke klinik cepat..jgn nanti menyesal tak sudah..wa iya zubillah...laaa baru cek mc doctor bg 2 hari, tp aku datang gak hari ni..rugi rugi..tp duk rumah pun aku ni keluar gak...baik datang pej kan boleh buat kerja sikit


Monday, September 14, 2009

interview dengan pengarah, timblan pgrah untuk post ketua bhg coaching


hari ni penuh debaran.aku dan cik nasir telah diinterview untuk post tu...harap2 dapatlah..sejam lebih gak kena buat presentation powerpoint bgaimana nak buat duit lebih untuk coaching...terkeluar gak cita2 sensitif.. tp aku tak detailkan cuma macamna nak bg solution kpd permasalahan yg timbul di UMCCed dapat di atasi dengan bijak iaitu guna kaedah coaching....

Monday, September 7, 2009

foto famili 2008

nilah foto kenangan, dah anak 3 barulah ada peluang amek foto...punyalah payah nak control anak2 tu....raya ni insyaAllah amek sekali lg dengan anak angkat sulung, Ja


foto famili..sekali pakai arablah...




ni masa retreat UMCCed 2009 di damai resort perak...famili aku je pelek dr yg lain2. tajuk malam dinner tu 'aloha nite' tapi aku nyer pakaian aloha arab...itu atas tranlasi aku pada word 'aloha'..aku bertindak atas apa yg aku faham laaa...ha ha ha

maizawati-sahabat baikku seorang yg taat dan solehah




my view-dia ni seorang yg tinggi hubungannya dengan Allah-i would say, tabah, yakin yg mantop dengan rezeki, ketentuan Allah, berprinsip dan tegas dalam menjalankan prinsip. masa rekoding baru2 ni lagu raya dan Ketentuan, org cadangkan letak namanya jd Myza tp dia tegas kata nak ejaan Maiza juga dalam albumnya-aku respect kt dia. anyway, i feel honoured when she shared with me her personal stories- thanx Maiza. when I coached her on her life, after the session, i said to her, "Allah sayang kt u, kerana kalau u tak beriman, ramai lelaki akan rosak becoz of u...and she agreed, becoz she has the capacities to court, manipulate every man, but she choosed not to...and this made Allah loves her so much...this is just my point of view. she wants only Allah's redo. i prayed to Allah she will prosper in future and i believed that it will be materialised coz she has proved the track record by managing Akil Hayy till he became somebody....ikon 4 Astro...now after separated, i do not know what will happen to him... harapnya dia berbahagia dengan isteri baru.... amiiin

permata hatiku


anakku yg 2nd-Nabil Hakim-nak ikut jejak langkah abg ja nyer-lihat di atas

anak angkat ku yg sulung namanya Abu Zar Al-Hafiz. aku cadang nak hantar dia ni sambung belajar aliim kat Indon.yg didukung anak bongsuku Hanzalah

gambar sekarang berumur 4 tahn lebih... risau aku suka sangat menyanyi...jgn ikut jejak langkah papanya sudahlah....



permata hati ku yg sulung Husna Nayli... gambar ni masa dia umur 2 tahun, now dah 4 tahun lebih

Friday, September 4, 2009

rekoding lagi


boleh tengok saya tengah rekoding lagu2 doa http://www.youtube.com/watch?v=Q_8J5f2uiIY

malam tadi rekoding 4 mobile content


banyak gak dapat idea malam tadi convert doa2 jadi lagu...bantu sahabat di fourth screen buat bisnes..alhamdulillah rasa berkat sebab idea datang mencurah-curah..siap dengan harmoni lagi...

Thursday, September 3, 2009

org beribadat pun tertipu gak

Tipuan Syaitan Terhadap Mereka Yang Beribadat

Adapun tipuan serta ajakan syaitan terhadap manusia agar meninggalkan beribadah kepada Allah Taala ada 7 macam jalan;

1. Syaitan melarang manusia, agar jangan taat kepada Allah.
Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Aku sangat memerlukan sekali kepada pahala dari Allah, kerana aku harus mempunyai bekal dari dunia untuk akhirat yang kekal abadi.

2. Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk mengakhiri taat; nanti saja atau kalau sudah tua, dan sebagainya.

Orang-orang yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Ajalku bukan pada tanganku; jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.

3. Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh' cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya.

Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:
"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
4. Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain.

Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata;
Untuk saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.
5. Setelah itu syaitan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan; Betapa tingginya darjatmu dapat beramal sholeh dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu.

Orang-orang yang baik akan menjawab
bahawa semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq kepadaku untuk mengerjakan amal yang Ia redhoi, dan memberikan ganjaran yang besar dengan anugerah kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula.
Tidak dapat berkata-kata dan mengamalkan begini melainkan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat.

6. Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu berkata, membisikkan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan Sir, jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan menzhohirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas". Syaitan itu mencampur-baurkan terhadap setipa orang yang beramal dengan amal tipuannya yang lemah sekali. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sebahagian daripada penyakit Riya'.

Orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan itu dengan mengatakan;
Hai Malaun (yang dilaknat) tiada henti-henti engkau menggodakaku untuk merosakkan amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai jalan dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku ini hamba Allah dan Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT. berkehendak menzhohirkan amalku atau menyembunyikannya; dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak kerana itu bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah.
7. Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan; "Hai manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan dijadikan makhluk yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi engkau untuk meninggalkan amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang bahagia. Sebaliknya jika engkau dikehendaki Allah menjadi orang yang celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau beramal dan tetaplah engkau celaka".

Orang-orang yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak godaan ini dengan mengatakan:
Aku ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui, menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang seorang yang berbahgia, aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala, dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku meninggalkan amal itu.

Jika sekiranya aku dimasukkan neraka, padahal aku taat, aku lebih senang daripada jika dimasukkan neraka kerana aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya kerana janji Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepadaNya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.

Oleh kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu, sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau lihat dan dengar bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk menggagalkannya. Qiyaslah segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan tersebut, dan bermohonlah pertolongan kepada Allah agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana sega sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah dan kepada Allah kita mohon Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.

TIDAK ADA DAYA UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG

mask ciptaanku-dari kulit asli







ni dia kerastangan...sempena H1N1 ni...boleh pakai naik motor elak asap dan habuk. ni kerjatangan yg 1st akan menyusul yg lebih hebat...tunggu....